Mintalah Apa Yang Terbuku Di Hati Kerana Pada Hari Arafah Inilah, Doa Kita Mudah Dimakbulkan ALLAH..
ALLAH swt Taala, menjadikan hari Wukuf di Arafah sebagai hari yang agung untuk seluruh ciptanNYA.
Buat semua… rebutlah peluang ini…
Kalau rasa sedih, rasa down, rasa ingin zuriat, rasa gundah gulana, rasa perlukan bantuan… mohonlah pada ALLAH…
Sesungguhnya DIA Maha Mendengar…
Semoga doa kita semua dimakbulkan ALLAH.. aamiin….
Ini adalah doa yang diaminkan anak anak yatim Rumah Amal Limpahan Kasih & yayasan noor manzil ketika solat Hajat Memohon Agar semua wanita merasa kehamilan.
Alfatihah buat yang telah menghadap ilahi.
Ya Allah Ya Tuhan kami…
Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi….
Kau ampunkanlah dosa anak anak di Rumah Amal Limpahan Kasih,
Anak anak di Yayasan Noor Manzil, ibu bapa kami… anak anak kami… keluarga kami… seluruh ciptaanMu dan dosa ku Ya Allah…
Ya Allah….
Walau apa yang kami peroleh di dunia ini… kami sedar… semuanya datang dariMu Ya Allah…
Kesihatan kami… kesejahteraan kami… kebahagiaan yang kami lalui ini semuanya dariMu… dengan itu.. hari ini dalam SOLAT HAJAT BUAT SEMUA WANITA DI DUNIA DAPAT MERASA KEHAMILAN INI… kami benar benar memohon agar Engkau makbulkanlah doa dan hajat ini Ya ALLAH…
Makbulkanlah doa dan hajat ini Ya ALLAH…
Makbulkanlah doa dan hajat ini Ya ALLAH…
Ya Allah ya Tuhan Kami….
Ada di antara kami yang sukar melalui hidup ini… laluannya terasa amat payah sekali…. kami cuba untuk kuat… tetapi kami tewas dengan perasaan yang lemah ini… untuk itu Ya Allah… mudahkanlah laluan hidup kami.. keluarkanlah kami daripada derita yang berpanjangan…. hilangkanlah susah & beban di hati ini… agar mudah untuk kami menempatkan cinta buatMu sepenuh hati tanpa memikirkan kepayahan hidup ini….
Ya Allah ya Tuhanku….
Anak anak yang tidak punya ibu & bapa sungguh lain sekali kisah & perjalanan hidup mereka… Ketika anak anak lain didakap dimanja dicium dibelai ibu bapa mereka… ada di antara anak anak yatim yang dakapnya hanya sebiji bantal & membayangkan itulah ibu… itulah ayahnya..
Ya Allah.. jika inilah takdir buat mereka maka tolonglah Ya Allah berilah kehidupan yang penuh bahagia.. penuh sejahtera & mereka berjaya dunia akhirat tanpa sebarang masalah… bukakanlah hati setiap manusia agar membantu semua anak anak yatim & orang orang susah…
Sesunggunya permintaan & hajat anak anak yatim ini mudah dimakbulkan ALLAH……
Ya Allah Ya Tuhanku..
sesungguhnya nikmat berpasangan itu indahnya lagi apabila dikurniakan zuriat…. kami mohon padaMu yaAllah agar mudahkan perjalanan bagi setiap pasangan memperoleh zuriat soleh dan solehah dengan mudah dan cepat..
Kami mohon kepadaMu Ya Allah agar beri kenikmatan mengandung & melahirkan kepada setiap wanita & setiap lelaki dapat merasa detik bergelar ayah….
Kami mohon padaMu Ya ALLAH… makbulkanlah niat setiap wanita untuk merasa kehamilan…..
Kami mohon padaMu Ya ALLAH… makbulkanlah niat setiap wanita untuk merasa kehamilan…..
Kami mohon padaMu Ya ALLAH… makbulkanlah niat setiap wanita untuk merasa kehamilan dengan mudah dan cepat…..
Semoga setiap pasangan suami isteri dilimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan bergelar ibu dan ayah hebat.
Ya Allah Ya Tuhanku…
Tidak terdaya bagi kami untuk melalui kehidupan ini andai tidak ada pertolongan dariMu……
Ya Allah…. ada di antara mereka di bumi ini.. yang makannya hanya pucuk ubi… minumnya air perigi…. jamah nasi hanya seminggu sekali… dan tidurnya dilitupi awan dan angin… payah YaAllah… sungguh payah bagi mereka melalui hidup sebegitu… Ada di antara kanak kanak yang agama.. pendidikan & kehidupannya terabai kerana kesusahan hidup sebegini.. maka Ya Allah.. kami mohon agar keluarkanlah seluruh ciptaanMu daripada sebarang kesempitan hidup… kasihanilah mereka…
Ya ALLAH…..
Mudahkanlah setiap pasangan suami isteri untuk terus mendapat manfaat dari buku 9bulan10hari.
Hari ini.. kami semua.. menadah tangan memohon agar Engkau makbulkanlah segala hajat kami ini Ya Allah..
makbulkanlah hajat kami agar setiap wanita di dunia ini dapat merasa kehamilan dengan mudah dan cepat Ya ALLAH…..
makbulkanlah hajat kami YaAllah.. aamiin aamiin yarabbal alamin..
Silakan share… agar ia bermanfaat.