Demam Panas
|

bahaya demam panas kepada bayi! 8 cara ini turunkan suhu anak dengan cepat.

Hati ibu mana yang tak risau bila si comel kesayangan tiba-tiba demam panas. Semua kerja tergendala sebab ibu perlu fokus pada anak. Bila anak tak sihat, sudah tentu dia nak ‘melekat’ je dengan ibunya. Rasa ketidakselesaan itu membuatkan si anak asyik meragam dan menangis je.

Kredit Photo: babycentre.co.uk

Paling merisaukan bila suhu badan anak tak turun-turun. Demam makin lama makin kuat. Anak asyik-asyik terjaga malam sebab nak tidur pun tak selesa dek kerana demam yang melanda. Dah bagi makan ubat 4 jam sekali, tapi demam anak tak kebah-kebah. Jika anak anda masih bayi bawah 2 tahun, pastikan anda tahu suhu normal badan anak anda.

Bagaimana Kita Nak Tahu Anak Kita Demam Atau Tak?

Cara untuk tahu bayi anda demam, ialah rasa panas dibahagian dahi, leher, belakang dan perut apabila disentuh. Bibir bayi akan jadi kering dan pipinya kemerahan.

Berapa Suhu Normal Bayi?

Suhu normal bayi apabila disukat melalui termometer, adalah diantara 3.6-37 darjah celsius. Suhu demam pula melebihi 38 darjah celsius.

Kredit Photo: pinterest.com

Ini Cara Menyukat Suhu Badan Bayi Dengan Tepat

Pastikan dekat rumah anda sudah tersedia termometer. Penting sangat termometer ni bila anak demam, kita boleh pantau suhu dibahagian ketiak, telinga, bawah lidah dan pada dahi.

Kredit Photo : babywise.life

CARA MENURUNKAN SUHU ANAK DENGAN CEPAT

  1. Beri Anak Ubat Demam.

Bila rasa badan anak panas, jangan tangguh-tangguh lagi beri ubat. Jangan beri ubat lama yang ada dalam peti ais. Beli di farmasi atau dapatkan rawatan di klinik. Beri anak ubat dalam sukatan yang tepat dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Tanggalkan Baju Anak.

Jangan pakaikan anak dengan pakaian tebal. Seeloknya pakaikan baju nipis atau biarkan dia pakai lampin sahaja. Biar haba tidak terkumpul dan suhu yang panas akan mudah turun.

Kredit Photo: childrenforchildren.org

3. Tuam Kepala, Leher, Ketiak & Badan Anak.

Rendamkan sekejap kain dalam air paip, kemudian tuam dan lap kepala dan badan anak. Jangan biarkan tuala lama di dahi. Tuam dengan kerap. Jika anak tak meragam, ajak dia pergi mandi.

4. Tak Payah Selimutkan Anak.

Kalau dulu zaman mak-mak kita, kalau anak demam, mereka selimutkan habis. Biar cepat berpeluh dan demam cepat kebah. Sebenarnya cara itu salah! ia akan menyebabkan suhu badan anak meningkat. Jadi tak payah selimutkan anak ya.

Demam Panas Akan Buat Bayi Rasa Lemah & Kehausan.

5. Bagi Anak Susu & Air Dengan Kerap.

Bila kita demam, tekak kita akan rasa kering dan kehausan. Begitulah juga dengan anak kita. Jika anak anda berusia 6 bulan ke bawah, susukan anak sekerap yang mungkin. Manakala jika anak 1 tahun ke atas, beri mereka minum air putih yang banyak. Ia membantu menggantikan cecair yang hilang dalam badan dan mengelakkan anak dari dehidrasi.

6. Jangan Lupa Beri Anak Makan.

Anak yang demam mungkin mereka akan mengalami hilang selera makan. Pujuk mereka makan supaya perut tak kosong. Buatkanlah bubur atau sup untuk anak makan. Lebihkan bawang putih dalam masakan. Ia akan membuatkan demam anak cepat baik. Kalau anak tak nak makan nasi, beri dia makan roti atau biskut. Sekurang-kurangnya anak ada tenaga.

Bila Bayi Demam Panas Dia Sangat Perlukan Ibu Ayahnya.

7. Jangan Biar Anak Tidur Sendirian.

Bila anak tak sihat, ibu ayah mesti kena teman anak tidur. Anda kena selalu pantau suhu badan anak. Tengok keadaan mereka samaada beransur pulih atau makin melarat. Jika demam anak terlalu teruk, jangan berlengah lagi. Terus saja ke hospital untuk mengelakkan anak kena sawan tarik.

8. Cuba Petua Tradisional Orang Lama.

Cuba lumurkan anak dengan air asam jawa. Sapukan pada dahi, leher, perut, badan dan celah paha. Ia mampu menyejukkan badan dan berjaya menurunkan suhu badan anak. Anda juga boleh cuba tuam anak dengan air daun dan bunga raya. Sapukan pada tempat yang panas dan lakukan dengan kerap.

Kredit Photo: mom.com

Bila Ibu Bapa Patut Risau Tentang Suhu Badan Bayi?

Ibu ayah perlu berhati-hati jika suhu badan bayi mencecah 38 darjah celsius untuk bayi di bawah 3 bulan. 39 darjah celsius untuk bayi berumur 3-6 bulan.

Anda perlu peka dengan tanda-tanda seperti menangis tanpa airmata, ubun-ubun cengkung @ berlekuk ke dalam, dehidrasi dan cirit-birit berlarutan.

Perhatikan juga tanda-tanda lain seperti timbul ruam, anak kena sawan tarik, sesak nafas dan kesukaran bayi untuk minum susu. Jika ada simptom ini, segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Bahaya Jika Bayi Kena Demam Panas.

Ibu Ayah Peka Dengan Sawan Ketika Anak Demam

Sawan demam atau disebut sebagai ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa.

Suhu badan anak yang terlalu panas boleh menyebabkan anak tak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Paling teruk ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.

Jangan Biar Anak Menangis Terlalu Lama. Demam Panas Boleh Mengakibatkan Kekejangan.

Punca Sawan Tarik

  • Demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi?
  • Ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media).
  • Pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
  • Cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan).
  • Cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap
  • Kekurangan oksigen dalam badan.
  • Kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
  • Menangis tanpa henti hingga kebiruan.
  • Tercekik sesuatu dalam mulut.
  • Genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.

Ibu ayah, kalau anak tak sihat, jangan lupa berdoa. Minta kepadaNYA agar anak diberi kesembuhan yang cepat dari segala penyakit. Boleh bacakan juga bacaan surah untuk anak demam ini.

Kredit Video: R7R Hati Jiwa

Sumber rujukan: Theasianparent & mingguanwanita

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *