Bayi Tersedak Air Liur – Tindakan Ibu Bapa Ini Berjaya Selamatkannya
Setiap ibu bapa perlu ada ilmu ini
Ini kisah benar – Puan Alia Azlia …..
Allahuakbar…
Jam 3.00ptg
Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba2 menangis, lepas tu jatuh & lembik badannya.. Muka pucat dan biru bibirnya.. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik2 nya. Menangis semahu2 nya lihat keadaan anak aku. Menjerit2 panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud x panik. Mujur sgt2. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk td. Xda apa2. Apa yg menyebabkan berlaku mcm tu? Aku pun xtahu.. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bg bb yg tersedak.. Dia cuba korek2 tengkuk ank supaya muntah jika tercekik & bg laluan penafasan terbuka. Suami tepuk2 belakang anak 5 kali, pastu Suami letakkan anak atas katil, bg tekanan pd bawah puting dada anak sebanyak 5 kali, & 5 kali tepukan kt dada utk jika ank tercekik apa2. Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW! Bila suami bgtau denyutan jantung ank slow, kaki aku ni rasa mcm dah x melekat dah. Nyawa aku ilang tah ke mana. allahuakbar.. Allahuakbar.. allahuakbar. Itu yg mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yg termampu utk anak. Aku tgk ank, diam je.. X aktif mahupun menangis. Yg pasti bibir dia biru. Suami ulang2 balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu…
Jam 3.30ptg
Aku & suami bergegas ke kecemasan. Tp alhamdulillah.. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dgn kakaknya. Tp apa yg doc bgtau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dgn suami mmg xtau anak akan tersedak air liur sendiri sbb berdasarkan pemahaman dan apa yg aku ketahui hanya tersedak susu @ air masak shj. Doc kata klu lambat suami buat teknik kecemasan td,xtau la apa akan jadi dgn afifah. Allah… Doc mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yg menyelamatkan anak kami.
Jam 4.00ptg
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain…syukur ya allahh. Semoga afifah baik2 saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.
Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yg bawah 6 bulan berlaku tersedak tp terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sbb supaya lebih faham @ rujuk pada doktor utk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana arini baru saya tahu.
Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:
- Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya
- Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya
- Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan
- Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda
- Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda
- Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya
- Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.
Di bawah ini disertakan video mengenai tindakan yang perlu dilakukan ketika bayi tersedak.
Video sumber – New Zealand Red Cross