Sibuk Macamana Sekali Pun, Jangan Abaikan Diri Sendiri. 3 Perkara Isteri Perlu Tahu Tentang Hak Mereka.
Wanita atau Ibu, sibuk dan lelah seharian dengan urusan keluarga atau kerja jangan Sampai abaikan diri sendiri. Mesti tahu hak Kita dan cara jaga hati & diri Kita.
Ikuti perkongsian Puan Mimi Rahim.
1- NAFKAH
Sangat sensitif dan saya sangat berhati-hati nak menulis tentang nafkah. Risau salah cara faham.
Tapi kita wajib tahu hak kita dan suami jangan terlepas pandang tentang nafkah khas untuk keperluan isteri.
Sebelum faham hak isteri, faham dulu kemampuan suami & tolong jangan bandingkan suami arwah sarah dengan suami kita.
Jangan bandingkan hal rumah kita dengan rumah orang lain, Sangat tidak boleh yer sahabat. Kita kena tau hak nafkah kita kerana, kita nak jaga fizikal kita.
Hak Tempat Tinggal
Kalau boleh, Tentang pembelian rumah, atau sewaan rumah, suami tanyalah pendapat isteri walaupun keputusan tetap di tangan suami. Kerana yang nak hidupkan suasana bahagia adalah isteri di rumah. “ Happy wife happy life” hahh gitu.
Isteri bukan nak suami dengar pendapat dia, Tapi bila suami tanya dia untuk rumah bersama,rasa suami berusaha untuk bahagiakan kita. Betolkan isteri…
Bila suami sediakan tempat berteduh, Kita zahirkan syukur pada Allah dengan sediakan tempat khas untuk ibadah kita.
Tempat untuk kita bertenang sekejap jika ada keadaan yang menduga. Tak kisah lah jika ruangnya hanya muat ukuran sejadah. Janji tempat khas untuk submit doa.
Keperluan makanan minum,
Suami kena sediakan nafkah khas untuk keperluan isteri. Ini tak termasuk Barang dapur yer. Isteri selitkan sedikit bahagian vitamin untuk fizikal kita, bila kita sihat baru kita boleh jaga keluarga kita dengan sempurna.
Tak semestinya vitamin mahal yer sahabat, nenek saya dulu tok wan saya mampu sediakan ulam ulaman jer,boleh google khasiat pegaga & kacip fatimah. Alhamdulillah panjang umur dia, bahagia jer sampai hujung nyawa.
Sediakan Pakaian Isteri
Sekurangnya dapat tukar satu persalinan setahun sekali. Pakaian ikut syariat.
Bab pakaian kecantikan wanita biasanya memang bijakCuma kita jangan zalimkan diri sendiri. Sebab ada hak suami kat situ. …
Jangan bercantik untuk pandangan selain suami. Sekarang masa suami kerja di rumah, jadi gunakan sebaiknya masa untuk bercantik-cantik.
2) Hak batin,Rawatan Rohani & Makanan Jiwa
Dalam mengharungi dunia sekarang, dengan keadaan bermacam dugaan dunia. Jagalah hak rohani & jiwa kita. Kalau ikutkan laporan berita, sangat ramai yang menghidap anxiety dan stress melampau.
Makanan jiwa kita adalah ilmu yang manfaat, wanita mesti adakan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk tambah ilmu.
Dalam apa jua keadaan,bila kita hadapi dengan ilmu, kita akan berjaya hadapi dan bahagia cara kita sendiri.
Banyak sangat ilmu dalam media sosial yang kita boleh ikut, Kalau tak dapat join kelas live, mungkin masa tu kita sibuk dengan urusan lain, share atau save dulu. Kita buka kuliah balik ikut masa kita.
Jangan disebabkan kita sibuk dengan urusan keluarga atau kerja kita lupa hak diri kita untuk tambah ilmu, untuk beri makanan jiwa kita.
Dan sebaik-baik makanan jiwa adalah ilmu perjalanan ke akhirat. Dunia adalah salah satu persinggahan yang kita mesti Ada ilmu untuk hadapinya. Belajar ilmu akhirat memang dapat pakej dengan ilmu dunia. Tak faham tak per, kita sama -sama redah belajar dulu yer sahabat.
3) Me time , Masa untuk diri sendiri
Walau sibuk macam mana pun kita, mesti ada masa untuk diri kita sendiri. Duduk untuk diri kita, untuk kita tarik nafas panjang. Untuk kita mengadu segalanya yang kita rasa. Mengadu pada yang maha mendengar.
Masa terbaik adalah sebelum memulakan hari. Iaitu masa sebelum subuh.Niat kerana Allah, Bismillah…..
Untuk sahabat yang belum diizikan bangun sebelum subuh, Azam untuk duduk mengadu semuanya pada Allah sejam atau setengah jam sebelum zohor. solat dhuha dan tarik nafas damai untuk Allah uruskan kehidupan kita sebaiknya.
Sahabat Yang Allah sayang….jika ada dikalangan kita wanita yang tanggung semua semua hak diri & keluarga. Mungkin ada ibu tunggal atau suami yang tidak berkemampuan. Yakinlah Anda adalah wanita pilihan Allah yang hebat.
Siapa kita tanpa bantuan Allah…Bahagia & ketenangan itu bukan pada makhluk, tapi ada pada tahap redha & kebergantungan kita pada pemengang hati semua makhluk .
Bila kita redha, Allah akan uruskan diri kita, suami kita, anak-anak kita. sebaiknya.
Sampai masa kita akan tersenyum di rumah syurga kita.
Menulis kerana cinta.
Kredit: Mimi Rahim