Isteri Berpantang Sendiri
|

JANGAN BIAR ISTERI BERPANTANG SENDIRI TANPA PENEMAN. 5 Perkara Ini Anda Perlu Alert!

Bahaya dibiarkan isteri berpantang sendiri. Seminggu selepas melahirkan anak, tubuh mereka masih lemah dan tiada kudrat untuk ‘handle’ semua benda.

Selepas bersalin, tubuh badan isteri masih lagi dalam proses pemulihan. Samalah juga dengan emosi, perasaan yang bercampur baur. Nak membiasakan diri dengan anak lagi, dengan kesakitan melahirkan anak lagi, susu bengkak lagi, berjaga malam lagi, semua itu adalah salah satu sebab ibu boleh stress dan kemurungan.

Takda istilah MALAS atau MENGADA-NGADA saja nak perhatian ketika berpantang. Jangan fikir isteri kuat, isteri boleh buat. Jangan mengundang bahaya pada isteri. Bila isteri penat, berpantang pun tak disiplin dek kerana terpaksa bergelut dengan banyak perkara, ianya secara tak langsung boleh jadi stres.

Stress yang melampau boleh bawak kepada postpartum blues.

Jangan Buat Tak Tahu Isteri Berpantang Sendiri – Foto Kredit: elvie.com

APA ITU POSTPARTUM BLUES?

Postpartum depression atau meroyan adalah tekanan emosi yang kebiasaannya dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini lebih mudah tertekan, kepenatan dan cepat marah. Oleh itu, sokongan suami dan keluarga adalah sangat penting sebelum ianya ‘memakan diri’.

Emosi isteri bercelaru teruk disebabkan paras hormon yang berubah mendadak lepas bersalin, ibu pulak masih sakit, tak cukup rehat, masih lemah. Macam-macam perasaan ada waktu ni.

Postpartum blues ni boleh berlaku ke atas 80% ibu dan biasanya akan hilang menjelang 2 minggu lepas bersalin. 2 minggu pertama selepas melahirkan anak ini adalah waktu yang sangat ‘crucial’ makna kata situasi sangat tegang dan bahaya.

Foto Kredit: edition.cnn.com

Waktu inilah para suami semua kena tolong, beri moral support dan jangan buat tak tahu je dengan isteri anda.

Ada suami yang memahami , sama-sama tolong salinkan lampin, dodoi dan tenangkan bayi, uruskan segala benda. Alhamdulillah kalau dapat pasangan yang membantu.

Ada suami pulak yang terus keluar dan tido bilik lain tinggal isteri terkontang-kanting, sebab tak tahan dengar bayi menangis. Ada yang siap merengus tanda tak puas hati. Kalau dapat spesis macamni boleh mental breakdown si isterinya. Dari keadaan isteri baik-baik aja terus meroyan tak tentu pasal.

Foto Kredit: childrensmercy.org

KESAN ISTERI BERPANTANG SENDIRI TANPA PENEMAN, MEREKA MUNGKIN MELALUI FASA YANG PALING BAHAYA, POSTPARTUM DEPRESSION (PPD)

Postpartum depression (PPD) bukan penyakit kemurungan. PPD tidak boleh disamakan dengan penyakit kebimbangan atau kemurungan seperti Major Depressive Disorder (MDD). Antara tiga jenis utama PPD adalah psychosis. Psychosis tidak termasuk dalam kategori MDD.

Dalam PPD, ibu-ibu boleh hilang pertimbangan.Ada yang dah tak peduli pasal baby dan anak-anak.

Ada yang menangis sepanjang hari. Ada yang rasa nak bunuh diri (suicide) atau bunuh baby (infanticide).

PPD juga boleh dapat postpartum psychosis, dah mula halusinasi sendiri. Bercakap sorang-sorang!

Allahuakbar, kadang tak sedar dia dah cekik anak, dah lemaskan anak.

Lepastu dengan orang bisik ‘kelarlah anak kau, bunuh dia. Waktu ini ibu dah takda rasa bersalah sebab dia macam dah takda perasaan.

Nauzhubillah min zhalik. Minta dijauhkan. Sayangilah dan hargailah isteri kita. Dia selalu ada untuk kita dikala kita tak punya apa-apa.

Foto Kredit: savvymom.ca

BIARKAN ISTERI BERPANTANG SENDIRI TANPA BANTUAN, UMPAMA MENYEKSA ISTERI. 5 TIP INI SUAMI PERLU BANTU ISTERI, JIKA TAKNAK ISTERI MEROYAN DALAM PANTANG

  • Semasa berpantang, emosi wanita kurang stabil kerana banyak perubahan yang berlaku walaupun secara teorinya mereka sudah bersedia. Ketika ini isteri anda juga ketika ini sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini kerana secara praktikal adalah sangat-sangat berbeza.
  • Dalam proses menyusukan bayi juga, isteri memerlukan sokongan suami. Isteri akan merasa sedih dan stres bila susu badannya keluar hanya setitis-setitis sedangkan selama ini mereka ingat susu boleh terus keluar mencurah-curah. Bantu dia cara memperbanyakkan susu badan.
  • Isteri perlukan sokongan suami apabila mentua cuba campur tangan dalam urusan berpantang. Jadilah tempat isteri meluah rasa dan bantu dia selesaikan masalah yang boleh menjadikan isteri rasa tak tenteram.
  • Isteri perlukan sokongan suami dikala mereka terlalu mengantuk akibat tidak dapat tidur berjam-jam di waktu malam. Setiap 2 jam isteri akan bangun untuk menyusukan anak dan menjaga bayi anda. Janganlah asyik tidur saja, bantu isteri apa yang patut.
  • Urusakan segala kerja rumah dan uruskan anak-anak yang lain. Jangan biarkan isteri berpantang yang buat.
Foto Kredit: womensmentalhealth.org

TEMPOH BERPANTANG SEPATUTNYA JADI LEBIH INDAH, BUKAN SEBALIKNYA.

Selepas bersalin, isteri perlukan ruang yang selesa dan perasaan yang indah untuk memulihkan luka bersalin dan emosi mereka yang bercelaru.

Kalau boleh, ketika isteri berpantang, biarlah ada peneman. Tanya pendapat isteri dia nak berpantang di mana, dan siapa yang dia perlukan untuk membantunya menguruskan anak. Bila isteri rasa selesa, proses berpantang mereka akan jadi lebih bermakna dan bahagia.

Dengarlah pendapat isteri sebelum anda membuat keputusan untuk dirinya. Kasihanilah isteri anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *