penjagaan miss v mahkota wanita
|

Hanya Dengan 2 Barang dapur Saja – Setiap Wanita Digalakkan Buat Rendaman Faraj Seminggu Sekali.

Rendaman faraj ni amalan perbidanan Melayu lama.

Sampai sekarang, ia sangat digalakkan.

Sebaiknya buatlah seminggu sekali.

Betulkah tak payah basuh faraj guna sabun sebab ada bakteria baik? 

Sebenarnya ALLAH sudah ciptakan bakteria baik(Lactobacillus) di bahagian faraj wanita yang bertujuan membantu menjaga keseimbangan pH vagina dengan cara mengurangi bakteria jahat yang mampu merosak kadar pH vagina. Disebabkan tu menurut sesetengah pakar perubatan:

  • Faraj tak perlu dibasuh dengan sebarang sabun.
  • Aktiviti meruang biasa & meruang dengan sabun juga ditegah sebab bakteria baik akan buat semua kerja membersih tu.

Kenapa sesetengah saja pakar perubatan yang menentang rendaman faraj ini?

Kerana bagi sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa ini, mereka akan terlalu tidak dapat menahan kepedihan & kesakitan untuk hilangkan kegatalan pada farajnya.

Ada wanita yang akan garu garu garu dan akhirnya melecet & pedih.

Disebabkan pedih yang amat ni… mereka tak dapat nak jalan. Sakit yang amat ini juga buat mereka stress.

Ada juga wanita yang tak tahan dengan pedih ni sampai sapu vicks di kawasan pedih dengan tujuan nak kurangkan sakit.

Maka, dengan itu, ramai juga doktor yang menyarankan pesakit mereka melakukan rendaman faraj ini.

Kegatalan & kepedihan yang amat pada miss V

Bayangkan kalau ada lipas & ulat gonggok merayap rayap di bahagian sulit kita??? macam mana rasanya? eeuuuiii…. huhu… gatal kan? sebab dipenuhi bakteria… macam tu juga dengan bahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat???….

Sebenarnya.. ramai yang tak pernah buat & tak pernah tahu tentang kepentingan buat rendaman faraj atau sitz bath ni…

Bila dah bagitahu tu, 100 soalan pula dia tanya balik kita.. haha

Boleh kah?

Tak bahaya kah?

hehe… pening nak jawab satu satu… hihi…. baik, ini adalah amalan perubatan Melayu lama yang buatkan mahkota wanita sentiasa ‘cantik’ & bersih…. even orang putih pun buat… depa panggil sitz bath… 

Kalau tanya orang orang dulu, amalan ni akan sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & boleh juga dijadikan amalan untuk hilangkan kegatalan pada faraj.

Wanita
Image Source : Facebook

Rendaman faraj ini sangat bagus untuk wanita yang punya masalah keputihan & buasir.  Ada 1 lagi rawatan yang lebih kurang sama dengan rendaman faraj iaitu bertangas. Saya akan kongsikan ilmu bertangas bersama follower #9bulan10hari soon.

Bagaimana caranya nak buat rendaman faraj ni?

Sediakan besen besar yang boleh muat pinggul anda…. hehe.. masa nak beli tu agak agaklah saiz pinggul & baru beli. Kalau terlalu kecil takut air semua tertumpah balik. hihi…. dan make sure air yang kita nak rendamkan pinggul ni adalah sedikit panas dan ada semua bahan bahan ni.

Apa bahan bahan untuk buat rendaman faraj ni?

  1. Air rebusan sireh
  2. Inai
  3. Garam bukit
  4. Manjakani

Kalau tak ada juga semua bahan ni, anda boleh gunakan sekurang kurangnya 2 bahan dapur ini saja :

  1. Air sedikit panas.
    2.Garam bukit.

Siapa dan bila perlu buat rendaman faraj?

  1. Ibu hamil – Dibuat ketika rasa tidak selesa, berair, gatal & lembab (tapi make sure masa mommy nak duduk dalam baldi tu, mommy minta bantuan suami, atau buat kaedah sitz bath ini.

2. Ibu berpantang – Usually pada hari ke 30 berpantang, bila darah nifas semakin kering sehingga habis darah.

3. Gadis & sesiapa saja – Boleh dijadikan amalan mingguan.

Kenapa pentingnya merendam faraj?

  • Menghilangkan gatal gatal & bau busuk pada miss v akibat keputihan & discharge.
  • Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi
  • Memantapkan cengkaman faraj.

Nasihat saya :

  • Kumpulkanlah kesemua seluar dalam (walaupun yang dah basuh) dan rendam di dalam air panas berserta segenggam garam dan barulah cuci seperti biasa. Tujuannya untuk make sure seluar dalam bersih sebersihnya.
  • Bertangas, rendaman faraj & meruang dilakukan pada waktu yang betul.
  • Some pendapat melarang amalan meruang. Tapi bagi pengamal perbidanan kampung, mereka menggalakkan setiap isteri meruang selepas bersama & selepas haid & nifas. Yang taknak follow amalan meruang ni, terpulang kepada anda. Tiada paksaan.
  • Minum air sedikit panas ketika haid & elakkan mandi air sejuk.
  • Sekurang kurangnya sebulan sekali pergi mengurut walaupun dah lama habis pantang.

Kalau nak tahu ilmu perbidanan Melayu lama lagi, pastikan anda bersama page 9bulan10hari.

COPYRIGHT@naziranazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *