3 PETUA Menghilangkan Batuk & Selsema Anak!
|

3 PETUA Menghilangkan Batuk & Selsema Anak! Gunakan Kaedah Semula Jadi Je

Risaunya batuk anak dah seminggu lebih tak baik-baik lagi, berbotol-botol ubat minum batuk masih berterusan, selsema anak pun masih belum baik-baik lagi! ada petua tak?

Siapa yang tak risaukan kan kalau anak on off batuk, siap pakej dengan demam dan selsema lagi. Bila anak kerap sakit, anak akan rasa tak selesa. Tidur malam pun terganggu dek kerana batuk, dengan hidung tersumbatnya. Kita yang dewasa bila kena selsema pun rasa rimas, apatah lagi budak-budak kan? yang lebih memenatkan, bila anak tak boleh tidur, automatik mak ayahnya turut berjaga sama.

Usah risau!

Cuba dan ikhtiar 5 PETUA Menghilangkan Batuk & Selsema Anak ni.

  1. MANDI GUNA LEMON.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Gunakan Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C. Ia dapat meningkatkan imun badan dan membantu mengatasi demam, batuk dan selsema bayi. Anda boleh cuba mandikan anak dengan mandian lemon.

Petua ini boleh menghilangkan batuk dan mengeringkan hingus bayi dari terus mengalir. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu menghentikan selsema anak anda. Selain selsema, rendaman lemon juga baik untuk menurunkan suhu badan anak yang demam panas. 

2. BUAT STIM & TEPUK PERCUSSION.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Tepuk Percussion

Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada. Kanak-kanak bawah 2 tahun, tiada ubat khas untuk batuk dan selsema. Teknik ini disarankan oleh doktor sebagai alternatif merawat anak secara semulajadi.

Kahak yang banyak mengganggu anak bernafas dengan baik, seeloknya lakukan setiap pagi.

Teknik ini telah dicuba oleh mommy Siti Nurain Mohd Amin untuk merawat batuk dan selsema anaknya.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Bawang Putih Antara Bahan Untuk Memulihkan Batuk

1. Periuk nasi

2. ‎1 labu bawang putih (8-10 ulas)

3. ‎Air

4. ‎Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak! -Wap Air Panas

KAEDAH PENYEDIAAN AIR STIM.

1. Tuang air dalam periuk nasi.

2. ‎Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha

3. ‎Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.

4. ‎Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

KAEDAH STIM DAN TEPUK PERCUSSION.

1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.

2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.

3. ‎Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.

4. ‎Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha

5. ‎Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Gambarnya saya sertakan sekali di bawah. 5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini. Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Cara-Cara

6. ‎Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
Ini cara tepuk ‘cupping’. Bunyi tepuk akan kedengaran kuat ya amat macam kau mendera anak. Tapi rilek, itu memang sound effect dari tepuk begini.

7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.

8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.

9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.

Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers.Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus terbongkang tidur.Yeah!

3. GUNA MINYAK BAWANG PUTIH.

Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak bawang yang dikongsikan oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selsema anak kecil.

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK.

Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah cuba, alhamdullillah. Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun. Sebab anak sulung saya dan nak masuk umur 4 tahun.

Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah!

1. BUANG KULIT

Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Bawang Putih Dapat Melonggarkan Kahak

2. BAKAR DULU.

Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Bakar Sampai Keluar Bau

3. GAULKAN DENGAN MINYAK

Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.

Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Minyak Yang Dicampurkan Dengan Bawang Putih

Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.

Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. InsyaAllah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk pun semakin berkurang tanpa menggunakan sebarang ubat.

3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!
3 PETUA Menghilangkan Batuk Dan Selsema Anak!- Sedia Untuk Disapukan

Jangan lupa cuba 3 petua ini ya ibu ayah! kita cuba rawat anak secara semula jadi. Moga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *