suami isteri shopping

Isteri Ni 1 Je Beb… Walaupun Suami Bawak Pegi Night Market, Tapi Dia Akan Happy Macam Kau Bawak Pegi London. Hihi

Assalamualaikum 9bulan10hari.

Comelnya lahai perangai isteri masa preggy ni. Haishh, kita sebagai suami ni tengok pun geram nak picit-picit pipi tu. Memang perempuan mengandung macam tu ke?

Suami rasa macam ada ekor

Masa wife mengandung ni, saya macam ada ekor. Nak tau kenapa? Ke mana saya pergi, isteri mengekor. Sebelum ni tak pulak macam tu. Sekarang ni mana saya pergi semua nak ikut.

Bangun pagi-pagi, wife duk muntah-muntah, pening. Saya pun cari kunci motor nak pergi beli sarapan.

“Abang, nak ikut boleh?” sambil buat muka kesian dia.

Haishh, tak padan dengan tak larat tu, nak ikut jugak pergi beli breakfast. Tak bawak karang, memang boleh ikat muncung kat mulut tu. Merata la mencari sarapan sebab wife nak makan nasi kerabu. Kalau nak nasi kerabu tu, nasi kerabu jugaklah kena cari. Janganlah offer nasi lemak ke nasi minyak ke.

Setiap hari minggu, saya berniaga di pekan sari. Jadi, malam minggu tu dalam pukul 12 saya akan letak kanopi dan meja. Tak kira waktu, pukul 12 pun dia nak ikut. Tak bagi ikut karang, memang confirm merajuk.

Dapat naik van, ambik angin malam-malam pun dah seronok sangat katanya.

Dalam pukul 3 pagi pulak, saya akan ke rumah mak saya untuk buat persiapan barang jualan.

Wife berkeras jugak nak ikut dengan bawak selimut, bantal busuknya. Kesian tengok dia dengan tak cukup tidurnya. Bukan main dia bagi alasan, malam minggu baby paling aktif katanya. Kalau dia duduk rumah pun, dia tak boleh tidur.

Senang kata, wife macam tak boleh hilang saya langsung. Ke mana je nak ikut. Kalau dalam rumah pun tak nampak kelibat saya, puas dia mencari. Kadang-kadang seronok jugak main hide and seek dengan dia. Sebab confirm dia akan cari satu rumah.

Nak ‘membuang’ pun susah.. hihi

Ha ni memang pelik yang dia duk nak ikut. Kalau saya masuk tandas untuk membuang pagi pagi, dia duk cakap nak ikut. Lepas tu duk ketuk ketuk pintu. Kadang-kadang ditolaknya pintu sampai tercabut selak pintu. Puaslah saya tahan pintu dengan baldi berisi air. Memang tak aman langsung nak membuang. Sabar je la isteri oi.

Pernah sekali tu, saya tak bawak dia pergi jemput abang ipar dekat TBS. Dia nampak tak larat sangat, jadi saya suruh dia rehat. Kalau ikut, lagi penat. Rupanya, malam tu dia tak boleh tidur, sampai bengkak mata menangis. Allah, kesian isteri abang. So lepas dari tu, memang saya bawak ke mana dia nak ikut.

Mujur setakat ni dia tak pernah mintak nak ikut pergi solat Jumaat. Kalau tak, haru dibuatnya. Jangan pernah duk mintak nak ikut la sayang oi.

Nak makan sepinggan pulak dah bidadari saya ni…

Lagi satu perangai pelik dia masa mengandung ni, nak makan sepinggan. Dia tak kira depan orang, dia boleh-boleh nak makan sepinggan dengan saya. Kalau dekat rumah tu, saya tak kisahla. Kalau order makan kat kedai, dia cakap dia tak selera. Lepastu bila nasi saya sampai, sikit-sikit sampai habis dia makan. Sampai tauke kedai pun boleh baca perangai wife saya yang suka kongsi makanan. Dah la suami awak ni makan banyak, memang tak cukup la sepinggan tu kongsi berdua.

Pernah sekali kami pergi rumah sepupu isteri, ada kenduri kesyukuran. Isteri ambik nasi sepinggan, ajak saya makan. Orang duk kata la romantiknya makan pun sepinggan.

Yela romantik, korang tak tau yang dia ni takde selera kalau tak makan sepinggan dengan saya. Mak saya kata, tak apa la dia nak makan sepinggan pun. Dia bukan nak makan bersuap, nak tumpang pinggan je.

Memang saya perasan, kalau makan sepinggan dengan saya, berselera dia makan. Berkali-kali kami tambah nasi. Kalau makan pinggan asing-asing, kemain payah dia nak suap telan nasi tu macam ada duri je kat tekak tu. Terkuis-kuis nasi tu, sudahnya saya jugak yang habiskan, saya jugak yang naik berat badan.

Masa wife mengandung ni memang saya jarang keluar melepak dengan kawan kawan. Sebulan sekali pun payah. Yela, dia nak ikut sokmo. Jadi, terpaksa la berkorban. Ada sekali tu saya keluar melepak, teringin pulak tengok rokok member. Saya dah lama berhenti merokok, jadi bila tengok member merokok, memang mintak satu la. Balik tu, masuk masuk je bilik terus wife mengamuk menjerit-jerit, menangis nangis. Gaya dia meroyan tu macam saya kantoi kahwin lagi satu je. Kuatnya la hidung dia. Sejak dari tu, saya tak berani nak merokok belakang dia lagi. Puas weh nak memujuk dia.

Mengidam nasi lemak

Sekarang ni wife mengidam nasi lemak. Ala mesti korang cakap, nasi lemak je pun, senang sangat nak cari. Okay, ni lain. Sebelum ni, saya selalu beli nasi lemak Mak Cik Leha, memang favourite la. Sekarang ni, dia tak nak dah nasi lemak Mak Cik Leha, nak nasi lemak Mak Cik Peah, lusa nak nasi lemak Mak Cik Odah. Dia tak nak makan nasi lemak yang sama. Kalau kat pekan sari tu, pagi-pagi lagi dia duk usya mak cik jual nasi lemak. Saya rasa, habis semua dah nasi lemak kat pekan sari tu dia try. Jangan mintak abang buat nasi lemak sudah la ye sayang.

Mujurlah wife boleh bau saya walaupun tengah busuk masam. Sebab hari tu masa pergi monthly check up, doktor ada cerita yang seorang patient dia tak boleh bau suami dia, even suami dia wangi sekalipun. Nasib badan. Wife saya ni pulak ketiak berpeluh ke, slumber je dia nak.

Bro kat luar sana, wife engkorang macam mana pulak? Pelik-pelik tak masa mengandung ni?

#9bulan10hari

Hehe…. bersemangat saya baca story tuan ni… comel….. semoga kalian dilimpahkan rahmat sentiasa …aamiin…

Baik, semasa isteri mengandung, memang berlaku perubahan yang pelik pada mereka. Kadangkala isteri akan beremosi. Sekejap suka, sekejap marah. Kadang-kadang diorang pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Heee comelll.

asalkan suami ada

Semasa mengandung, isteri sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan penerimaan roh baru dalam badan mereka. Itu yang mereka berperangai pelik.

Jom kita tengok, apa lagi perangai pelik perempuan mengandung. Ada tak yang kena dengan anda atau isteri anda?

1. Kuat tidur

2. Malas-malas sikit

3. Tak boleh bau suami

4. Mengidam

5. Mudah emosi

6. Tak boleh masuk dapur

7. Mudah lupa

8. Mudah merajuk

Apa-apa pun, suami hendaklah belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan perangai isteri semasa mengandung. Manjakan isteri dan berikan lebih perhatian. Semoga semua pasangan enjoy a sweet moment during pregnancy.

Copyright @Nazira Nazir untuk 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *