isteri meroyan kerana suami
|

Dengan Luka Bersalin Ni Saya Siapkan Tempat Berpantang Sendiri. Suami? Dia Main Game!

Biar Isteri Buat Keputusan Tempat Berpantangnya

Assalamualaikum kak… kenapa susah sangat nak buat orang faham pasal berpantang ni? Saya tengah berpantang…. hari ke 9… tapi terlalu stress sebab suami & mertua tak faham… Aritu masa kandungan saya 4 bulan mertua saya cakap boleh saja kalau saya nak berpantang di rumah mak saya… saya happy sangat kak… Tetiba bila masuk kandungan 9 bulan… bukan saja mertua saya tapi suami saya pun paksa paksa saya suruh ikut cakap maknya pantang kat rumah dia..Saya cakap yang saya rasa lagi selesa kalau mak jaga…

Dalam 2 minggu lepas…. mak mertua saya tiba2 baik… dia masakkan apa saja yang saya nak… dia cakap semoga anak lahir dengan mudah la apa la…. dia cakap dia syg saya sangat2 macam anak sendiri…

Saya pun pelik kenapa tetiba baik semacam dengan saya.. Tapi saya fikir positif la… Bila mak mertua saya pujuk saya pantang di rumahnya… katanya nak jaga saya semua.. saya pun setuju lah… Saya selamat lahirkan anak di private hospital & dibawa balik rumah mertua…Maka kat sinilah bertukar segala drama…Sampai saja di rumah… cadar katil saya tak bertukar & bilik tak bersiap… padahal masa saya nak siap sebelum pegi hospital mertua cakap dia nak siapkan…

Saya yang penat baru sampai rumah dengan luka koyak bersalin ni lapiklah cadar & siapkan tempat anak elok elok. Suami? dia main game.. !katanya “kejap kejap nak menang dah” padahal masa tu saya teemengah mengah kekanan & kiri tarik cadar seorang diri

ALLAH ja tahu betapa terasanya hati saya masa tu…

Saya cuba sabar sebab akak selalu pesan, ibu lepas berpantang kena jaga emosi…. jangan biar emosi negatif kuasai diri… saya cuba tenangkan diri sebab akak.. kalau tak memang saya jerit kot.. sebab sakit hati tengok dia goyang2 kaki macam tak ada apa yang berlaku….
Bab masak memang mertua saya masak… hari pertama dia buatkan ikan goreng dengan nasi putih… tu pun nasi sejuk… saya tak berani komplen walaupun akak pernah pesan sebelum ni kalau pantang kena makan nasi panas2 yang baru masak… bukannya dimasak 2 kali atau panaskan…

Yang buatkan saya sedih… semua pinggan mangkuk dibiar dalam sinki…
Mak mertua saya minta saya basuh semua pastu minta saya kemas & mop dapur…. Anak menangis pun dia suruh siapkan dulu juga kerja…
Saya cuba lagi sabar…..
Mandikan anak… tidurkan anak…. basuh baju anak semua saya buat…
Suami saya? Main game! pastu tengok drama Frenz apa tah…

Dia kata ada 12 episode kena habiskan.. sebab best cerita tu…
Dalam hati saya ni kan kak…. rasa nak ketuk ja kepala suami saya..

Perasaan saya semakin bergolak.. rasa tak tentu arah… & rasa terlalu stress.. rasa nak marah semua…..

3 hari lepas saya nak pergi chekup anak kuning…. saya bagitahu suami… mak mertua saya marah saya.. dia cakap klinik kan depan rumah ja.. pegilah sendiri…

Demi ALLAH berkocak hati saya masa tu kak..

Saya betul2 marah…. saya cakap…

“Mak ni ada otak tak buat orang pantang macam ni?! mak janji nak jaga saya… tapi mak sengaja biar saya buat semua walaupun mak tahu saya tak larat!”

Tergamam mak mertua saya masa tu…

Air mata saya mengalir sebab saya bukan org yang cakap macam tu…

Saya tak tahu nak buat apa… tapi saya jerit pada suami saya….

“bawak saya balik rumah mak saya sekarang jugak”!

Suami saya yang cuba datang & tampar saya tu saya tepis tangan dia…

Saya cakap…. jangan sampai saya buat laporan polis…

Terus mertua saya minta maaf..

Tapi saya berkeras nak balik jugak.. sebab saya rasa terlalu tertekan….

Finally sekarang saya kat rumah mak kak..

Tenang hati saya…Saya dah ada tempat berpantang yang best sekarang.

Bila suami saya kat sini.. baik pulak dia… siap bangun pagi2 buat air mandian lagi…

Ntahlah kak… saya bersyukur saya masih tak terlambat untuk berpantang dengan tenangnya…

Untuk ibu2 lain…tolonglah berpantang di tempat yang selesa… jangan biar org sekeliling bagi kita stress.

Tq kak sebab selalu ada untuk kami….

Alhamdulillah… finally dpt berpantang dengan tenangnya ye Amy…

Dalam kes ni saya tak salahkan Amy…sebab dia memang seorang ibu yang cakap pun penuh sopan santun… & soft heart… tapi disebabkan Amy rasa tertipu.. Amy terpaksa bertindak kejam…

Pun begitu…. jangan ingat semua mertua seperti mertua Amy….. Ada mertua yang terlalu baik dan disalahgunakan menantu… sampai ada menantu pukul mertua… kes tu pun banyak jugak…

Berpantang pantang

Tapi Bila Bercakap Pasal Amy… Sepatutnya :

  • Suami mainkan peranan ketika isteri berpantang… bukannya main game! campak phone tu jauh jauh… ! hee… geram rasa….. hihi..
  • Nasi buat ibu berpantang hanyalah yang baru dimasak & dihidangkan panas2… Tak boleh panaskan nasi pagi tadi atau semalam. Tak boleh!
  • Dilarang sama sekali bermain air… apatahlagi basuh pinggan sampai 1 sinki…
  • Mop.. pegang penyapu…. tak boleh langsung… tu bukan kerja ibu berpantang!.
  • Bab tertengking mertua tu.. sebaiknya Amy cakap elok2 dulu…. org2 tuan ni kan Amy… kadang dia takut menantu dia yang cantik & baik macam Amy ni ‘ambil’ terus anak lelaki dia dari dia… sebab tu kadang dia menguji Amy macam tu… harap2 mertua Amy sedar.
  • Tanggungjawab mandikan anak… bawa isteri & anak ke klinik tu tanggungjawab suami ya… janganlah biar isteri buat sorang2… kesian dia….

Baik, Saya Share TIPS TEMPAT BERPANTANG Supaya Mommy Lebih Ceria :

1. Rumah Siapa?

Part ni memang suami kena consider. Biar isteri buat pilihan dimana dia hendak berpantang. Hak memmilih tempat berpantang serahkan kepada isteri anda. Rata rata wanita jadi bertambah stress sebab ada di antara suami yang memaksa isterinya berpantang di rumah ibu & ayahnya. Menyebabkan mommy ni rasa tak selesa & bertambah stress.. finally susu pun tak banyak. Tapi ada juga wanita yang sebenarnya suka berpantang di rumah mertua. Terpulang.

2. Lantai @ Tilam

Mommy & anak sama sekali dilarang tidur direct di atas lantai tanpa melapik tilam @ toto yang tebal. Tahu tak sebab suruh pakai socks masa pantang? antaranya tak nak bg mommy pijak lantai. Lantai tu sejuk.Tak bagus untuk ibu yg berpantang. Elakkan juga tidur di atas katil bersama bayi. Banyak kes anak jatuh dari katil sebab takda penghadang. Careful.

3. Kedudukan Tidur

Make sure mommy & bayi tidur mengiring ke kiblat dan bukannya melujur kaki ke kiblat. Pastikan mommy set up tempat berpantang mommy sebaiknya.

4. Berapa Lama Suami Kena ‘Pantang’?

Rujuk page 143 buku 9bulan10hari mengenai hukum menyetubuhi isteri sebelum 100 hari berpantang.

5. Barang Baby

Make sure sebelum mommy nak ke hospital melahirkan anak.. mommy dah boleh letak segala barang baby seperti bedak.. minyak angin .. wipes… lotion… cotton buds di dalam satu raga… & siapkan juga pakaian bayi yang sudah dibasuh, dijemur & dilipat berdekatan tilam tempat berpantang mommy tu.

tempat berpantang
Pastikan ketika berpantang, akan ada CL/suami/family yang jagakan.

6. 5 Syarat Wajib Berpantang

Mommy wajib follow semua ni kalau mommy nak kelihatan menawan. Ada kes disebabkan tak follow prinsip berpantang ni.. ada mommy yang bentan & meroyan selain bentuk badan yang totally berubah. Rujuk page 130-143 buku 9bulan10hari. Banyak tips & info mengenai berpantang di situ.

7. Surah Yaasin

Ketika mommy nifas… ‘benda benda’ tu suka sangat dengan mommy.. & maybe anak pun dapat tempias. Make sure mommy letak surah yaasin 1 disebelah anak & satu disebelah bantal mommy.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *