7 TIPS BERSALIN TANPA KOYAK
| | | | |

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN! Suami, Minta Isteri Praktikkan

 

Ya Allah mudahnya awak bersalin Siti.. tanpa koyak dan jahitan! apa awak amalkan masa mengandung? bila doktor puji macamni berbunga rasa hati!

 

Sekali dengar, memang susah nak percaya, boleh ke bersalin tanpa koyak dan jahitan?

Jangan tak tahu, ada segelintir wanita yang berjaya melahirkan bayi secara normal tanpa memerlukan sebarang jahitan.

Maknanya ibu tak perlu melalui proses episiotomi, iaitu potongan @ gunting dibahagian perineum untuk melebarkan laluan bagi memudahkan kelahiran bayi. Kaedah ini dibuat untuk mengelakkan koyakan lebih serius dan teruk.

Ada ramai ibu yang rasa serik untuk bersalin lagi disebabkan dia melalui pengalaman bersalin yang mengerikan!

Ada yang cerita, koyakan mereka sampai punggung. Nak sembuh semula ambil masa yang lama. Dah sebulan berpantang pun rasa sakit lagi bila meneran untuk buang air besar.

Mommies jangan risau! di sini kami kongsikan tips mudah bersalin yang ibu boleh amalkan sepanjang mengandung dan ketika melahirkan anak.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!

  1. SENAMAN KEGEL / SENAMAN LANTAI PELVIK

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Senaman Kegel

Ketika mengandung ibu rajin-rajinkanlah diri untuk melakukan senaman ini. Ianya dapat membantu ibu membina kekuatan dan stamina kerana ia memfokuskan pada bahagian peranakan wanita.

Cara-caranya:

  • Mommy perlu kemutkan otot pelvis seperti  menahan kencing.Tahan selama 5 saat.Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat.
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya setiap hari. Senaman lantai pelvik juga selamat diamalkan dan ia sangat membantu anda ketika proses bersalin nanti.
7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Senaman Lantai Pelvik

Ibu perlu mempelbagaikan jenis senaman mengikut keselesaan. Senaman lantai pelvik juga antara senaman yang baik untuk bakal ibu melahirkan anak.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Senaman Ibu Mengandung

2. KUASAI TEKNIK PERNAFASAN YG BETUL.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Kawal Pernafasan Yang Betul

Ketika mengandung ibu ibu perlu menyimpan tenaga seberapa banyak yang boleh. Ia akan membekalkak oksigen yang cukup kepada bayi anda untuk dia rasa tenang dan tak stres bila melahirkannya nanti.

Bila ibu sedang berehat buat teknik ini dengan kerap sepanjang trimester terakhir kehamilan. Ia dapat memudahkan ibu ketika proses bersalin.

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.

3. ELAKKAN STRES & KEKAL POSITIF.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHTAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHTAN!- Jangan Terlalu Beremosi

Ketika mengandung janganlah terlalu stres sehingga mengganggu proses kehamilan. Lapangkan minda dan fikirkan perkara yang baik-baik. Bila kita gembira, semangat kita akan lebih kuat untuk mengharungi segala kesakitan ketika melahirkan anak.

Elakkan berada dalam persekitaran yang boleh mencetuskan emosi yang kurang menyenangkan. Abaikan kata-kata orang yang cuba moral downkan kita.

Bila anda sedang bersedih, luahkan pada suami dan minta dia dengar isi hati anda ya.

4. BUAT URUTAN PERINEUM.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Buat Urutan Perineum Dihujung Kehamilan

Mommy boleh melakukan urutan ini di dalam tab mandi atau pancuran air suam dapat melembutkan tisu perineum. Sebelum memulakan pastikan kuku dipotong kemas dan cuci tangan bersih- bersih.

Masukkan jari ke dalam vagina, buat urutan dengan gerakan U pada sekitar dinding vagina. Gunakan sedikit minyak kelapa dara untuk melancarkan bukaan perineum.

Anda akan nampak kesannya bila selalu buat urutan ini, kulit dan otot pada bahagian vagina akan menjadi lebih anjal. Menurut Clare Herbert, panel BabyCenter, urutan ini juga boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa tempoh berpantang.

5. KAWAL PEMAKANAN SEPANJANG KEHAMILAN.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Elakkan Makan Manis & Makanan Segera

Mommy makanlah makanan yang berkhasiat. Banyakkan protein, sayuran, buah-buahan dan kekacang ketika hamil.

Elakkan makanan manis, berlemak, berminyak dan makanan segera. Bila mommy mengalami obesiti, bayi juga akan dapat tempiasnya. Bayi boleh besar dalam kandungan. Ini akan menyukarkan proses bersalin. Makan tu beringat-ingat ya, jangan ikutkan hati.

6. PRAKTIKKAN CARA MENERAN YANG BETUL.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!-Cara Meneran Yang Betul

Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. Mata memandang ke arah perut.Tangan pegang pergelangan kaki.Jangan angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.

Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi. Elakkan menjerit dan dengar arahan doktor dan jururawat. Meneran dengan kuat bila kontraksi datang.

Buat suami, bila anda berpeluang masuk dalam dewan bersalin untuk menemani isteri, bantulah dan berilah dorongan semangat pada mereka. Bisikkan ke telinganya, ” sayang boleh! sikit je lagi dah nak keluar anak kita”. Jangan lupa untuk berdoa dan berzikir agar segala urusan isteri dipermudahkan.

7. DOA MUDAH BERSALIN.

7 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK & JAHITAN!- Banyakkan Berdoa & Tawakal Kepada Allah

Ketika isteri sedang menahan sakit untuk bersalin, suami bacakan ayat ini hembus dlm segelas air dan berilah isteri minum.Niatlah di dalam hati agar isteri melahirkan anak dgn senang dan tiada kesulitan.

Isteri pula jangan lupa menyebut ‘la illaha illa anta subhanaka inni kuntu minnaz zhalimin’ ketika dalam kesakitan.Semoga segala urusan mommy utk melahirkan anak, dipermudahkan jalannya.

Semoga dengan 7 tips mudah bersalin tanpa koyak & jahitan ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Apa pun yang terjadi dalam dewan bersalin nanti, moga ibu-ibu jangan panik, jangan cemas dan jangan takut. Percaya dengan diri, anda boleh melakukannya!

Selamat berjuang!

 

Copyrights 9bulan10hari.com silakan SHARE! jangan lupa dapatkan ebook.9bulan10hari.com  untuk lebih tips menarik tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, tips suami isteri dan nasihat dari 12 pakar yang hebat!

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *