in , ,

Insaf! Gara Gara Melepak & Tak Ambil Peduli…. Isteri Aku Buat Keputusan Paling Sedih Ini

suami menangis

INSAF!

Isteri aku tengah pregnant 6 bulan. Tiba tiba dia luahkan perasaan.. dia bertegas nak berpisah dengan aku..!

Dia menangis dengan sangat teruk sebab dia kata tak tahan hidup dengan aku yang tak jaga dia..
Dia kata aku tak jaga makan minumnya…
Dia kata aku biar dia independent…
Dia kata aku biar dia uruskan anak pertama kami sendirian…
Dia kata aku biar dia siapkan makan minum untuk seluruh family seorang diri walaupun sarat mengandung loya & muntah teruk….
Dia kata masa dia nak aku… aku keluar lepak dengan kawan aku…

Sebab tu dia kata aku tak perlukan dia… & dia rela berpisah dengan aku dan berkahwin dengan lelaki yang ambik berat tentangnya masa mengandung dari merana hidup dengan aku macam ni!

Nah… bila dengar semua ni aku rasa ditampar kuat.

Ada sekali tu dia bawak mamat Taufik tu datang rumah…

Lelaki tu six pack!

Mamat tu sound aku.

Masa tu aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh bercakap & terkedu!

Isteri aku siap backup mamat tu.. dia cakap…

Masa dia down… Taufik yang call happykan dia…
Masa dia mengidam… Taufik yang akan berlari sana sini dapatkan apa yang dia nak…
Masa dia perlukan tempat nak sembang… Taufik yang selalu dengar…

Si mamat ni pun satu.. berani pulak dia cakap…

“kalau kau tak mampu jaga nafkah zahir batin wife kau.. baik kau tak payah jadi suami… aku mampu jaga & bahagiakan Lisa lebih dari apa yang kau buat!”

Gila aku masa tu… sebab wife aku dah mula sayang mamat tu & backup dia.. anak aku pulak panggil mamat tu ayah sebab mamat tu yang selalu ambik hantar anak aku ke sekolah.

Memang betul…memang aku abaikan wife aku selama ni…. banyak lagi benda yang aku buat yang aku rasa sorang isteri tak boleh terima tambah tambah masa mengandung ni!!!

Masa tu aku menangis dengan sangat menyesal… Tapi wife aku tetap peluk mamat tu… mamat tu pulak kiss wife aku! siap cakap dia nak jaga wife aku dengan baik…..

Masa tu memang aku terasa nak sepak je mamat tu.. tapi aku tak mampu. Aku rasa seluruh badan aku kena control.. nak angkat kepala pun tak boleh rasa berat sangat. Badan aku macam kena tekan… kaki aku macam kena ikat…. mata aku susah nak bukak…. suara aku tak boleh nak keluar… apa dah jadi dengan aku!…. aku nak wife aku balik……aku menangis dengan sangat teruk masa tu……

“abang.. abang… kenapa ni?…… ”

Slow ja aku dengar suara ni….

“kenapa abang nangis……”

Aku nampak wife aku … aku dengar suara dia… aku nampak dia usap kepala aku maybe inilah sentuhan last dia kat aku…. cepat cepat aku pegang kaki wife aku… aku cakap aku nak dia balik… jangan kawin dengan mamat taufik tu….. aku nekad nak berubah….

“Taufik mana pulak ni bang……”

Berdebar hati aku masa tu… jantung ni jangan cakaplah… air mata ni keluar dah…. kata kata aku tunggang langgang…

“abang… mengucap…. abang mengigau ni”

Isteri
Masa tu aku peluk ja kaki wife aku… aku pegang kuat kuat… aku cuba untuk tenangkan wife aku dengan tenangkan keadaan aku ni dulu…… confused aku…
“abang… abang mimpi ni… mimpi apa sampai teruk macam ni?”
Dengan kepala aku yang ting tong ni tak tau aku ni berada dalam keadaan apa.. aku cuba slow slow refresh balik otak ni….

Allah……. masa tu hanya Allah tau betapa bersyukurnya aku.. aku peluk & cium wife aku & mintak maaf kat dia.

“abang ni comel je”

Boleh pulak wife aku buat lawak masa tu….

Fuhhh… aku mimpi wei…

Bayangkan… ni mimpi wife aku dengan lelaki lain pun aku dah rasa gelabah seluruh life aku.. kalaulah wife aku memang jadi milik orang lain.. dicium & disayang lelaki lain… aku pun tak tau apa yang akan jadi dengan aku.

Bersyukur jugak aku mimpi macam ni. Sedar wei! insaf…. ! Tapi sebenarnya wife aku ni memang ada kawan skolah dia minat kat dia sampai sekarang pun… haishh

Kawan kawan aku pun penah ckp… wife diorng ada boyfriend lain untuk mengadu.. bersembang & ajak shopping sebab suami tak layan.

Insaf aku ni memang cepat. Kalau dulu wife aku tag tag nama aku kat posting page 9bulan10hari ni.. aku memang akan sound dia.. sebab aku akan cakap buat malu ja.

Tapi sekarang aku yang akan tag wife aku… sebab aku tahu dia buat semua tu sebab nak kami ambik tau.

Kalau korang jumpa nama Mohd Syafik ***t ****k tu… aku lah tu…. hehe…
Ni story ni pun aku memang minta penulis buku 9bulan10hari tulis… sebab nak wife aku tau yang aku pun care dengan dia.
COPYRIGHT Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Kata Penulis :

Huhu… ni memang story lawak…. Tuan Syafiq ni sebenarnya berpangkat pangkat tinggi jugak…. tapi cara dia bercakap dengan saya memang nampak menyesal yang teramat & nak repair lifenya… huhu…

Lepas saya tulis story ni & bacakan semula padanya… Tuan Syafiq cakap..

“jahatnya lelaki tu… ” haha.. dia pun sedar dia pernah berlaku tak baik dengan wife sendiri…. huhu
Silakan ambil iktibar.

Bagi anda yang punya story kehamilan & kelahiran yang nak dikongsi dgn semua.. boleh pm kami…
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Kepada isteri yang dah miliki buku 9bulan10hari…. minta suami baca sekali ya….. banyak tips & nasihat buat suami….

isteri
Ramai tak faham apa do & donts ketika isteri hamil.. baca ilmu ini, semoga ia beri manfaat buat anda.

Written by Admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0