masalah keguguran rambut
| | |

Gara Gara Rambut Gugur Selepas Bersalin, Ibu Ini Dihalau Keluar Dari Rumah. Allah…..

Allah.. Allah… Allah…

Masa menaip msg ni pada akak, saya dalam keadaan rasa nak lari dari rumah saja kak. Terlalu sedih dengan kerenah mertua. Saya anak yatim yang tinggal dengan keluarga mertua lepas kahwin.

Dari mula mula kahwin lagi mertua saya suka cari masalah dengan saya.

Saya mengandung perut kecil dia cakap saya tak cukup zat.

Saya lahirkan anak secara czer dia kata saya bazirkan duit anaknya.

Bila anak menangis, dia cakap susu saya tak sedap sebab tu anak taknak minum.

Sekarang ni dia marah saya sebab rambut gugur. Dia kata bila ada rambut dalam rumah, saya bawa sial… Dia kata bila rambut saya gugur banyak macam ni, rezeki keluarga akan semakin berkurang. Allah.. menangis saya siang malam, suami saya dah banyak kali bagitau mertua yang kami nak pindah. Tapi mertua saya tak bagi. Mertua cakap, kalau kami keluar dari rumah dia tak halalkan susu ibunya pada suami..

Semalam rambut saya gugur teruk… walaupun saya bertudung.. ikat rambut & pakai anak tudung, tapi rambut saya terjatuh jugak ke lantai…

Mertua saya mengamuk!

Dia cakap sayalah punca bapa mertua saya hilang kerja sebab rambut gugur saya bawa sial pada keluarga katanya.

Saya kena halau kak…. mertua saya suruh saya keluar dari rumah dan tinggalkan suami & anak saya. Saya & suami cakap elok elok dengan mertua yang dia takkan jumpa lagi rambut saya.

Kesian suami saya, dia tersepit sebab maknya sakit.

Mertua saya bagi amaran…. kalau dia jumpa walau sehelai rambut di lantai rumah…. dia akan halau saya.

Hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati ni kak… sayu rasa… saya banyak meluah pun dengan akak sebab saya akan dapat semangat dari kata kata akak…. tapi bila mertua mula balik ‘perangainya’.. saya akan jadi down yang teramat… lemah satu badan saya ni kak….. Kalaulah saya ada ibu & ayah… saya takkan kacau akak camni……. maafkan saya….

Kata penulis :

Sebak & terlalu sedih dengan apa yang Azira lalui. Azira salah seorang anak yatim yang kehilangan ibu & ayahnya dalam accident. Masa tu Azira 7 tahun & dibawa ke rumah jagaan anak anak yatim di Kedah.

Saya kenal Azira sejak bulan lepas. Dia begitu tertekan & sentiasa minta nasihat untuk dapatkan kekuatan.

Kak Zira & team 9bulan10hari takkan pernah putus mendoakan Azira & setiap pasangan suami isteri menikmati life yang best. aamiin…. Banyakkan bersabar ya syg…

Baik, normal tak rambut gugur lepas bersalin sampai mertua sanggup halau menantu dari rumah?

wanita keguguran rambut

Bagi ibu selepas bersalin, ya keguguran rambut antara perkara yang akan terjadi selepas mommy melahirkan anak. Itu normal.

But, dont worry sebab masalah keguguran rambut lepas bersalin ni takkan lama & takkan buatkan mommy botak pun… huhu

Rambut mommy mula gugur lepas dua atau tiga bulan mommy melahirkan anak dan berakhir pada bulan keenam selepas mommy bersalin. Pun begitu, ada juga mommy yang alami problem ni sehingga setahun selepas bersalin.

Sebenarnya, masa mommy pregnant tahap estrogen yang meningkat pada badan mommy menyebabkan rambut berada dalam fasa ‘rehat’ daripada tumbuh.

Perasan kan rambut mommy masa pregnant tebal? Sebabnya rambut mommy yang biasanya gugur tu ‘berehat’ dan kekal pada kulit kepala.

So, selepas bersalin pula, tahap estrogen mommy akan menurun, jadi rambut mommy yang sebelum ni pada keadaan ‘rehat’ akan kembali luruh.

gugur

Nampak perbezaan ketebalan rambut mommy ni kan?……

picture credit : ideal hair loss….

Tips penjagaan rambut semasa hamil & selepas bersalin.

  • Elakkan stress, kerana stress juga antara penyebab mommy alami keguguran.
  • Eakkan menarik, menyikat & mengikat rambut dengan ketat.
  • Elakkan mengunakan hair dryer yang boleh merosakkan rambut & meningkatkan risiko rambut gugur.
  • Elakkan mengelap rambut yang basah terlalu kuat dengan tuala
  • Makan makanan berkhasiat & seimbang. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin membantu pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  • Berjumpa doktor jika mommy mengalami masalah hormon tak seimbang.
  • Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Sikat rambut dengan lemah lembut untuk elakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *