Tersedak Susu Boleh Membawa Maut – Ibu Ayah Tolong Ambil Tahu Ilmu Ini Sebelum Terlambat.
“Assalamualaikum 9bulan10hari…. bila melahirkan anak kedua ni, saya ingat semuanya saya tahu. Haritu masa hari ke 9 berpantang masa tengah susukan anak tiba tiba anak saya tersedak & susu keluar ikut hidung sampai dia nak bernafas pun susah. Saya pun dah terkejut & kami tak tahu nak buat apa…. sebab Aliya dah nampak lemah & bertukar warna.
Mak dukung Aliya & terbalikkan dia sambil tepuk tepuk belakang & istighfar banyak banyak… pastu bawa ke ruang tamu biar Aliya dapat udara. Alhamdulillah ok lepas tu.. Esoknya saya bawak Aliya pegi klinik… doctor cakap masa menyusu anak tu pun ibu menyusu badan tak digalakkan bersembang dengan orang lain sebab takut hilang focus dengan anak….betullah…. saya yang tak perasan susu keluar banyak masa tu & anak dah tidur”
Kata penulis buku 9bulan10hari – Nazira Nazir.
Ni baru satu kes… ada beribu kes yang melibatkan anak tersedak susu.
Paling sedih bila anak pergi selama lamanya disebabkan kecuaian kita & parents tak punya ilmu ini.
Bagi mommy yang berdepan situasi anak tersedak susu… make sure jangan panik. Ikut langkah ini… :
Kalau tanya orang orang dulu… bila anak tersedak susu ni.. mereka akan tiup di ubun ubunnya… istighfar banyak banyak… & tarik tangan & kakinya dengan tujuan nak bagi anak sedar… & sebenarnya petua tu menjadi.
Mcm mana baby boleh tersedak susu?
Bagi anak kecil yang tertidur dengan botol susu dalam mulut atau tidur sambil menyusu susu ibu… susu tu akan terus mengalir & kalau dibiarkan ia akan membuatkan baby tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasannya..
Ada jugak parents yang suka lapikkan bantal atau kain untuk support botol susu.. Kemudian tinggal baby sorang sorang…ingat ya.. ia sangat sangat BAHAYA! tolong ada sama & lihat bila anak menyusu…. kemudian tolong bagi anak sendawa.
Ini… antara tips & cara yang betul buat mommy daddy beri susu kepada anak :
1 Tak kira sama ada anda breastfeed anak ataupun susu botol, pastikan kepala anak lebih tinggi daripada dada dan perutnya.. Botol susu pula mommy/daddy kena pegang dalam kedudukan 45 hingga 60 darjah supaya susu tak tersekat di tekak baby & menjadi penyebab baby lemas..
2. Make sure mommy kerap check saiz lubang pada puting botol anak.. Jangan biarkan lubang puting terlalu besar sampai susu laju ja keluar..
3. Utk baby yg breastfeed, mommy kena make sure yang semua kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut baby.. pastikan anak mommy selesa….
4.Jangan letak anak di atas lantai semasa menyusu.. Cara terbaik adalah dengan mendakapnya & menyusu…. sambil sambil tu mommy berzikir @ minta suami ceritakan kisah kisah para nabi buat anak…
5.Haa… yang ni WAJIB buat… Lepas susukan anak… TOLONGLAHHH… sendawakannya.. Utk keluarkan angin dan mengelakkan baby muntah lepas menyusu.. Tengah malam time mommy mengantuk sekalipun, jangan miss sendawakan baby.. ia sangatlah penting mengelak tersedak susu selain memberi keselesaan perut buat anak.
6. Lepas susukan anak…. biar anak tidur mengiring.. jangan biar tidur terlentang apatah lagi biarkan anak tidur dalam buaian tanpa pengawasan.
Semoga Allah pelihara anak anak kita….
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.
assalam, nak tnya, kalau anak minum susu sambil tidur, ada tak cara untuk sendawa kan anak semasa dia tidur?