susu ibu
|

Ibu, Ayah, Saya Nak Susu Ibu, Jangan Bagi Saya Air, Nanti Saya Sakit

Dilema Ibu Menyusukan Anak. Sabar Ya Ibu.

Makcik bawang : “Tengahari panas lit-lit macam ni, bagi la anak tu minum air masak. Kesian budak tu dahaga.”

Ibu : “Makcik, misi cakap tak boleh bagi minum air masak. Bagi susu badan je.”

Makcik  bawang : “Jangan duk dengar cakap misi tu. Itu tak boleh, ini tak boleh, semua tak boleh. Mak dulu elok je duk bagi engkorang minum air masak, sihat walafiat je.”

Alamak, misi pulak yang kena. Kesian kakak-kakak misi. Macam mana nak buat ye? Misi kata jangan bagi, makcik bawang pulak suruh suap.

Semasa pregnancy check up, mesti misi ada pesan jangan bagi baby di bawah umur 6 bulan minum air kosong. Bagi yang boleh menyusukan baby, bagi susu badan sahaja sehingga baby berumur 6 bulan.

Semasa check up baby sebulan pun, mesti misi ada tanya ada bagi benda lain tak selain susu ibu. Cuba mommy jawab mommy bagi air kosong, tak ke bising misi tu ke mommy.

Masa baby jaundice pun, orang kata kerap bagi minum air kosong. Biar kencing banyak, biar kuning tu cepat keluar. Betul ke? Sebaliknya, air kosong meningkatkan tahap bilirubin dalam darah bayi.

Menurut World Health Organisation (WHO), bayi berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara eksklusif. Menyusu secara eksklusif bermaksud bayi tidak diberi sebarang makanan atau minuman tambahan.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menegaskan pemberian minuman tambahan seperti air kosong adalah tidak perlu sama sekali kepada bayi berumur 6 bulan dan ke bawah.

Okay, kenapa mommy tak dibenarkan memberi air kosong kepada baby di bawah umur 6 bulan? Mesti ada sebabnya kan. Jom kita tengok sebab-sebabnya.

1. Penyusuan terganggu

Bila baby diberi air kosong sehingga kekenyangan, baby tidak akan merasa dahaga lagi kerana perut sudah penuh dengan air kosong. Perut baby kecil je tau. Bila baby dah kenyang, macam mana mommy nak menyusukan baby? Sepatutnya baby terlentang kekenyangan dengan susu ibu bukannya air kosong.

Antara susu ibu dan air kosong, yang mana lebih berkhasiat buat baby? Mesti susu ibu kan. Baby akan kekurangan zat sekiranya diberi air kosong dan hal ini akan menimbulkan masalah untuk meningkatkan berat badan baby. Kenapa macam tu? Sebabbbb air masak ni sifar kalori. Sebab tu orang dewasa yang nak turunkan berat badan perlu ambil air kosong yang sifar kalori berbanding air manis dan sebagainya.

2. Pengeluaran susu ibu berkurangan

Pengeluaran susu ibu terhasil melalui permintaan baby. Sekiranya permintaan terhadap susu ibu berkurangan, lama kelamaan pengeluaran susu ibu akan terjejas. Jika hal ini berterusan, mommy terpaksa memberi baby susu formula.

Sebab tu, mommy digalakkan membuat penyusuan secara eksklusif sehingga baby berumur 6 bulan supaya pengeluaran susu ibu tidak terjejas dan mommy boleh menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun seperti yang dianjurkan dalam Islam, surah al-Baqarah ayat 233.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

3. Terdedah kepada risiko pelbagai penyakit

Menurut American Academic Paediatrics (AAP), pemberian air kosong kepada bayi yang berumur bawah 6 bulan adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi sekiranya berumur lingkungan 4-5 minggu.

Terdapat kes bayi 10 minggu meninggal dunia kerana diberi susu ibu yang dicampurkan dengan air kosong. Allah, kenapa campurkan dengan air kosong? Campuran susu ibu dan air ini telah menyebabkan penurunan tahap elektrolit dan natrium dalam badan dan seterusnya membengkakkan otak bayi.

Sumber air yang tidak bersih juga mendedahkan baby kepada penyakit cirit birit misalnya. Hal ini demikian kerana, sistem imun badan baby masih lemah berbanding dengan kita orang dewasa.

Selain tu, air yang terlalu banyak dalam badan baby juga akan mencairkan darah dan mengurangkan paras garam ke tahap yang kritikal.

Sekiranya ini berlaku, baby berisiko terkena sawan, koma dan boleh membawa maut. Nauzubillah, minta dijauhkan.

Sebab tu, mommy perlu ada ilmu sebelum suap sesuatu kepada baby. Jangan suap sebarangan, tegaskan pendirian mommy tentang penyusuan secara eksklusif okay. Selamat menyusukan baby dengan gembiranya dan semoga susu mommy sentiasa meriah.

COPYRIGHT@nazira nazir buat @9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *