isteri megandung

Isteri Saya Jadi Mangsa Hati Hati Ibu Hamil – Maisesiophilia

Maisesiophilia

Kisah Benar Maisesiophilia

Ini adalah kisah benar tentang satu penyakit Maisesiophilia. Saya, wife saya & Lukman (bukan nama sebenar) kawan rapat dari kecik. Lepas saya dah kahwin dengan Liyana, kami masih berkawan. Masa tu kadang dalam sebulan 3 kali saya tinggal wife saya sebab urus company business kat Oversea. Saya akan minta tolong Lukman bawakan isteri ke klinik. Actually Lukman tak rapat dengan Liyana, tapi sejak wife saya pregnant, tiap minggu dia bagitau, dia nak bawa Liyana gi klinik & cari makanan yang dia mengidam. Alhamdulillah, dalam 5 months travel sana sini, boss dah bagi green light untuk saya jaga business kat Malaysia & spore sja. Tapi tulah, Lukman memang akan minta untuk ikut kami pergi sana sini. Saya pun ok ja sebab dia pun takda family kat sini & kami pun dah macam adik beradik.

Ada sekali tu masa kitorng gi picnic kat air terjun Kemensah, Lukman jatuh & luka teruk lepas dia terpijak batu licin & jatuh. Luka teruk separuh badannya. So kami pun bawaklah dia gi kinik.

ALLAH MAHA KUASA

Masa Mamat Tu Tengah Dirawat Tu, Saya Ternampak Gambar Perempuan Mengandung Kat Screen Phone Dia

Saya pun bukaklah tengok, Allah, beratus gambar perempuan mengandung dalam phone dia termasuk gambar wife saya. Berdebar jantung saya masa tu, saya tak tahu kenapa mamat ni simpan semua gambar ni & paling saya sedih, gambar saya dengan Liyana pun dia crop! dia simpan gambar wife saya yang pregnant ni bersama ratusan gambar ibu pregnant yang lain.

Masa dah sampai rumah dia, saya nak masuk rumah sebab nak tolong dia setup tempat tido betul2, tapi dia tak kasi. Masa tu saya memang syak something dengan mamat ni. Saya cakap nak gi toilet, tak tahan, masa dia duduk dengan wife kat hall tu, saya cepat2 curi masuk bilik dia. Masa tu hati saya berkocak. Saya nampak gambar isteri saya yang sarat mengandung ni terpampang besar kat dinding bilik dia! Hanya Allah tahu betapa geramnya saya masa tu sampai saya menangis! Masa dalam kereta saya cerita semua dengan wife saya.

Terkejut Wife Saya

Menangis dia & menggigil sebab tak sangka kawan kami macam ni. Saya call kak ipar & cerita semua ni. Kakak ipar saya cakap, memang ada lelaki yang ada penyakit nafsu pelik pelik dengan ibu hamil. Terkejut kami masa tu. Wife saya yang jadi mangsa! Now dah 3 minggu saya tak jumpa mamat tu. Dia call pun saya tak jawab.

Demi Allah kami tak tahu nak berdepan dia macam mana! Saya pernah share mengenai ‘penyakit nafsu’ terhadap ibu hamil di page 9bulan10hari sebelum ni. Ya, memang ada kes yang kami terima melibatkan lelaki yang ‘jatuh cinta’ dengan ibu hamil & dia akan buat apa saja untuk dapatkannya.

Sebenarnya ni bukan benda baru. Dah lama wujud. Nama penyakit ni MAIESIOPHILIA!

Trend ni lebih menjadi jadi bila startnya sorang actress Hollywood – Demi Moore buat gaya pregnant ‘penuh sopan santun’ kat cover majalah Vanity Fair tahun 1991.

Ya, wanita hamil itu kelihatan comel & seksi luar biasa kerana pembawakan anak, sebab tu bila kita tengok kita siap sentuh sentuh perut cakap “geramnyaa…comelnye perut akak” Kita ingat semua orang rasa perasaan yang sama macam kita bila tgk pregnant women ni. Rupanya lain pulak kes bagi golongan maiesiophilia.Bagi orang orang yang ada penyakit pelik ni, kalau kita bagi pilihan kan, antara wanita terdedah aurat @ wanita hamil menutup aurat, dia akan pilih wanita hamil dulu tau!

Orang Maisesiophilia Mudah Terghairah

Orang ni boleh tergh*irah hanya dengan gaya senyum, gaya makan, cara jalan dan cara percakapan wanita hamil. Tu sudah cukup buat dia rasa tergila gila & m*ngg*irahkan. Allah. SERAM

Sebab tu masa pregnant tak bole pakai ketat2, logically masa pregnant semuanya menonjol kan dari atas sampailah bwh Kalau tak jmpa depan2 pun, if dalam social media mommy upload gamba hamil pun bole sebabkan mommy jadi antara mangsa golongan yg ada penyakit sebegini tanpa mommy sendiri sedar.

Semoga Allah jauhkan kita daripada semua ni. aamiin.

Like share & tag info ini agar setiap wanita berjaga jaga dengan semua ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *