6 Jenis Simptom Sakit Perut Pada Bayi! Pelajari Teknik Urutan I Love U
6 JENIS SIMPTOM SAKIT PERUT PADA BAYI! TAKE NOTE IBU AYAH.
Dah bagi susu, menangis lagi.. rasanya dah cukup tidur, tapi anak meragam! dah salin lampin, anak masih melalak siap tersedu-sedu menangis macam kena pukul.. kenapa dengan anak aku ni?
Bayi masih kecil, dia masih belum pandai beritahu yang mereka sedang mengalami kesakitan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara menangis saja, yang mereka sakit dan tidak selesa.
Jika bayi menangis tanpa henti sambil dia menendang-nendang kakinya atau memegang perut, jangan dibiarkan saja. Sekarang ni musim macam-macam virus menjelma. Perhatikan, pantau dan rawat anak dengan segera.
6 JENIS SIMPTOM SAKIT PERUT PADA BAYI:
-
ADA BAKTERIA/VIRUS JAHAT DALAM USUS.
Terdapat 2 jenis bakteria yang boleh menyebabkan sakit perut pada bayi.
- ROTAVIRUS
Virus ini boleh mengakibatkan demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.
Hampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun.Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.
Virus ini boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.
- SALMONELLA
Sejenis bakteria yg menjangkiti perut dan usus. Jika bayi anda dah boleh makan, elakkan beri anak makan telur separuh masak dan daging yang tidak dimasak sepenuhnya. Bayi sangat mudah menerima jangkitan virus ini.
2. ALAHAN PADA MAKANAN.
Ada bayi yang alah dengan sesuatu makanan. Alergi makanan berlaku apabila sistem kekebalan tubuh bertindak balas dgn lebihan protein luaran lantas menyerang sistem imun.
Kesannya ia akan menyebabkan makanan tidak dapat dicerna dengan baik dan perut bayi tidak selesa. Kepada ibu menyusukan anak, jangan makan makanan yg terlalu pedas, ubi-ubian dan terlalu banyak rempah.
3. BAYI MENGALAMI RADANG USUS.
Gejala radang usus ini biasanya terjadi bila bayi demam dan muntah. Bayi akan rasa sakit di sudut kanan bawah perut.
Bila bayi anda menangis tanpa henti sambil memegang perutnya, segeralah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. Kesian dekat anak menanggung kesakitan yg teramat sangat.
4. BAYI MENGALAMI HERNIA(ANGIN PASANG).
Anda perlu tahu bayi berisiko mendapat 2 jenis hernia iaitu inguinal & umbilik. Hernia inguinal biasanya berlaku bila usus tergelincir ke saluran inguinal yg menyebabkan pembengkakan di sekitar pangkal paha.
Hernia umbilik pula berlaku apabila dinding perut, mengalami kerosakan dan bahagian kecil usus meluncur keluar.
Kebiasaannya bayi lelaki selalu mengalam hernia ni. Ibu ayah ambil tahu perkara ini.
5. JANGKITAN PADA SALUR KENCING.
Jangkitan saluran kecil (UTI) boleh menyerang bayi seawal 12 bulan. Bayi akan sakit dibahagian bawah perut dan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil. Pastikan anda menukar lampin bayi dengan lebih kerap. Jangan biarkan lampin kotor terlalu lama. Jaga kebersihan.
6. BAYI ‘COLIC’.
Bayi yang kerap menangis berterusan disebabkan sakit perut ini dikaitkan dengan ‘colic’. Salah satu sebab bayi mengalami kembung perut disebabkan angin tidak dapat dilepaskan dengan baik. Selepas menyusukan anak, sebaiknya sendawakan dia.
Masalah kembung perut pada bayi mungkin juga disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu.
Ada bayi yang sangat sensetif perutnya, alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
TIPS MERAWAT SAKIT KEMBUNG PERUT BAYI.
Buat Urutan ‘I Love U’
Menurut Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, yang juga pendukung urutan bayi, June Choo, GER melalui artikelnya dalam Harian Metro, dengan urutan ini boleh menghilangkan sakit perut bayi.
Gaya urutan ini istimewa. Dinamakan ‘I Love You’ kerana mewakili satu set tiga langkah berterusan yang meniru bentuk huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’. Urutan ini sesuai untuk bayi yang mempunyai angin berlebihan dalam perut ataupun sembelit dan diilhamkan menurut susunan usus bayi yang terlilit mengikut arah jam.
Huruf pertama ‘I’ memerlukan anda meletakkan tangan pada bahagian kanan perut bayi dan mengurut ke bawah seperti bentuk huruf ‘I’. Kemudian teruskan dengan huruf ‘L’ dengan meletakkan tangan pada perut bayi dan perlahan-lahan tolak ke arah kanan secara mendatar kemudian menuju ke bawah, mengikut arah dalam ke luar, seakan membentuk huruf ‘L’ terbalik.
Untuk huruf ‘U’, gerakannya seakan bentuk huruf ‘U’ terbalik, bermula daripada usus kecil menghala ke luar. Jadi, daripada ‘I’ ke ‘L’ ke ‘U’, gerakan urutan membantu mencipta gerakan menolak bagi membantu bayi menyahkan angin atau melegakan sembelit, tetapi kita harus sentiasa ingat bahawa ia perlu dilakukan secara lembut.
Lakukan empat hingga enam urutan ‘I Love You’ bagi setiap sesi untuk mendapatkan hasilnya, tetapi seperti gaya urutan lain, ia bergantung kepada reaksi si kecil, sama ada dia menerima urutan berkenaan.
Moga bermanfaat!
Copyrights 9Bulan10Hari jangan lupa SHARE! dapatkan http://ebook.9bulan10hari.com untuk pelbagai tips tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan dan penjagaan anak. Banyak tips-tips suami isteri dan nasihat dari 12 pakar bertauliah!