pesanan buat suami isteri yang inginkan anak
| |

Bakal Pengantin & Suami Isteri Tolong Ambil Peduli – Pesanan Wanita Ini Buat Anda Yang Ingin Anak.

Assalamualaikum puan & 9bulan10hari. Saya tulis ni untuk pesan kepada pasangan suami isteri yang berniat nak ada anak lagi dan kepada bakal pengantin.

Luluh hati saya bila dapat tahu anak yang saya kandung disahkan mengalami komplikasi pada saraf tunjang. Bila doktor check satu satu baru dapat sahkan punca anak saya spina bifida sebab saya tak makan asid folik selain tak makan makanan berkhasiat. Suami saya pula perokok. Nadi anak dalam kandungan slow.

Pengantin
Bayi yang disahkan Spina Bifida. Nampak bonjolan di tulang belakang tu? – Wikipedia

Siapa tak sedih bila anak disahkan macam ni, sedangkan kami rancang macam macam untuk anak kami.

Buat bakal pengantin & pasangan suami isteri yang nak anak,  tolonglah jaga makan, jaga gaya hidup, jaga segalanya yang perlu jaga. Kesian anak nanti. Sebab kita mereka yang kena. 4 hari lepas saudara saya dapat tahu… dia sindir sindir saya dan suami…

“Wah… nanti senanglah akak parking kereta dekat petak OKU”

“Kepada bakal pengantin & pasangan suami isteri, tolonglah jaga makan & lifestyle sebelum rancang nak dapat anak. Janganlah dapat sakit macam anak saya. Kesian dia. Sekarang, menyesal pun tak guna” – Kak Ann

Sedih yang amat dan saya rasa terlalu bersalah & tak putus berdoa supaya anak saya selamat lahir nanti & dapat meneruskan hidup seperti kanak kanak lain. Tolonglah ambil berat.

Kata Penulis buku 9bulan10hariNazira Nazir.

(sayu) – Ini antara lebih 10 kes melibatkan spina bifida yang saya terima sepanjang 3 bulan ni. Memang ramai pasangan suami isteri tak tahu do & donts sebelum hamil.

Banyak kes suami isteri yang tak amalkan pemakanan & cara hidup sihat finally membuatkan anak dalam kandungan berdepan ketidaksempurnaan fizikal & mental seperti spina bifida, hydrocephalus yang boleh menyekat pergerakan dalam hidupnya.

Sebab tu setiap lelaki & wanita perlu ambil tahu perkara ini!

Saya share tips buat bakal ibu ayah… tolong ambil tahu.

Ini Pesanan buat bakal pengantin Lelaki / Suami yang ingin lagi anak :

Bila bercakap mengenai anak.. ramai ingat semua berserah pada wanita kan? Sebenarnya, kehamilan itu sendiri bergantung kepada suami & isteri secara sama rata malah tempoh kelahiran, berpantang & penyusuan itu juga menuntut penglibatan suami untuk melaluinya bersama isteri.

Ya, proses kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan & membesarkan anak itu sendiri menuntut penglibatan suami.

CHECKLIST! >>>> berapa saiz pinggang anda(lelaki)?

Tahu tak.. semakin besar pinggang anda, semakin kurang hormon testosterone.

Saiz pinggang 40 inci ataupun lebih berdepan risiko sakit jantung. Maknanya, pengaliran darah dalam badan jadi perlahan termasuk darah yang mengalir ke buah zakar (penis).

Itu baru satu checklist… sebenarnya ada banyak lagi perkara yang seorang bakal ayah perlu pertimbangkan.

Baik, untuk bergelar ayah.. apa yang seorang bakal ayah perlu ELAKKAN?
X Minuman berkafein – Limitkan kepada 2 cup sehari.
X Sauna & mandi air panas terlalu lama berpotensi mematikan sperma.
X Jangan letak laptop di atas riba.
X Elakkan memakai seluar ketat.
X Kehadiran stress boleh mengganggu kualiti & kuantiti sperma.
X Jauhi sinar-X & bahan bahan kimia seperti racun serangga.
X Elakkan merokok & minuman beralkohol (asap rokok boleh mengganggu kesuburan suami & isteri)
X Elakkan obes

Apa bakal seorang ayah perlu AMALKAN :
✔ Banyakkan makan sayur & buah yang kaya dengan vit C & E
✔ Amalkan supplement
✔ Fikir positif
✔ Berusaha “keras”.
✔ Ambil tahu ilmu kehamilan & jangan serahkan sepenuhnya kepada isteri.

Fakta melegakan buat lelaki : Walaupun tahap kesuburan seorang lelaki menurun secara perlahan lahan bersama usia, namun tahu tak ramai sebenarnya lelaki yang subur until umur 60 tahun lebih compare tahap kesuburan wanita yang sangat jatuh mendadak selepas usia 35 tahun….

Ini Pesanan buat bakal pengantin Perempuan / Isteri yang ingin hamil lagi

  1. 3 bulan sebelum jadi wife… makan Folic Acid. Kenapa? Folic Acid sgt penting untuk membantuk pembentukan sel sel baru(anak) di dalam badan.
Pengantin
Antara contoh Asid Folik. Apapun, setiap wanita perlu makan asid folik 3 bulan sebelum hamil untuk membantu perkembangan sel sel baru (anak) yang bakal dikandung nanti selain mengelak kecacatan pada saraf tunjangnya. – Image Source

2.  Jangan sesekali cakap “ala… tak nak anak lagi la… nak honeymoon dulu..” ketahuilah. setiap ucapan itu adalah doa.

3. Elakkan makan fast food & junk food…. ia sangat beri kesan negatif bukan saja ketika ingin merancang kehamilan malah byk penyakit yg akan muncul satu persatu disebabkan makanan sebegini.

4. Jangan sapu sabarang bedak talkum di bahagian sulit wanita. Ia boleh menyebabkan anda mendapat kanser ovari jika kerap menggunakannya.

5. Masa period elakkan mandi air sejuk. Minum minuman panas dan elakkan minum minuman sejuk.

6. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mencederakan bahagian peranakan seperti mengangkat berat.

7. Basuh bahagian faraj dengan air garam sekurang kurangnya seminggu sekali atau lebih elok buat rendaman faraj dengan air sireh dan garam.

8. Jika melalui senggugut yang teruk segera berjumpa doktor sakit puan, kerana anda mungkin berdepan penyakit seperti endometriosis.

9. Banyakkan bersedekah & mohon pada ALLAH agar hubungan suami isteri ini akan memberi anda zuriat yang soleh solehah.

10. Banyakkan membaca, kerana proses kehamilan kelahiran berpantang & penyusuan itu sendiri bukan mudah untuk dilalui tanpa guide.

Pengantin
Beginilah antara keadaan bayi yang disahkan Spina Bifida. – Image Source: Facebook

Nak mengandung bukan kerja main main.  Suami isteri perlu tahu do & donts sebelum hamil.

Share info ini agar membantu ramai pasangan suami isteri di luar sana.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Pengantin
Kepada yang dah miliki buku ini, sila rujuk checklist merancang kehamilan, do & donts buat bakal ibu & ayah sebelum & ketika hamil. Semoga setiap pasangan suami isteri dijauhkan dari perkara yang tak diingini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *