4 Kesakitan Ibu Bersalin Normal
| | | |

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal! HARGAI Perjuangan Mereka

4 KESAKITAN ISTERI BERSALIN NORMAL!

Kesakitan isteri melahirkan anak cukup luar biasa. Tak kisahlah samaada bersalin normal mahupun C-zer. Kedua-duanya mempunyai risiko yang bahaya kepada ibu dan anak. Jangan beza-bezakan siapa lebih sakit dan siapa lebih mudah.

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal
Kredit Photo: Bukaan.moment

Saat ibu melahirkan anak, urat semua rasa tegang. Kontraksi datang buat airmata ibu bergenang, si ibu kesakitan sampai katil bergoyang. Saat anak nak keluar, darah ibu terus terpancut. Ibu meneran sehingga tudung tercabut. Hebatnya si ibu tak kisah walau nyawanya diragut. Demi anak yg dikandung, tak endah maut.

Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan. Berapa jam dia menahan sakit contractions? Tapi dia tahan. Dialah yang menerima kesakitan bila dijahit hidup-hidup. Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai lagi sakit.

Ya dia, dialah ISTERI yang melahirkan zuriat buat suaminya.

Besar pengorbanan isteri yg mengandung dan melahirkan anak.
4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal
Dapat Tengok Anak Hilang Azab Bersalin
Dia bukan sahaja mengorbankan bentuk fizikal tubuh badannya, malah dia sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan nyawa insan yang paling berharga dalam hidupnya, iaitu ANAK yang dia bawa dalam perutnya 9Bulan10Hari bersama.

SUAMI, tolong fahami 4 KESAKITAN ISTERI BERSALIN NORMAL yang mereka lalui ini:

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal

  1. KESAKITAN KONTRAKSI YANG SANGAT DASYAT!

Hanya ibu yang melahirkan anak akan memahami betapa seksanya mengharungi sakit kontraksi ni. Ada ibu yang sampai ‘trauma’ dan taubat nak mengandung lagi. Dia punya sakit tu tak boleh nak digambarkan, sekali dia datang menyerang, rahim rasa nak pecah. Waktu ni dah tak boleh duduk diam, baring sakit, duduk sakit, nak berjalan pun rasa sakit.. semuanya serba tak kena!

Paling kesian, kalau ibu yang terpaksa menahan kesakitan kontraksi berjam-jam lamanya. Ada yang berhari-hari. Siap induce dah berapa kali, tapi jalan tak buka-buka. Tuhan je yang tahu betapa seksanya waktu tu. Demi anak ibu sanggup!

DOA MEMPERCEPATKAN BUKAAN BERSALIN.

Ketika isteri sedang menahan sakit untuk bersalin, suami bacakan ayat ini hembus dlm segelas air dan berilah isteri minum.
Niatlah di dalam hati agar isteri melahirkan anak dgn senang dan tiada kesulitan.
Isteri pula jangan lupa menyebut ‘la illaha illa anta subhanaka inni kuntu minnaz zhalimin’ ketika dlm kesakitan.

2. KESAKITAN KENA SELUK!

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal

Ada ibu yang kata sakit seluk ni tak sakit sangat berbanding kontraksi. Tapi ada juga ibu yang rasa sakit dan ‘menyampah’ bila kena seluk berkali-kali.

Mommy jangan marah-marah ya. Sila bawa bertenang. Jangan panik!

Ramai ibu berasa takut dan seram memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takda pengalaman melahirkan.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksaan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Ini dilakukan untuk mengukur bukaan pintu rahim ibu sama ada sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak.

Pastikan dalam mind set anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan ya! Buat ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak.. Jangan takut, jangan stress dan jangan menangis bila di seluk.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

3. KESAKITAN DIGUNTING.

Rezeki ibu melahirkan anak tak sama. Ada yang nasibnya baik, tak perlu digunting pun, ibu boleh bersalin tanpa koyak. Isteri perlu digunting bersebab, bukan saja-saja nak gunting. Ia bagi memudahkan ibu meneran dan mengeluarkan anak dari rahim.

Selalu ibu tak rasa sangat bila digunting, sebab sakit kontraksi dan menguasai keadaan ketika itu.

4. KESAKITAN DIJAHIT.

Untuk mengelakkan ibu mengalami koyak yang teruk. Ketika meneran, jangan sesekali angkat punggung! luka mommy akan bertambah panjang jika salah teknik meneran.

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal

Berapa ramai ibu yang pernah merasai pengalaman kena jahit selepas melahirkan anak?

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal
Ini Bukan Mata Kail Tau, Ini Jarum Menjahit Ketika Bersalin

 

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal

Ada ibu yang kata tak rasa apa dah sebab dah sedut ‘gas entonox’ khayal sampai tak ingat rasa dijahit macamana. Ada juga ibu yang kata, serik kena jahit. Rasa perit bila jarum dan benang dijahit lapisan demi lapisan. Seram pulak bila ingat kembali detik itu.

Hebatnya ibu melahirkan anak, walaupun dah bergelut dengan kesakitan yang cukup dasyat berjam-jam lamanya, bila tengok muka anak, sakit tadi tak tahu hilang kemana. Sangat ajaib!

Kegembiraan dan kebahagiaan mengatasi segalanya.

4 Kesakitan Isteri Bersalin Normal
Jika Perlukan Pertolongan Minta Bantuan Suami

PERINGATAN BUAT IBU-IBU!

  • Jaga luka sebaiknya, untuk mengelakkan darah beku berkumpul dikawasan jahitan. Nanti tak pasal-pasal kena jahit semula. Banyakkan pergerakan tapi perlahan-lahan jalan.
  • Makan makanan yang menyembuhkan luka dengan cepat. Banyakkan makan oren atau vitamin C yang lain.
  • Nak jalan tu kemut-kemut sikit, elakkan buat kerja-kerja berat. Rahim kita masih dalam proses pemulihan.
  • Jangan beremosi ketika berpantang. Luahkan perasaan pada suami dan jangan pendam perasaan.Berpantanglah dengan tenang.

 

Moga bermanfaat dan selamat melahirkan anak dengan mudah!

Copyrights 9Bulan10Hari silakan SHARE Jangan lupa dapatkan http://ebook.9bulan10hari.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *