Seorang Isteri Tidak Malas, Dia Buat Semua Tanpa Sesiapapun Sedar.
Assalamualaikum kak. Saya Zana. Masa nak menaip ni pun, saya tak mampu nak tahan air mata ni.
Sejak hamil, saya rasa terlalu lemah tak bermaya. Saya memang tak dapat pergi kerja seawal pagi sebab saya loya & muntah dengan kerap.
Jadi saya minta izin bos untuk datang lambat. Kawan kawan office saya yang dulunya rapat dengan saya tiba tiba tak suka dengan saya.
“Kau saje ek buat alasan cakap mengandung pastu datang lambat….? kitorang datang awal kot buat kerja.. kau senang senang saja datang lambat”
Mereka kawan kawan baik saya kak…. tapi mereka sendiri tak faham saya. Saya balik rumah & menangis pada suami. Buku & page 9bulan10harilah yang sentiasa jadi peneman kami. Sebab dari situ kami dapat tahu keadaan anak dalam kandungan & dari situlah suami saya mula memahami saya & bagi kata kata semangat buat saya.
Minggu lepas sedara saya datang rumah. Dia anak saudara ibu saya. Dah tua dah dia… depan semua orang dia sound saya….!
Bersepahnya rumah ko Zana… orang lain mengandung jugak…. tapi tak adelah sampai malas macam ko…. kesian laki ko… masak pun idak… rumah pun tak mop…
Berdesing telinga saya kak…. terngiang ngiang apa yang dia cakap….
Lepas tu suami saya terus sampuk & cakap… “orang mengandung tak sama pun acik… saya yang tak bagi isteri buat apa apa kerja”
Terus dia diam….. Memang menangis berhari jugak saya kak… Susah betul nak bagi orang faham kesusahan kita ni,….
Saya harap tak ada lagi orang macam ni….
Sabar ya Zana…. Zara sangat perlu bersyukur sekurang kurangnya orang yang paling rapat dengan Zana (suami) faham keadaan Zana. Tu paling penting.
Baik, kenapa isteri pemalas?
Kerana dialah yang tidur paling lewat menguruskan hal rumahtangga & bangun paling awal bersedia buat yg terbaik untuk suami & anak anaknya….
Ya… isteri & ibu malas kerana…
Ketika dia masak… tiada yg nampak…
Ketika dia susukan anak… mereka kata.. “alaa.. selak saja..”
Ketika bangun tukar lampin dikata xsusah laa…
Ketika anak menangis.. dia yg tenangkannya…
Ketika dia basuh & lipat baju, kemas & mop rumah, suami terlena….
Ketika dia terkejar2 nak solat.. anak merengek minta dimanja…..
Dialah urus baju anak & suami.. & dia jugalah yg turut bekerja…
Ketika baru dia nak lelapkan mata… seluruh badannya mula penat kerana terkejar2 kesini sana…
Ketika itu juga.. dia peluk & cium anak anaknya berulang kali… kerana setiap hari berpisah kerana kerja…
Dimata semua… seorng isteri & ibu ini mungkin nampak PEMALAS… kerana ketika dia RAJIN ramai yg tidak nampak… & dia tidak jelaskan apa yg dia lakukan sepanjang hari… kerana dia punya hati yg terlalu baik yg cuba kuat walau terasa hati…
Copyright@9bulan10hari.