Isteri Mengandung
|

Isteri Mengandung Ni Sangat Sensetif! Sebab Itulah Suami Jangan Biarkan Dia Sendiri

Bila isteri mengandung, bukan perubahan pada bentuk badan dia je yang berubah. Emosi dia juga terganggu, selera makan terganggu, tidur terganggu, segalanya bertukar sepanjang mengandung

Sebab itulah, kenapa pentingnya suami perlu ada disisi isteri ketika dia hamil. Kudratnya yang berbadan dua membataskan pergerakannnya. Deria rasa terjejas akibat muntah teruk dan loya sepanjang masa. Deria bau sangat sensetif, sampaikan ada kes yang suami terpaksa tidur bilik lain sebab isteri tak tahan bau suami.

Suami, perlu sabar dan fikir positif. Jangan mudah melatah. Tak boleh cepat marah. Disebalik kejadian ini, isteri sedang bergelut dgn kesakitan yang luar biasa yang dia sendiri tidak mahu. Tapi untuk dapatkan status ibu dan ayah, bukan mudah. Disebalik kepahitan, pasti kemanisan dapat dirasai.

JANGAN LAKUKAN PENDERAAN MENTAL KEPADA ISTERI MENGANDUNG

Kasihanilah isteri yang sedang berbadan dua. Jika mereka kata penat dan tak larat, mereka betul-betul maksudkannya. Sudahlah tak dibantu, tak dihargai pula apa yang isteri lakukan. Malah melemparkan kata-kata yang boleh meruntun jiwa.

Kesedihan ini turut dikongsi oleh Ummi HaniAqil tak minta semua orang faham apa yang isteri mengandung lalui, cukuplah suami yang faham dan membantu isteri.

Gambar Hiasan

Mengandung 2 bulan, tengah muntah teruk, nak bangun pun tak larat.

Dengan anak pertama masih kecil dan memerlukan perhatian. Si ibu, nak bangun ke bilik air pun tak mampu.

Merangkak bila nak kencing berak. Sebab bangun je boleh tumbang, rasa nak pitam. Rumah berselerak hanya Tuhan je yang tau. Dah nak uruskan diri pun tak mampu, apatah lagi nak uruskan rumah.

Anak sulung terabai. Makan minum entah mana-mana hala. Suaminya ke mana? Suami ke luar negeri 5 hari. Ada urusan apa? Program dengan persatuan. Aikkk????

Penting sangat ke sampai tak boleh cancel, sampai tinggalklan isteri tengah sakit macam tu? Jawapan suami – bukan selalu ada program macam ni. Ni ada peluang nak berkumpul ramai-ramai. Isteri?

Kau agak apa yang dia boleh buat? Mengadu pada keluarga, keluarga ni samada suruh cerai atau pegi belasah si suami. Selesai tak masalah?

Mengadu di pejabat agama. Kalau kau tak pernah lalui pengalaman mengadu dan mendapatkan kaunseling kat pejabat agama, lebih baik senyap dari bercerita. Sebab yang atas paper, tak pernah sama dengan alam nyata.

Foto Kredit: oknews.co.id

Mengadu pada kawan. Kawan pun dua tiga kali ok la nak dengar luahan. Lama-lama dia pun tak tahan.

Maka mula la isteri ni stress. Stress yang teramat, sampai tak terluah. Maka mengadulah dia pada Allah. Dia mohon sungguh-sungguh nakkan kekuatan. Insaf akan kesalahan dan kelemahan diri. Kembali pada yang haq.

Tapi suami tak berubah. Masih terus dengan sikapnya yang lalai untuk menjaga emosi isteri. Dia anggap isterinya perlu terima semua, taat semua. Diasuh dan dididik minda isterinya tentang dosa derhaka pada suami. Diulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Sampaikan isteri pun jadi macam apa yang dia nak – taat kerana takut nanti kena campak dalam neraka.

TIADA SIAPA YANG BOLEH FAHAM & KENAL LUAR DALAM ISTERI MENGANDUNG MELAINKAN SUAMI SENDIRI

Isteri terus pendam rasa. Dari sehari ke sehari, semua yang terbuku tak lagi mampu ditanggung. Beban makin menggunung. Sampai satu saat, kewarasan makin menurun.

Dan mulalah isteri melakar kata-kata di muka buku. Saat jiwa makin sarat dengan pelbagai tekanan yang tak terluah, kata-kata yang keluar pun mulalah nampak kepincangannya.

Dan masyarakat pun seronok nak serbu, menilai dan menghakimi – berdosa aibkan suami.

Lepas tu bila dah makin tak mampu tahan, sebab suami nampak mulia dalam mata masyarakat, isteri tekad tuntut cerai. Dengan kesedaran penuh bahawa tak guna cerita apa-apa, sebab orang tak akan percaya. Cukup hanya aku yang tahu cerita. Allah saksi aku.

Foto Kredit: pesonapengantin.my

TAK MENGADU SERBA SALAH, TAPI KALAU MENGADU TETAP NAMPAK SALAH

Tapi bila dah tuntut cerai, pun masih ditekan. Masih dipersalahkan. Semua dibebankan atas bahu isteri, sedangkan takde yang nampak pun kepincangan si suami sebab semuanya cerita dalam rumahtangga.

Bila isteri bercerita, dituduh bukak aib.

Bila isteri mintak cerai, dituduh isteri akhir zaman. Bakal ahli neraka.

Bila isteri mengandung, dikata isteri hanya reka cerita sebab kalau suami tu jahat, takkan la bunting tiap-tiap tahun.

Tapi kalau isteri menolak ajakan suami untuk bersenggama, isteri jugak berdosa.

Inilah yang dinamakan PENDERAAN MENTAL.

Allahu Allah. Sedihnya dengan nasib wanita hari ni. Sedangkan Rasulullah berjuang mengangkat martabat wanita dari zaman jahiliah dulu. Baginda mengajar umat bagaimana memuliakan wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu.

Tapi di akhir zaman ni, sebenarnya makin ramai orang yang menjadi pejuang agama gagal memahami apa yang Baginda ajarkan.

Aku akan kekal menentang penganiyaan terhadap wanita ni. Sebab sakit tu, hanya yang dah lalui je yang tau.

Aku, Mental Disorder Survivor.

#LawanUntukHidup.

Kredit: Ummi HaniAqil

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *