tugas suami jika isteri hamil
| |

Isteri Dah Nak Bersalin… Apa Patut Seorang Suami Buat Ni???

Assalamualaikum puan dan pembaca 9bulan10hari.

Aku ingin berkongsi detik-detik sebelum dan semasa isteri ingin melahirkan anak sulung kami, pada bulan Jun yang lalu. Bro yang bakal jadi bapak tu, wajib baca sampai habis.

Malam sebelum isteri bersalin, kami plan nak pergi ke Bazar Aidilfitri. Saja la nak bawak isteri berjalan-jalan, lagipun due date isteri seminggu lagi. Kalau ikut perancangan sebelum tu, gatal kaki jugak nak naik Cameron Highland, tapi isteri tak berani. Isteri takut tiba-tiba rasa sakit nak bersalin dalam perjalanan, celah mana nak mintak tolong orang.

Tiga empat hari sebelum bersalin, isteri ni macam dah ada naluri yang dia ni nak bersalin. Itu yang dia tak berani nak pergi berjalan jauh-jauh. Aku bisik kat baby, janganlah keluar lagi, bagi chance la ayah cari duit lebih sikit untuk raya.

Bila pergi mana-mana, isteri asyik tanya ayat ni.

“Abang, nak bawak beg baju saya dan baby tak? Buku pink nak bawak tak? Karang nak bersalin, kena balik rumah pulak.”

Eh dia ni, confident sangat dah nak bersalin. Tengok muka tu macam tak ada gaya nak bersalin pun lagi. Bukan main ligat lagi hari terakhir sebelum bersalin tu dia menolong aku berniaga di Bazar Ramadhan. Lepas tu, siap jalan kaki pergi masjid, tawaf bazar bukan main lama cari kerabu maggi. Bukannya reti duduk diam-diam dan berehat di rumah.

Tengok gaya si isteri ni tak nampak macam tengah tunggu hari nak bersalin sebab perut tak nampak sangat. Orang duk ingat isteri aku ni makin berisi. Budak-budak dekat sekolah pun tak tau yang cikgu ganti diorang ni tunggu masa ja nak bersalin.

Okay, malam tu dalam pukul 11.30, tengah seronok-seronok aku mandi, isteri menjerit.

“Abang, saya dah nak bersalin ni. Ada keluar tanda.”

Terkaku aku sekejap. Err, isteri tengah menjerit panggil aku, nak sambung mandi atau pergi tengok dia sekejap. Mula berdebar dah ni.

“Kejap-kejap, abang nak siap dah ni.”

Memang terus mandi cincai la aku. Konon nak siap dah, padahal baru je mandi. Siap mandi, terus aku check tempat isteri berbaring, cadar basah. Air ketuban dah pecah, banyak pulak tu. Mujur aku tau jugak hal-hal air ketuban.

Yang aku tau masa tu, kena cepat pergi hospital. Memang kelam kabut. Seriously, aku macam blur, tak tahu nak buat apa bila kelam kabut. Sempat jugak aku memikir, berapa ratus nak kena bawak pergi hospital ni. Padahal, mana ada nurse mintak duit pun masa admit. Isteri arahkan aku ambik beg dia dan baby sekali buku pink. Cepat-cepat aku start kereta dan bawa masuk barang sementara tunggu isteri bersiap.

Mujurlah barang isteri dan baby dah siap kemas. Aku yang kemas barang-barang tu masa isteri kena Braxton Hicks.

Bapak-bapak please ambik tahu tentang Braxton Hicks ni. Masa isteri kena tu, memang aku ingat dah nak bersalin dah. Memang kalut aku kemas beg isteri masa tu. Aku langsung tak tahu nak bubuh apa dalam beg. Isteri la yang sebut satu-satu barang sambil menahan kesakitan. Berguling-guling, bergulung-gulung badan duk menahan sakit.

Okay, pastikan barang kelengkapan ibu dan anak dah siap sedia, tinggal nak bawak je.

Ingatkan isteri korang supaya pakai tudung sarung sebab mudah, pakai selipar yang memudahkan isteri untuk ke tandas dan tanggalkan barang kemas siap-siap.

Lepas isteri bersiap, aku pun pecut kereta pergi hospital. Isteri aku konon-kononnya nak bersalin di Hospital Kuala Lipis, kawan-kawan dia beritahu yang hospital tu okay. Bila dah keluar tanda tu, tak dengar bunyi nak Hospital Lipis pun, dia cuma nak cepat sampai hospital je.

Rumah aku dengan hospital tak jauh. Lebih kurang 15 minit dari start isteri turun tanda, kitaorang dah ada kat hospital. Kemain pantas kan? Aku dengar orang lain relaks-relaks je rupanya walaupun dah turun tanda, siap boleh makan nasi lemak lagi. Kitaorang dengan lajunya pergi sebab takut tak sempat bersalin kat hospital. Kerabu maggi pun isteri tak ingat dah. Memang nak gelak bila ingat balik.

Bila isteri dah diberi katil, aku pun duduk melepak di luar. Dalam pukul 4 pagi, baru aku teringat yang kitaorang berdua masing-masing tak ada kredit handphone. Aku pun melilau la pergi cari topup. Alang-alang tu boleh pergi bersahur sekali.

Tengah cari kedai nak bersahur, aku dapat panggilan dari hospital yang isteri aku dah nak bersalin. Aku ingatkan lambat lagi sebab dia tak start contraction pun tadi. Ya Allah, syukur sangat sebab pihak hospital call beritahu. Kalau tak, memang meroyan la isteri aku sebab tak teman dia dalam Labour Room.

Sampai je LR, aku diberi baju khas untuk masuk. Memang tak dan nak makan dah, aku sempat teguk air je. Masuk je LR, hati yang gundah gulana menjadi tenang bila alunan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan. Tenang setenang-tenangnya, padahal sebelum tu nervous bukan main sebab aku ni takut darah.

Aku berdiri di sisi isteri dan cuba beri sokongan dan kekuatan. Berkali-kali aku ingatkan dia jangan angkat pinggul masa meneran. Semasa mengandung, penting untuk isteri beritahu suami do n donts dalam labour room. Sebab masa nak bersalin, diorang tak boleh ingat apa dah kerana kesakitan yang melampau. Di situlah peranan kita sebagai suami untuk mengingatkan kembali. Korang juga kena ready jadi punch bag isteri, tapi mujur aku tak kena.

Nurse juga banyak membantu isteri, misalnya membaca potongan ayat surah Yusuf, mengajar isteri cara untuk meneran dan beri sokongan yang padu. Meriah betul suasana tu dengan ‘sorakan’ mereka. ‘Sikit lagi puan, sikit lagi, bagus puan, dah nampak kepala baby tu, sikit lagi.’ Ya Allah, baik sungguh layanan mereka, 5 bintang aku bagi.

Sekuat-kuat hati lelaki, menitis jugak air mata bila melihat proses kelahiran. Saat tu, terus terbayangkan emak yang melahirkan aku. Aku ibarat bermimpi dan tersedar dari tidur bila isteri selamat melahirkan. Mulut ibarat terkunci, hanya air mata yang mengalir.

Mujur nurse mengingatkan aku untuk azan di telinga anak.  Ya Allah, sebak sangat semasa mengalunkan azan pada bayi kami yang lahir sesudah azan Subuh, pada hari Jumaat. Allah makbulkan doa kami suami isteri yang nak sangat anak lahir hari Jumaat di bulan Ramadhan.

Allahu, terima kasih aku ucapkan buat team Wad Bersalin Hospital Raub yang bekerja keras membantu aku dan isteri semasa melahirkan anak kami. Hospital kerajaan beb, tapi layanan memang terbaik. Isteri pun sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Hospital siap sediakan kurma lagi untuk mentahnikkan baby.

Selesai semuanya, isteri dibawa ke wad dan aku pulang bersama bungkusan uri. Seriously, aku memang tak tahu cara nak uruskan uri. Itulah, masa isteri suruh baca cara uruskan uri, aku buat tak kisah je. Mujur mak ada dan ajar aku untuk menguruskan uri tu.

End of the story, korang kena sentiasa bersedia dan pastikan korang tahu estimate due date isteri. Pastikan hp ada kredit, kesian isteri aku tak dapat call mak dia nak minta maaf gara-gara kehabisan kredit. Korang juga kena tahu apa yang perlu bawak ke hospital dan study la sikit cara menguruskan uri. Jangan jadi macam aku, dah dapat uri baru nak ambik tahu.

Actually, kalau korang beli buku 9bulan10hari, macam-macam ilmu ada. Cara uruskan uri, checklist ke hospital, perkara yang perlu buat selepas baby lahir, semua ada. Aku ni terlambat, baby dah keluar baru aku belikan untuk isteri. Its okay, better late than never. Pada korang yang tengah menunggu hari untuk isteri bersalin, have fun dalam labour room nanti. Bawak tisu siap-siap, boleh lap air mata nanti. Huhu.

#9bulan10hari

Tahniah tuan dah jadi daddy walaupun semuanya dilalui dengan penuh ‘kecomelan’ hihi. Semoga zuriat kurniaan Allah ini menjadi pengikat kasih sayang antara tuan dan isteri. aamiin…

Baik, dalam buku 9bulan10hari ada disediakan:

  • Penyediaan air selusuh
  • Tips mudah bersalin
  • Checklist keperluan ke hospital
  • Tanda-tanda kelahiran
  • Tips meneran
  • Doa mudah bersalin
  • Panduan menanam uri

dan banyak lagi…

Selain tu, ibu dan ayah boleh baca posting 6 Tips Papa Ke Labour Room 

Isteri

Baca juga… Sesaat Selepas Melahirkan Anak, Apa Doktor Lakukan & Apa Papa Mama Perlu Buat

isteri

Semoga page dan buku 9bulan10hari membantu ibu dan ayah semasa proses kelahiran anak dengan cerianya.

Copyright @NaziraNazir buat #9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *