jangan makan laksa dalam pantang
|

Seluruh Badan Bisa Bisa, ‘Angin Tersekat’ Gara Gara Langgar Pantang Makan Laksa!

Assalamualaikum 9bulan10hari. Saya Afikah. Dah 6 bulan saya habis pantang bersalin. Semalam pegi rumah kawan, dia masak laksa, saya pun makan, tapi dalam 3 sudu saja sebab teringin. Masa otw balik, seluruh badan saya rasa seram sejuk & macam kancing gigi. Balik ja rumah, saya rasa bisa seluruh badan. Sakit macam angin tersekat dalam badan. Anak menangis nak susu pun saya tak dapat bagi sebab sakit sangat.

Suami panggil mak mertua & mak mertua saya panaskan bawang putih & kepal dengan nasik & minta saya telan. Sakit tak kurang jugak.. lepas tu saya ikut petua akak dalam 9bulan10hari untuk wapkan badan. Alhamdulillah ok terus sakit badan ni.

Mak mertua cakap memang tak boleh makan langsung laksa sampai anak tumbuh gigi. Sebab bisa. Saya pun baca benda yang sama dalam page 9bulan10hari, tapi tak berjaya nak kawal nafsu teringin ni. Memang insaf saya. Tak berani dah sentuh laksa lepas ni.

Kata penulis :

Inilah problem ramai ibu ibu yang tewas menjaga pantang.

Pegang dalam hati!… Berpantang memang susah… tak ada orang yang suka kawal pergerakan, perbuatan & keinginan nak makan itu & ini.

Tapi adik & semua wanita kena tahu, disebabkan kita jaga pantang 45 hari, 60 hari & 2 bulan ni, sepanjang life kita, kita akan nampak ceria & sihat insyaALLAH….

Sedap kan laksa… Tapi kenapa tak boleh makan sampai SETAHUN selepas melahirkan anak??

“hang makanlah tengok… kalau nak badan hang sakit & kena BENTAN! – Tok puan Jusoh.. – bidan tradisional buku #9bulan10hari

Betul ka?
Unfortunately YES…

Kenapa?

1. Laksa…
Laksa yang dimasak 2 kali ni sangat tak baik untuk ibu yang tengah berpantang. Sebenarnya nasi untuk mommy yang pantang pun tak boleh makan kalau dimasak 2 kali… sepatutnya.. setiap kali nak makan.. masak lain… tak boleh panaskan… Kesannya? seluruh badan ibu berpantang akan sakit sakit & rasa mencucuk.

Bila nasi atau laksa dimasak 2 kali… ia akan perangkap angin menyebabkan kandungan aingin makin tinggi dalam badan mommy.

Akibatnya… mommy yang berpantang ni akan sakit urat & badan… & ada kemungkinan akan bentan.

2. Kuah laksa
Daun kesum & bunga kantan adalah punca angin selain sangat bisa untuk ibu yang berpantang.

3. Ikan termenung/kembung
Ikan yang digunakan untuk buat kuah laksa seperti ikan kembung sangat sangat berbisa… kalau nak goreng or hidangkan untuk mommy yang berpantang pun sangat sangat tak boleh!.

4. Hiasan ulam.. 
Timun adalah sayuran tanaman menyelar… apa saja sayur menyelar sangat sangat dilarang makan… cth : kacang panjang… bendi… & timun… Selain tu dengan memakan timus ia boleh membuatkan badan berangin.
.
.
Kalau tanya doctor mengenai ini.. ada di antara doctor yang jawab “makan apa saja.. asalkan tak memudaratkan kesihatan”

Kalau tanya bidan kampung… mereka jawab “itu  tak boleh ini tak boleh” sebab mereka cakap berdasarkan pengalaman.

Kalau tanya ustaz Don.. ustaz jawab “makan apa saja asalkan halal & tak memudaratkan”….

Apapun… terpulang kepada anda nak follow mana 1…. kalau saya… saya prefer ikut cara berpantang adat melayu lama…

Sebab apa yang bidan cakap kesannya tak nampak sangat sekarang… lama lama baru mommy akan faham kenapa berpantang perlu jaga dengan sebaiknya.

COPYRIGHT@naziranazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *