Menjadi Suami
|

10 Tips Menjadi Suami & Ayah Yang Hebat! Tiada Istilah ‘Beli’ Jiwa tetapi Kita Beri Jiwa.

Menjadi suami dan ayah yang hebat bukanlah satu perkara yang mudah. Sebagai ketua keluarga semestinya pelbagai tanggungjawab dan cabaran yang terpaksa kita galas. Kita adalah pemimpin keluarga. Jika ketua lemah dari segala sudut maka seluruh keluarga akan merasa tempiasnya.

Di sini kami kongsikan rahsia bagaimana nak mendidik diri untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarga kita.

Foto Kredit: babab.net

TIPS MENJADI SUAMI & AYAH YANG HEBAT!

  1. Cintailah Isteri Kita Seadanya

Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriat kita siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas dan tidak mampu untuk ayah laksanakan.

Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat kita sejak lahir hingga dewasa. Jangan sesekali berkira dan merungut. Jika anda menyayangi isteri, maka kasih dan cinta pada keluarga lebih kuat.

2. Luangkan Masa Yang Ada Bersama

Ketahuilah para suami, masa kita sangat terhad untuk keluarga. Sibuk macamana pun kita, cuba curi masa untuk mereka.

Sesekali bawalah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai di tepi pantai sambil bergurau bersama. Ini dinamkan ‘Bonding time’. Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri kita.

Jika ada bayi kecil, saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri. Ketika usia bayi 3 bulan, adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.

3. Jadilah Contoh Yang Baik

Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.

Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti. Jaga pertuturan, adab, bahasa dan setiap perbuatan kita. Anak adalah cerminan kita.

4. Fahami Karakter Setiap Anak Dan Berlaku Adil

Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya. Jangan sampai anak memendam rasa dan bermusuhan antara adik beradik dek kerana sikap kita yang sering pilih kasih.

5. Pamerkan Kasih Sayang

Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.

6. Disiplinkan Anak Dengan Kelembutan

Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak. Tak perlu marah-marah atau menengking dalam menengking. Jika kita keluarkan kata dengan nada yang tinggi, anak juga akan membalas dengan nada yang sama. Sebaiknya guna nada yang lembut tapi tegas.

7. Tabungan Masa Hadapan

Sebagai ayah yang bijak anda sebagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.

8. Makan Bersama Keluarga

Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan anta satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.

9. Solat & Berdoa Bersama

Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S.W.T. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan tinggi ilmu agamanya.

Foto Kredit: kompasiana.com

10. Nikmatilah Saat Menjadi Seorang Ayah

Masa tidak menunggu kita. Anak-anak membesar sekali saja. Jika hari ini kita melihat dia datang pada kita cium dan peluk kita seeratnya. Esok lusa belum tentu mereka mahu buat begitu kerana mereka telah pun menjadi dewasa.

Saat anda menjadi seorang ayah, maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab serta penuh rasa cinta.

BILA ANAK DAH BESAR, KITA AKAN RINDU BANYAK MOMEN BERSAMA

Dunia berputas semakin pantas. Nanti kita akan rasa kejapnya masa berlalu. Rumah yang dahulunya bersepah dan bising dengan pekikkan anak, kini sepi kerana mereka sudah pun menjadi dewasa dan meninggalkan rumah.

Waktu inilah kita akan kenang banyak benda yang kita rasa ralat dan tak sempat nak buat dengan anak. Anak-anak perlukan perhatiand dan kasih sayang. Janganlah letakkan bebanan kita kepada isteri.

Jadilah ayah yang bermanfaat kepada keluarga.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *