Jin Ummu Sibyan
| |

Jin Ummu Sibyan Suka Wanita Hamil & Bayi, 15 Bulan ‘Dia’ Berdamping Tapi Tak perasan!

Sebab tu mak-mak kita selalu pesan, sebelum maghrib balik rumah. Tutup pintu dan tingkap bila nak dekat senja. Jangan biar bayi sendirian tanpa teman. Duduk dengan dia sehingga habis maghrib. Samalah dengan ibu mengandung, jangan mandi senja-senja hari. Jin Ummu Sibyan ini wujud!

Kenapa “Ummu Sibyan” ni suka datang bila maghrib?

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala , pada waktu itulah , seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita .

Siapakah wanita itu? apa yang dia lakukan di dalam rumah kita ?

Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik , namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.

Kita tak nampak dia tapi dia selalu memerhatikan kita.

SIAPA UMMU SIBYAN?

Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

APA KERJA UMMU SIBYAN?

Kerjanya adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari dua tahun) serta wanita yang hamil.

Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang diceritakan dalam kisah ‘Jin Ummu Shibyan dengan Nabi Sulaiman’, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar perempuan itu tidak boleh mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut perempuan yang hamil, pada waktu janin dalam kandungannya sedang tumbuh, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semula.

Seorang ibu turut berkongsi pengalamannya selama 15 bulan berdamping dengan Jin Ummu Sibyan Mcjyah Joanjett menceritakan pengalaman ngeri yang berlaku dalam hidupnya.

” Harini saya terbaca post yang viral berkenaan jin ummu sibyan. Ingin saya kongsikan kisah benar yang terjadi pada diri sendiri agar kita boleh jadikan iktibar.

Sejak awal kandungan saya sering berlaku kejadian pelik2 tapi ia lebih ketara sejak saya mula berpindah ke kuartes sewaktu usia kandungan 7bulan. Saya menginap seorang diri kerana suami bekerja di kuala lumpur. Kuartes saya paling atas.

Tingkat ke-4 tanpa lift. Tingkat 1 dan 2 sahaja ada penguni. Tingkat 3 kosong dan saya dapat tingkat 4. Saya memelihara 2 ekor anak kucing untuk teman saya kerana dirumah itu terasa sunyi gemersik. Setiap malam angin bersiul seperti seruling dan kucing2 akan mengiau tanpa henti. Saya rasa seram sejuk tapi apakan daya hanya sendirian.

Boleh dikatakan setiap malam saya mimpi perut diusap dan diurut. Terkadang saya mimpi perkara sama 4x berturut2 pada satu malam. Sering juga saya mimpi seekor langsuir (berbaju putih berambut panjang) bertenggek dijendela tempat tidur. Dia xbuat apa2 hanya memandang saya tidur. Saya juga mimpi ramai bayi datang merangkak ke arah saya minta disusukan tetapi bayi2 ini punya gigi tajam2 seperti ikan. Mimpi ini berulang sehingga kandungan saya masuk 8bulan.

Pernah kawan saya Rohayu Yusof tumpang bermalam, keesokan harinya dia bergegas pulang dan saya jumpa dia 2hari selepas itu. Katanya pulang dari rumah saya kaki dia sakit dan lebam. Bila berubat, ustaz kata diganggu polong. Saya fikir itu mainan iblis. Kemudian kawan saya yang lain pula @cikyuyu datang bermalam temankan saya. Keesokannya dia demam. Saya kerumahnya, ibu dia bgtau pulang dari rumah saya, dia demam panas dan bercakap merapu seperti tidak sedar. Setelah berubat ustaz mengatakan diganggu polong.

Allahu. Saya terdiam kerana 2 sahabat berlaku perkara yang sama pada hari berlainan. Saya sungguh tak sedap hati. Saya bgtau suami suruh datang kesini. Saya minta dia carikan rumah sewa. Alasan saya kerana sudah tidak larat nak naik tangga. Saya dah sarat. Akhirnya saya dapat rumah sewa baru di kawasan perumahan. Ada jiran keliling jadi saya tidak rasa sunyi.

Waktu dirumah baru, saya tertidur didepan tv. Kemudian suami datang kejutkan saya untuk masuk tidur kedalam bilik, saya lihat muka suami senyum sambil usap kepala saya. Bila saya bangun, saya lihat suami juga tidur depan tv sebelah saya. Cepat2 saya kejutkan suami. Saya tanya dia, ada kejutkan saya ke td? Katanya tidak. Dia pun tertidur. Saya dah mula rasa lain. Tapi saya pelik. Kan saya dah pindah rumah. Takkan masih ada gangguan.

Sehinggalah saya dah sampai bulan untuk melahirkan. Ari ari saya sakit, berjalan pun sudah terkangkang. Ada lendir2 keluar. Bila ke klinik katanya jalan belum terbuka. Baru 1cm. Saya pulang. Mak bawa saya ke rumah bidan. Bidan urut. Kata bidan, saya seperti nak beranak sangat dah ni tapi kenapa jalan xnak terbuka. Bidan suruh saya cari orang yg boleh buatkan air tawar.

Kemudian suami bawa saya berjumpa nenek nya kerana nenek dia boleh berubat orang juga. Selepas minum air tawar saya menangis. Terasa sedih dan lemah semangat. Nenek bgtau, saya sedih kerana akan berpisah dengan JIN UMMU SIBYAN. Jin ini dah lama berdamping dengan saya. Tugas ummu sibyan adalah menghalang wanita dari mengandung, jika sudah mengandung tugasnya untuk menggugurkan kandungan. Jika kandungan selamat sehingga ke bulan terakhir, tugasnya adalah melemaskan anak itu. Jika anak berjaya dilahirkan, tugasnya untuk mematikan anak itu dengan sawan. Allahuakhbar tersentap saya.

Jadi sekarang ini ummu sibyan menghalang saya dari melahirkan. Dia ttup jalan. Insyalah setelah minum air tawar ini , semuanya dipermudahkan. Saya pulang kerumah jam 11mlm. Pukul 3 pagi air ketuban pecah dan alhamdulillah 9pg keluarlah cahaya mata sulong kami. Bersyukur sangat kerana jin ummu sibyan tewas dalam menghancurkan kandungan saya.

Saya fikir semuanya sudah selesai. Tapi tidak. Setelah anak saya berumur 3 bulan. Saya mengandung kali kedua. Suami saya kembali bekerja di kuala lumpur. Jadi saya tinggal bersama anak yang berusia 3 bulan dan kandungan berusia 1bulan. Anak saya tidak boleh tinggal sendirian. Dia akan menangis melalak seperti ketakutan. Kalau nak berak pun saya terpaksa bawa dia sekali ke tandas. Kalau tak, dia menangis sehingga matanya naik keatas dan badannya melengkung.

Gambar Hiasan

Keadaan ini berterusan sehingga umurnya 6 bulan. Ia menjadi parah apabila dia menangis setiap kali senja pukul 6.30 ptg sehingga 8mlm. Dan tangisan itu akan bermula semula waktu dinihari pukul 4-5pg. Sehingga pada suatu hari dia demam panas dan menangis mata naik keatas dan badan melengkung seperti sawan. Sewaktu itu usia kandungan kedua saya 4bulan. Saya bawa anak saya balik ke kampung drive kereta seorang diri pukul 10 mlam. Saya sampai di kampung jam 1pagi.

Saya tak boleh lagi duduk dirumah sewa itu. Saya diselubungi rasa takut. Kemudian saya naik bas dan ke KL untuk berjumpa suami. Sesungguhnya allah tahu bebanan saya. Semasa di rumah sewa suami di KL, Diwaktu maghrib anak saya sekali lagi menangis tanpa henti lebih kurang 2jam diiringi keadaannya seperti nak sawan. Kemudian kawan suami saya bawa kami ke rumah ustaz di damansara damai.

Ustaz tu beritahu, ini angkara JIN UMMU SIBYAN. Allahu sekali lagi saya terkejut mendengar nama jin ini buat kali kedua. Kemudian saya cerita semuanya kepada ustaz tu sejak saya mengandung anak pertama. Ustaz itu bgtau, ummu sibyan ini dah lama benar berdamping dengan saya. Lari lah kemana pun tidak akan senang kerana bukan rumah itu punca nya tetapi jin ini berada bersama saya. JIN UMMU SIBYAN ini benar benar inginkan anak pertama saya sejak dia tahu benih itu tersemai. Dan sehingga anak saya berusia 6 bulan ummu sibyan masih berdamping.

Saya menangis ketakutan. Sejak kejadian itu, suami saya Vanillas Vanillas berhenti kerja dan pulang kekampung tinggal bersama saya. Sungguh perit memikul bebanan ini seorang diri. Sehingga sekarang anak saya sudah 3 orang alhamdulillah tiada lagi gangguan JIN UMMU SIBYAN. Tetapi saya selalu beringat kerana jin dan iblis itu sentiasa mencari ruang. Wallahualam.

TANDA-TANDA JIKA BAYI TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN

  1. Bayi menangis tersedu-sedu tanpa sebab sambil matanya memandang satu sudut tertentu.
  2. Anak-anak jatuh seakan-akan ditolak
  3. Demam panas selepas asar sehingga sebelum subuh
  4. Tidurnya terganggu dan menangis tengah-tengah malam.

Tanda-Tanda Ibu Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan:

  1.  Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
  2. Kusut fikiran
  3. Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
  4. Mengigau ketika tidur
  5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

CARA MENGHINDAR GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN

  1. Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib
  2. Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)
  3. Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu , baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.
  4. Halau dengan bahasa sendiri seperti “wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku”
Foto Kredit: sheknows.com

Hal ini juga diperakui oleh Ustaz Azhar Idrus melalui ceramah mengenai gangguan Ummu Sibyan.

Video Kredit: Studio Mukmin

TIPS BUAT AYAH UNTUK MELINDUNG ISTERI HAMIL DAN ANAK

  • Kalau boleh bila maghrib janganlah bawa keluar isteri yang sedang mengandung dan bayi kecil keluar berjalan.
  • Jangan biar isteri mengandung lama-lama berseorangan di rumah.
  • Katakanlah anda balik kerja lewat, masuk rumah beri salam dan baca Ayat Kursi. Sebaiknya terus cuci kaki atau mandi. Jangan terus menerpa anak atau isteri.
  • Jika ada di rumah, pastikan dah nak maghrib pintu dan tingkap dan ditutup. Pasangkan ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah atau bacaan Rukyah pada ubun anak.
  • Seeloknya pangku anak ketika maghrib. Jangan biarkan dia seorang diri tanpa pengawasan.
  • Pesan pada isteri yang sedang hamil, mandi sebelum maghrib. Jangan mandi berbogel, seeloknya berkemban.

Semoga kita terlindung dari gangguan makhlus halus yang kita tak nampak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *