jin porak peranda rumah tangga
| |

“Dia” Dengki Dan Iri Hati Sehingga Buatkan Rumahtangga Kita Porak Peranda!

TANPA SEDAR, KITA YANG BERI RUANG KELUARGA KITA KACAU BILAU

Bergaduh suami isteri ingatkan buatan orang, sihir ke ape… rupanya sebab diri kita sendiri. Tindakan kita.

Ramai yang terlepas pandang benda ni… suka suka upload gambar bahagia dengan pasanagan & keluarga di media sosial… bila orang puji, mulalah rasa best TAPI tahu tak, dalam diam anak anak & diri sendiri yang sengsara!

Ini contoh posting yang mengundang “dia” dalam keluarga kita :

1. “Dah lama dah tak beli barang dapur, terpaksa iolls masak apa je yang ada dalam peti ais”.

gambar sambal udang masak petai

 

2. “Simple celebration with hubby… thank you hubby sebab jadi imam terbaik untuk i…. – Feeling awesome at Grand Lexis Port Dickson”

Tidak semua orang yang melihat posting kita, mendoakan yang baik baik untuk kita. Ada yang meluat.. ada yang menyampah & ada yang mendoakan yang tidak baik!

Mungkin ada yang cakap & wish yang baik baik.

Tapi tahukah anda, “dia” yang baca posting kita ini rasa terlalu cemburu… iri hati & dengki terhadap kebahagiaan yang kita ada.

Dia yang dimaksudkan adalah AL AIN!

Al Ain datangnya dari 2 :

  • Ain Insi (manusia)
  • Ain Jinni (jin) 

AIN(MATA) ADALAH PENYAKIT ATAU MASALAH YANG DISEBABKAN OLEH PENGARUH BURUK PANDANGAN MATA, IA DISERTAI DENGAN RASA TAKJUB ATAU KAGUM TETAPI JUGA DATANG DENGAN PERASAAN IRI HATI DAN DENGKI TERHADAP APA YANG DILIHATNYA. 

Ketahuilah….  ain itu wujud DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN!

Petikan dari Fathul Bari, 10/215 (perkataan Rasulullah ini menunjukkan bahawa :
 Apabila seseorang diketahui menimpakan ‘ain, maka ia diminta untuk mandi, dan mandi ini merupakan cara pengobatan ‘ain yang sangat bermanfaat.
 Bila seseorang melihat sesuatu yang mengagumkan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya, karana doanya itu merupakan Ruqyah (pengobatan) baginya.
 ‘Ain yang menimpa seseorang dapat mengakibatkan kematian.

Kita kita ni pun mudah kena panahan mata… apatah lagi bayi yang sangat fragile.

Anak jadi mangsa bila ibu ayah post gambar merata rata.

Kadang anak kita menangis & menjerit tengah malam.

Parents ingat sebab tak cukup susu.

Tapi puncanya ramai tak tahu disebabkan oleh AL AIN.

Puncanya? Jangan terkejut, bila waktu malam masa kita ingat semua tidur, tapi kita tak tahu ada yang mendoakan benda benda tak baik untuk keluarga kita & anak anak kita. Nauzubillah…

Bagi ibu ayah yang anak menangis siang malam tanpa sebab, boleh amalkan ini : 

  • Pasang bacaan Ruqyah. Ia untuk menghalang gangguan makhluk halus. Surah Ruqyah digalakkan dipasang dirumah sehari sekali.
  • Katakan ada yang memuji anak kita @ kita… letak tangan kanan atas kepala anak, baca saja isti`azah atau ta`awwudz:

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)

  • Bagi anak mandi air dari bekas air wuduk ibunya yang beserta doa.
  • Ini untuk amalan setiap malam – baca surah al Ikhlas 3 kali. Setiap kali habis surah, tiup di ubun2. Bacaan yg last tu tiup dari ubun2 ke kaki.
  • Bagi kita kita ni….. kita pun sering diperhati Al Ain…. so banyakkan berzikir, selalulah berdoa masa salin pakaian, ‘bersama’ pasangan, berjumpa orang ramai, tengok cermin, memandu dan sebagainya.

Semoga kita dan zuriat kita semua dijauhi daripada sebarang kejahatan panahan mata jin & manusia…. aamiin…

Hati hati dengan penyakit AL AIN.. – Ustaz Dr Khalid Basalamah

Copyright@9bulan10hari sahaja.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *