surat kelahiran anak
| | |

Ingatkan Bagi Nama Anak Dah Betul, Rupanya Maksud Nama Anak Saya ‘tempat keluar darah’

Ini #kisahbenar dari Tuan Daud… 

Assalamualaikum puan. Kisah ni bermula pada tahun 2013. Saya & isteri namakan anak kami Nur Damia Maisara… Semua orang suka dengan nama ini.

Sampailah ketika usia anak saya 3 tahun iaitu pada akhir tahun lepas, saya terbaca bahawa mufti Pulau Pinang menggesa ibu bapa mengelakkan nama tidak elok seperti Damia apabila beliau dirujuk seorang bapa dalam permohonan menukar nama anak.

Gelabah juga saya masa tu… sebab bimbang kalau nama anak saya perlu ditukar (anak dah suka orang panggil dia Damia).

Sehinggalah Mufti WB bagitahu tak perlu tukarkan nama ‘Damia’…

“Kami cenderung kepada pendapat [nama Damia] dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokan cumanya adanya [huruf Arab] hamzah pada hujungnya,” – Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lega saya masa tu…. moralnya kepada ibu bapa lain, tolonglah pertimbangkan maksud nama anak sebelum letakkan nama untuknya.

Tak pasal pasal jadi kontrovesi. Kesian anak papa.

Alkisahnya saya & isteri suka nama Damia ni sebab masa anak kami lahir orang yang datang cakap muka anak kami macam anak arab… dan diorang suruh letak nama moden orang Arab. Ntahlah… masa tu terlintas nama Damia saja.

Ambillah iktibar. Tq 9bulan10hari. Semoga terus success.

Kata penulis :

Tq tuan Daud. Semoga diberi perlindungan sentiasa.

Baik, sometimes bila fikir nama anak ada daddy mommy yang fikir ikut trend sampai terlupa nama anak mengikut ajaran Islam.

Ketahuilah, banyak nama nama Islam yang bukan saja sedap disebut, malah sangat punya maksud yang baik mengikut syariat Islam.

Sebelum tu… apa maksud nama anda?

Kita tengok video Ustaz Abdullah Khairi ni….. agak agaknya, anda & saya terkesan tak dengan panggilan nama kita sendiri?

Baik, Bagi kontrovesi nama DAMIA, cerita dia macam ni…. 

Last year, pada bulan November, mufti Pulau Pinang menggesa ibu bapa mengelakkan nama tidak elok seperti Damia apabila beliau dirujuk seorang bapa dalam permohonan menukar nama anak kerana dikatakan nama Damia itu bermaksud ‘tempat keluar darah’.

Pada 16 November, Mufti Wilayah Persekutuan – Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengeluarkan statement bahawa nama Damia dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokan cumanya adanya [huruf Arab] hamzah pada hujungnya.

Jelas beliau, “tidak perlulah mengubah ejaan Damia” atau “menukar nama tersebut jika sekadar disangka ia mempunyai makna yang tidak baik.”

Menurutnya, nama Damia (dengan ejaan داميا) sebuah tempat di Jordan yang terletak bersempadan dengan Palestin.

Manakala, Damiya’ (dengan ejaan دامياء) pula bermaksud kebaikan dan keberkatan.

“Damiah (ejaan دامية) pula berkaitan dengan darah, iaitu luka yang berdarah yang tidak mengalir,” “Dari segi bahasa bererti darah kesan dari luka.”

Jelasnya, di Arab pun, masyarakat mereka takkan menggunakan “dam” (darah) atau “damia” (kata kerja bagi darah) sebagai satu nama.

So conclusion dari Datuk Zulkifli, tulisan Damia yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan daripada akar perkataan Arab.

Elakkan bagi nama ‘keras’

Ha… lega kan bila dapat tahu nama anak tak perlu dirombak atau ditukar…

Kes tuan Daud baru 1 dari mungkin beribu kes.

Ada 1 kes yang saya kenal, seorang anak ini diberi nama Mahsuri kerana ibunya disahkan hamil selepas honeymoon di Langkawi.

Mereka bernazar…

“Kalau saya mengandung selepas balik dari langkawi ni saya akan bagi nama anak ini Mahsuri”.

Selepas anak itu dilahirkan, mereka pun bagilah nama Mahsuri….

Tiap malam menangis…. tiap malam meracau… tiap malam mengilai… sampai diorang pun tak tahu kenapa….

Bila bawa jumpa ustaz… selidik punya selidik…. baru dapat tahu yang nama Mahsuri ini tidak sesuai untuk anak ini… kerana nama Mahsuri ini ‘keras’ katanya…

So mereka pun tukaq nama tu… bagi nama Mariam…

Alhamdulillah… selepas tukar nama… anak tu semakin comel.. semakin sihat… semakin tidak meragam…. 

Sebab tu pemilihan nama pada anak perlu sangat penekanan. Munurut orang orang lama, nama nama seperti Hang Tuah, Hang Jebat,  & nama nama yang dianggap ‘keramat’ perlu dielakkan & sebaiknya meletakkan nama nama para Nabi yang lebih afdal.

Ini antara tips pemilihan nama anak menurut Islam:

  • Digalakkan mengambil nama-nama para Rasul, Nabi, para sahabat dan salafussoleh. Hal ini supaya ia akan menjadi teladan buat anak-anak kita kelak dan menjadi kekuatan kepada mereka untuk dijadikan teladan.
  • Tidak menggunakan nama-nama yang membesarkan diri dan mengagungkan diri sendiri. Tidak dibenarkan menggunakan nama Asma Allah dan sifat-sifatNya yang sememangnya hak mutlak Allah. Contoh nya Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), Al-Aziz (Yang Maha Mulia).
    Jika nama-nama tersebut tiada tanda ma’rifah (Al-) maka ia dibenarkan seperti Rahman, Aziz, Malik, Rahim, dll.
  • Tidak meletakkan nama anak dengan maksud yang mengabdikan diri kepada selain Allah. Seperti Abdul Kaabah (hamba kaabah), Abdun Nabi (hamba Nabi) kerana kita hanyalah hamba kepada Allah SWT.
  • Memilih nama yang tidak memalukan, dan tidak dibenci oleh orang lain dan tidak akan ditolak oleh si anak apabila telah besar kelak. Elakkan daripada memberi nama-nama tokoh yang jahat, zalim seperti firaun, hitler, kamal attartuk, dll.
  • Tidak menjadi satu kesalahan jika tidak meletakkan nama anak dengan nama arab selagi ia membawa maksud yang baik.

Namun, nama yang terbaik ialah yang menunjukkan kerendahan diri kepada Allah seperti dalam hadis:
“Nama yang terbaik dalam pandangan Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (hadis riwayat muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Agak agak apa kawan kawan abang & kakak ni panggil diorang? 

ic
Image Credit : Facebook
kad pengenalan
Image Credit : Twitter

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *