melatih bayi tidur
| |

6 CARA MELATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA PAKSAAN! Paling Penting Kena Sabar & Konsisten.

Bukan mudah untuk melatih bayi tidur sendiri. Ada sesetengah bayi selagi kita tak masuk tidur, mana mahunya dia tidur sendiri. Sampaikan ada yang menangis kena paksa tidur, dia tetap aktif nak bermain dan berjaga walaupun ditengah malam.

Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur sendiri, melainkan bayi disusukan atau didodoi sebelum tertidur.

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

Proses Perkembangan Bayi

Waktu tidur adalah waktu penting tumbesaran bayi. Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita keliru bagaimana cara terbaik untuk tidurkan bayi.

Proses tumbesaran adalah antara fasa penting dalam kehidupan seorang bayi. Ia memerlukan persekitaran yang sesuai untuk mereka membesar secara semula jadi. 

Seperti proses pembelajaran yang lain, sebagai contoh merangkak. Jika anda sentiasa mendukung bayi, si manja tidak berpeluang untuk belajar merangkak.

Ini kerana hampir kebanyakan masa bayi tidak berada di lantai untuk membolehkan dia memahami cara melakukannya.

Sama jugalah keadaannya dengan tidur, sekiranya si kecil sudah terbiasa didodoi dengan buai, menggunakan alatan seperti puting tiruan atau disusukan sehingga terlelap. Si comel anda akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan untuk membantu dia tidur dengan mudah tanpa mengetahui cara menenangkan dirinya.

Jangan panik! baca dan fahamkan tip di bawah.

Foto Kredit: bandt.com.au

6 CARA MELATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA BANTUAN

  1. Terapkan Rutin Sejak Kecil

Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. Ada sesetengah ibu bapa, sering merungut anak mereka sukar untuk tidur malam. Semak semula jadual tidurnya dari kecil.

Jika anda sering membiasakan bayi untuk tidur lambat sejak kecil, contohnya sering membawa mereka berjalan-jalan hingga lewat malam, jangan terkejutlah kalau anak tidak mudah untuk tidur awal.

Dari kecil kita dah didik dia tidak ada rutin tidur yang tetap dan membiasakan anak tidur lewat.

Anda perlu tahu, bayi memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. 

Cara tidurkan bayi yang paling baik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari.

Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur. 

Foto Kredit: baby-magazine.co.uk

2. Bawa Anak Masuk Bilik Awal

Katakanlah waktu tidur anak pukul 9 malam, lepas isyak tu dah boleh bawa anak masuk bilik untuk tidur.

Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur. Sebelum tidur bacakan surah-surah yang baik seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al Falaq, Surah Annas, Ayat Kursi dan bacakan Surah Toha ayat 1-5.

Tiupkan ke ubun-ubun anak dan berdoa di hadapan mereka.

” Ya Allah jadikanlah anakku ini ( sebut nama anak) anak yang baik, yang soleh solehah, yang beramal, yang bijak pandai dan berbakti kepada orang tuanya. Lindungilah dia dan permudahkanlah segala urusanku untuk membesarkannya”

Selain itu, anda juga boleh membaca buku cerita kepada bayi anda. Bayi memerlukan suasana tenang untuk melelapkan mata.

Sebaiknya, elakkan sebarang gangguan seperti bunyi bising orang bercakap ataupun bunyi televisyen yang kuat.

Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.

Kredit Foto: raisingchildren.net.au

3. Hindar Segala Permainan/ Gajet Sebelum Tidur

2 jam sebelum tidur, hindari aktiviti melibatkan permainan atau gajet yang boleh membuat anak lebih teruja untuk berjaga. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas. 

Elakkan juga bergurau atau bermain dengan bayi secara keterlaluan.

4. Berhenti Gunakan Alatan

Untuk melatih anak tidur sendiri, elakkan menggunakan sebarang bantuan alatan seperti buaian dan puting tiruan untuk merangsang anak tidur.

Kalau tidak ada alatan ini, anak akan mengamuk dan tidak dapat belajar tidur sendiri. Anak akan bergantung sepenuhnya pada alatan. Jika kita dah terbiasa gunakan alatan tersebut, ianya mungkin agar sukar untuk dileraikan.

Tetapi tak salah anda mencuba. Pujuk anak dan cuba pisahkan perlahan-lahan. Bayi ni kita kena didik dari awal, bila hari-hari kita ajar dia, insyaAllah dia akan ikut cara kita.

Foto Kredit: snugbags.com

5. Kurangkan Tabiat Menyusu Ketika Tidur

Cara yang paling mudah dan paling cepat untuk memudahkan anak tidur. Sumbat susu, tepuk paha dia dah tertidur. Cara ini yang paling banyak ibu ayah buat untuk tidurkan anak.

Jangan risau, tiada salahnya. Cuma cara yang paling baik, susukan anak sebelum dia benar-benar nak tidur.

Apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur sendiri.

Elakkan anak menyusu sambil menghisap botol sehingga tertidur. Tabiat ini akan merosakkan gigi si manja yang sudah mula tumbuh gigi.

Foto Kredit: hopkinsmedicine.org

6. Ruang Tidur Yang Selesa

Semua orang mahukan keadaan yang selesa untuk merehatkan diri. Samalah dengan si manja anda.

Pastikan bilik anda tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Cahaya dalam bilik sedikit gelap dan pastikan katil anda bersih tanpa habuk.

Ruang tidur yang selesa dan tenang mampu membuatkan anak tidur dengan mudah.

INI DOA & AMALAN ZIKIR UNTUK BAYI YANG SUKAR TIDUR

Melatih Bayi Tidur Dengan Surah Al-Qadr

Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan Surah Al Qadr ini. Baca surah ini berulang kali, mohon kepada ALLAH supaya anak dapat tidur tanpa gangguan dan tenang hatinya. Tiup di ubun ubunnya. Ini antara doa berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek tak mahu tidur.

Ada ibu yang stres sebab tak tahu kenapa anak menangis. Ibu-ibu boleh basahkan lidah dengan zikir zikir ni hari-hari:

  • HasbiAllahwanikmalwakil.
  • LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim.
  • Astaghfirullahalazim.

Mohon kepada Allah agar anak kita dijauhkan dari gangguan ‘Ummu Sibyan’ dan perkara-perkara yang tidak baik.

Moga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *