bunuh kuman
|

Rupanya Triclosan Tak Bunuh Kuman Saja, Tapi Dia ‘Bunuh’ Manusia Juga!

“Banyak bakteria ni bang… kita beli sabun antibakteria untuk anak anak kita ya bang”

Disebabkan banyak kes kes anak & kita sendiri mendapat jangkitan penyakit dari rakan atau orang sekeliling dengan mudah, so ramai yang memilih produk antibakteria dalam kegunaan harian.

Kita ingat sabun sabun atau produk produk ini dapat bunuh bakteria, rupanya dia bakal ‘bunuh’ kita sekali!

‘bunuh’ yang dimaksudkan di sini adalah kesan jangka panjang penggunaan bahan yang mengandungi triclosan ini.

Bahan kimia Triclosan perosak kesihatan manusia & alam sekitar.

4 Oktober lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa haramkan segala bahan antibakteria TRICLOSAN disebabkan bahan kimia tu boleh merosakkan kesihatan & alam sekitar. 

Triclosan ni adalah bahan yang ditambah dalam pelbagai produk pengguna bertujuan untuk kurangkan atau cegah pencemaran bakteria.

Menurut presiden CAP SM Mohamed Idris, pada asalnya triclosan ni digunakan pakar bedah sekitar 1970-an untuk mencuci tangan sebelum proses pembedahan.

Pun begitu, ia terus berkembang serta dikomersialkan dalam sabun, ubat gigi termasuk produk lain seperti pakaian, peralatan dapur, perabot dan alat mainan.

Lepas baca pendedahan ni, saya(penulis – Nazira Nazir) cuba cuba juga cari sabun mandi dirumah yang ada triclosan…… YA… MEMANG ADA… Sabun mandi anak saya ada triclosan! Allah…… dekat setahun guna jenama ni.


Mommy & daddy cepat cepat check…. ada tak kandungan triclosan dalam produk harian anda.

Kajian mendapati triclosan boleh menjejaskan pembelajaran dan memori, alahan serta melemahkan otot.

Ia juga boleh menjejaskan testosterone dan estrogen yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti :

  • Akil baligh awal
  • Sperma kurang berkualiti
  • Kemandulan
  • Obesiti dan kanser.

“Amerika Syarikat baru-baru ini sudah mengharamkan triclosan, malah 18 bahan antibakteria bagi mencuci tangan dan badan itu juga tidak mempunyai bukti saintifik lebih baik daripada sabun biasa atau mencegah bakteria serta penyakit tertentu,” katanya dalam sidang media di Pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri, Georgetown.

Beliau berkata, kajian dijalankan kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahan berkenaan boleh menembusi kulit dan salur darah, malah penyelidik sudah mengesan triclosan dalam air kencing daripada 75 peratus subjek yang diuji.

Menurutnya, bahan berkenaan turut dikesan dalam susu ibu, alam sekitar iaitu tanah, air dan ikan.

Katanya, tinjauan CAP turut menemui pelbagai produk yang mengandungi triclosan seperti sabun, ubat gigi, cucian tangan, gel mandian, syampu badan antibakteria bagi kanak-kanak serta pencuci lantai dan tandas.

Jelasnya, undang-undang Malaysia tidak mewajibkan pengeluar melabel kandungan bahan kimia dalam produk mereka menyebabkan pengguna sukar mengetahui kandungan triclosan atau bahan kimia lain yang memudaratkan ada digunakan.

pengguna
Image Soure : Pengguna.org.my

Dalam masa yang sama, CAP menyeru pihak berkuasa melarang pengeluaran, pengimportan, pengedaran dan penjualan produk yang mengandungi bahan kimia ini kerana ia mampu menjejaskan kesihatan dan alam sekitar.

Walaupun Triclosan adalah bahan yang meindungi diri dari bakteria… namun disebabkan kesannya yang lebih teruk, maka kita sebaiknya elakkannya.

Bagaimana pengguna nak melindungi diri dari bakteria kalau bukan dengan gunakan sabun yang ada kandungan triclosan? :

  • Cucilah tangan dengan baik.
  • Lap dengan tuala bersih.
  • Cucilah permainan kanak-kanak dengan kerap.
  • Mendidik anak mengenai cara mencuci tangan dengan betul.Tengok video ni, untuk lebih faham mengenai triclosan

Kredit foto : thechampatree
Sumber : HarianMetro

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *