Isteri Perlukan Me Time
|

6 Sebab Kenapa Isteri Perlukan Me Time! Isteri Kurang Rehat, Punca Isteri Selalu Sakit.

Jangan tak percaya dah masuk tahun 2020 ni, masih ada lagi para suami yang tak faham kenapa isteri perlukan ‘me time’?

Isteri Perlukan Me Time
Isteri Bukan Saja-Saja Perlukan Me Time, Isteri Yang Penat Semakin Tenat.

Awak nak me time? awak kan duduk rumah je, kenapa nak me time pulak? tak cukup-cukup lagi rehat dekat rumah? saya ni lagi penat kerja dari pagi sampai ke malam, takda pun cakap nak me time? awak yang tak pandai bahagikan masa. Time anak tidur tu, awak buatlah apa-apa yang awak suka!

Me time tu maksudnya masa untuk diri sendiri. Mereka perlukan satu ruang untuk menarik nafas lega dan kembalikan aura-aura positif dalam diri. Me time tu bukan curi tulang atau saja-saja malas nak buat kerja. Seorang isteri terutama surirumah sepenuh masa. Mereka sangat-sangatlah perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri buat seketika. Sekurang-kurangnya satu jam satu hari.

Dalam sebuah laporan Daily Mail menunjukkan bahawa wanita hanya mempunyai 17 minit sehari untuk diluangkan bagi kepentingan diri sendiri. Bagi wanita yang menjadi surirumah, hampir kesemua waktu mereka didedikasikan untuk kepentingan anak-anak, suami, dan kerja-kerja lain seperti urusan rumah tangga.

Isteri Perlukan Me Time
Isteri Akan Rasa Cepat Marah Dan Tertekan.

Cuba tengok balik, isteri ada marah-marah tak? nampak muka dia penat tak? selalu menguap atau tertidur dimana-mana? kadang-kadang rambut pun tak sempat nak syampoo sebab kalut dengan anak.

Ada masanya isteri rasa dirinya dah macam orang gaji di rumah sendiri. Segalanya perlu disiapkan dan dibuat dalam satu-satu masa. Adakalanya tak sempat nak rehat atau menjamah makanan. Semuanya rasa kelam kabut. Kadang-kadang mereka menangis sendiri, bukan sebab dia berkira nak semua ni, menangis sebab terlalu penat dan orang tak perasan dan hargai apa yang mereka buat.

Isteri minta tolong suami sekali sekala tu bukan saja-saja. Minta tolong tengokkan anak sekejap, sementara dia boleh rehat dalam tiga puluh minit dalam bilik dan solat dengan tenang. Itu pun mereka rasa dah best sangat!

Isteri Perlukan Me Time
Mereka Tiada Tempat Untuk Meluahkan Perasaan.

CHECKLIST 6 SEBAB KENAPA ISTERI PERLUKAN ME TIME.

  1. Untuk Reset Semula Emosi.

Bila seharian dah buat macam-macam kerja rumah dan bergelut dengan anak, sudah tentulah isteri akan rasa penat. Bila badan dah penat, tapi kita paksa lagi diri kita untuk melakukan kerja-kerja lain yang masih berbaki, emosi dari tenang boleh jadi tegang.

Masa tulah rasa nak marah, anak buat salah sikit dah kena pukul, rasa dah tak ikhlas dan buat kerja semua rasa tak best. Bila isteri dapat me time, dia boleh reset semula mood yang tak best kepada mood yang lebih positif dan ceria, supaya mereka kembali bertenaga. Ibu dapat redakan stress yang mereka alami dengan menyendiri seketika.

2. Me Time Bukan Curi Tulang @ Malas!

Isteri me time bukan lama pun, tak sampai satu hari. Dapat luruskan pinggang sambil godek-godek telefon cuci mata tengok alat solek, baju-baju cantik, video masak-masak pun dah rasa tenang dah. Tak semestinya kena keluar rumah lari dari suami dan anak-anak. Dah nama pun kualiti masa untuk bersendirian kan, maknanya tanpa gangguan.

Suami kena faham kenapa isteri perlukan me time, ia dapat membantu para isteri untuk kekal waras. Isteri tak meroyan, tak marah-marah, tak bebelkan suaminya sebab tak tolong isteri dan takda nak ungkit-ungkit. Isteri anda sebenanrnya dah penat. Otaknya tak stabil kalau terlalu letih. Jadi isteri perlukan rehat untuk memperbaiki dirinya agar jadi lebih baik untuk anda dan anak-anak.

3. Me Time Dapat Menyelamatkan Anak Dari Dimarah & Dipukul.

Isteri kalau dia dah rasa stres sangat, jangan terkejut ya kalau dia boleh memukul anak. Ini bukan sengaja pukul tau, ini terjadi sebab otaknya berada di luar kawalan. Tanpa sedar dia boleh mencederakan anak. Ini bahaya! buat para suami, tolong ambil kisah dan sesekali tu tanya isteri kalau isteri ada masalah.

Isteri banyak pendam perasaan tanpa meluahkan. Lama-lama pendam dia boleh jadi gila. Bahaya kalau mereka ‘depression’. Jadilah penyelamat kepada isteri anda.

Isteri Perlukan Me Time
Stres Menguasai Diri & Hidup Dalam Tekanan.
4. Ibu Dapat Mencukupkan Tidur & Rehat Yang Tak Pernah Cukup.

Cuba tanya isteri anda, sejak dia bergelar surirumah, berapa kali dia dapat tidur pada waktu siang? tidur yang kurang dan rehat yang tak cukup adalah punca isteri kerap sakit. Kejap-kejap demam, kejap-kejap pening kepala dan adakalanya kerap sakit badan.

Dengan me time, isteri dapat lapangkan minda dan membantu isteri berehat dengan lebih tenang. Suami, sementara isteri tidur tu, layankan anak sekejap, bawa jalan-jalan dan bergruau senda bersama. Anda juga dapatkan ‘topup’ balik masa untuk menggembirakan hati anak. Waktu inilah anda dapat cipta bonding antara ayah dan anak.

Isteri Perlukan Me Time
Isteri Kembali Ceria!
5. Rumahtangga Kekal Bahagia!

Jangan tak percaya dengan beri me time kepada isteri, akan membuatkan rumahtangga lebih bahagia dan harmoni. Dah takda dah masam-masam muka atau terasa hati. Dah takda dah isteri nak ungkit-ungkit kata pengorbanannya tak dihargai. Me time isteri dapat mengelakkan pergaduhan antara pasangan.

Wajah isteri juga lebih berseri-seri dan cantik! ada keyakinan dalam dirinya. Sesekali tu izinkan isteri keluar rumah selama dua jam untuk dia melawat kedai-kedai yang dia suka untuk terapi diri. Isteri masuk kedai eco pun dah happy dah. Balik rumah pun senyum-senyum je sambil menyanyi.

Happy wife happy life!

Agak-agak dapat tak me time lepas ni lepas dah banyak sebab-sebab bagusnya me time ni? jangan berkira dengan isteri, semakin kita memudahkan dan membahagiakan isteri kita, semakin luas lubuk rezeki suaminya.

Jangan lupa miliki ebook.9bulan10hari untuk tambah ilmu pengetahuan tentang tips-tips rumahtangga yang awesome!

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *