8 Tips Untuk Suami Membantu Isteri melahirkan Anak Dengan Mudah
Musim PKP ni ramai suami tak dapat masuk dalam dewan bersalin untuk melihat isteri melahirkan anak. Nampaknya isteri terpaksa berjuang seorang diri untuk bersalin tanpa suami disisi. Para suami jangan frust ok? banyak cara anda boleh buat semasa isteri mengandung yang membolehkannya melahirkan anak dengan mudah.
9 TIPS UNTUK SUAMI MEMBANTU ISTERI MELAHIRKAN ANAK
#1- Carilah Apa Yang Isteri Mengidam
Pembawakan isteri ni macam-macam. Ada yang suka mengidam pelik-pelik, dan ada juga yang tidak mengalami alahan. Mengidam ini bukanlah satu penyakit mengada-ngada yang sengaja dibuat-buat. Contohnya isteri mengidam sesuatu makanan, usahakanlah sampai dapat. Dia berkehendak mungkin tekaknya loya dan mual dan hilang selera makan.
Bila isteri dapat apa yang diidamkan itu, barulah semangat nak berjuang dalam labour room!
#2- Bantu Isteri Indahkan Emosinya
Masa isteri muntah-muntah tu tolonglah urut belakang isteri, bantunya untuk kembali ok. Kesian dekat isteri.
Bawa isteri jalan-jalan, bahagiakan dia, cakap perkara-perkara baik dan tenangkan hatinya. Belikan makanan yang isteri suka, sama-sama tonton movie yang best dan kerapkanlah luah rasa cinta dan sayang tuan terhadap isteri. InsyaAllah moodnya akan bertambah best.
#3- Bawalah Isteri Berenang
Ya, berenang selamat dilakukan semasa ketiga-tiga trimester. Kebanyakan ahli fizikal bersetuju bahawa wanita hamil melakukan senaman adalah suatu yang bagus.
Bagaimana pun, sebelum membabitkan diri dalam aktiviti fizikal semasa hamil yang terbaik adalah berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Trimester I : Pada peringkat ini, berenang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Sesetengah wanita telah berasa lega daripada ‘morning sickness’ selepas berenang awal pagi.
Trimester II : Berenang boleh merehatkan dan cukup menyeronokkan. Apabila perut anda semakin membesar ia menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Berada di dalam air mewujudkan daya apungan yang membolehkan anda berasa lebih ringan.
Trimester III : tubuh anda menjadi tidak selesa. Sesetengahnya menunjukkan kaki bengkak, sakit belakang dan banyak lagi semasa peringkat kehamilan ini. Keselesaan semasa trimester terakhir ini adalah penting.
Berenang boleh memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan ketegangan otot. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika masuk dan keluar daripada kolam kerana permukaan mungkin tidak sekata atau licin.
#4- Urut Isteri (Sebaiknya Sebelum Tidur)
Urut isteri di bahu, bahagian belakang, pinggang dan kepala. Urutan jangan terlalu kuat, cukuplah sekadar menghilangkan lenguh dan melegakan. Masa nak urut tu minta isteri dalam keadaan relaks.
Berikut beberapa teknik mengurut isteri mengandung yang disyorkan buat suami.
1. Urut Lenguh
Mulakan dengan mengurut tengkuk isteri secara perlahan-lahan. Teruskan gerakan tersebut hingga ke bawah bahagian pinggang. Setelah itu, kembali ke leher dengan mengambil arah berlawanan dari tulang belakang. Setelah itu, lakukan gerakan dari luar ke dalam ketika mengurut kawasan tulang belakang.
2. Urut Belakang
Mengurut bahagian belakang boleh mengurangkan ketegangan pada kawasan tersebut. Caranya, tekan bahagian tulang di dasar tulang belakang dan pinggang dengan telapak tangan. Lakukan dengan lembut dan ulanginya urutan tersebut sampai ke bahagian pinggang.
3. Urut Kaki
Minta isteri berbaring atau duduk. Kemudian urut lembut bahagian luar kakinya. Ramas lembut sepanjang bahagian luar paha dan betis.
4. Urut Lutut
Anda boleh membantu isteri melakukan teknik urut yang boleh melegakan perutnya. Mintalah isteri anda berlutut di tempat tidur dengan bahu menyandar di kepala katil. Letakkan satu atau dua bantal di bawah lutut sebagai penopang. Lakukan gerakan ini selama beberapa minit.
5. Urut Tangan & Kaki
Mengurut kawasan tangan dan kaki boleh mengurangi pembengkakan. Tujuannya untuk melancarkan perjalan darah di jari-hari kaki, tangan dan pergelangan tangan. Pegang kaki isteri dan urut lembut dengan menggunakan ibu jari sementara dia berbaring.
#5- Berbuat Baik, Peluk, Sayang Dan Cintai Isteri Anda
Isteri kita tak pernah suka dan tak minta untuk lalui mood up dan down. Emosinya ketika hamil tak stabil disebabkan perubahan hormon. Pastikan kerap peluk, cium dan luahkan rasa sayang dan cinta tuan kepada isteri. Isteri dahaga perhatian anda.
#6- Ingatkan Isteri Buat Urutan Perineum
Semasa kandungan masuk minggu ke-34 ibu-ibu boleh cuba amalkan satu teknik urutan iaitu urutan perineum. pernah dengar tak? Mungkin ada ibu-ibu pernah dengar kan urutan perineum ni?
Pada yang pertama kali dengar dan tak tahu apa itu urutan perineum , urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.
Cara-Cara Urutan Perineum
- Pertama sekali mesti pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan dengan sabun dan bilas hingga bersih.
- Gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
- Duduk dalam keadaan mencangkung atau posisi yang selesa.
- Masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian sambil menekan kebawah sedikit, jangan terlalu kuat.
- Tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
- Lakukan setiap hari atau boleh juga selang sehari, Insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.
#7- Minta Maaf Pada Semua Orang
Bila kita selalu mudahkan urusan orang, InsyaAllah segala urusan kita dipermudahkan. Minta maaf dekat ahli keluarga terdekat terutama suami, ibu ayah, mentua, adik beradik, ipar duai, jiran dan kenalan rapat.
Bila kita maafkan orang, hati kita rasa lebih lapang dan bahagia. Hati kita pun jadi tak sakit. Orang akan selalu doakan yang baik-baik untuk kita.
#8- Suami Banyakkan Bersedekah
Setiap kali solat subuh, masukkan duit sekurang-kurangnya 1 ringgit dalam tabung. Cukup usia kandungan isteri 9bulan, sedekahkan kepada anak yatim atau fakir miskin. Minta mereka doakan kesejahteraan dan perlindungan buat anak isteri kita.
Selamat mencuba!