Perubahan Isteri Hamil
|

8 Perubahan Isteri Hamil Yang Suami Wajib Kena Tahu! Beri Perhatian Ya.

Bila isteri disahkan hamil tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan.

Lain kehamilan lain ragamnya, ada bakal ibu yang berdepan masalah kesihatan juga fizikal seperti kenaikan berat badan. Ada juga yang berdepan dengan perubahan emosi menakutkan ketika hamil.

Ada sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.

Samaada sedar atau tidak, isteri juga macam tak percaya ini dugaan yang mereka akan hadapi.

CHECKLIST 10 PERUBAHAN ISTERI HAMIL

  1. Payudara Mula Berubah Saiz

Payudara isteri mula sensetif, gatal dan sakit apabila pembuluh darah mula mengembang. Payudara akan menjadi gelap kerana peningkatan hormon estrogen dan progesteron, mula membengkak & besar.

Selain peningkatan hormon, payudara anda juga semakin membesar. Lapisan lemak di dalamnya menebal dan kelenjar susu serta darah bertambah. Perubahan ini, walaupun agak tidak menyenangkan, mempunyai tujuan yang penting. Inilah persediaan bagi payudara anda untuk menyusukan bayi.

Payudara anda mungkin membesar sepanjang kehamilan begitu cepat pada awal kehamilan, atau ia munkgin berlaku beransur-ansur apabila kehamilan meningkat. Ada juga wanita yang tidak melihat banyak perbezaan dari segi saiz payudara mereka sehinggalah penghujung kehamilan.

Apabila ini berlaku, perubahan saiz ini boleh jadi agak dramatik, terutamanya jika ini adalah kehamilan pertama anda. Ia mungkin naik beberapa saiz menjelang waktu anda melahirkan bayi. Jangan bimbang jika ini masih belum berlaku menjelang akhir kehamilan, kerana payudara anda akan membesar lagi setelah bayi lahir.

Anda mungkin perasan perubahan lain juga. Sesetengah wanita mendapati payudara mereka berdenyut atau rasa seperti sesemut apabila darah mengalir laju ke situ semasa melakukan seks.

2. Isteri Jadi Tak Stabil

Isteri mula berperang dengan pelbagai emosi yang tidak dijangka. Boleh jadi manja tiba-tiba, pemarah tanpa sengaja, sedih tak semena-mena dan merajuk tanpa punca. Inilah pembawakan budak orang kata.

Semua wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa sama berasa tertekan dan letih.

Situasi berkenaan bagaimanapun adalah normal kerana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon dalam badan si ibu. Ramai pakar perubatan berpendapat, perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan.

Ia akan berkurangan apabila memasuki trimester kedua dan ia akan hilang begitu saja ketika usia kandungan semakin menghampiri tempoh kelahiran.

Antara punca ibu sering kali stres kerana keletihan di tempat kerja, komitmen di rumah dan akibat pembesaran bayi di dalam rahimnya.

3. Kulit Kusam & Gelap

Kulit seakan berdaki. Celah leher, ketiak dan peha menjadi hitam.

Chloasma juga dikenali sebagai “topeng kehamilan”. Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.

Pakailah topi apabila anda keluar rumah. Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh, anda boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap. Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas anda bersalin.

Jangan panik ya, ini normal! ianya bersifat sementara.

4. Mudah Menjadi Pelupa!

Ramai ibu hamil yang mengadu, sejak hamil kerap pelupa. Ini dinamakan momnesia @ pregnancy brain yang mana tahap memori kita menurun disebabkan stres, kurang tidur dan tak cukup nutrisi.

Kajian telah menunjukkan bahawa otak anda mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil. Sesetengah bahagian otak bertambah besar semasa hamil, tetapi keseluruhan saiz otak anda berkurangan, dengan saiz yang terkecil menjelang bayi anda cukup bulan.

5. Keputihan Berlaku

Anda juga akan mengalami lelehan cecair berwarna putih @ jernih. Ianya berlaku sebab peningkatan hormon dan aliran darah ke vagina.

Jika warna keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan ia menandakan tiada jangkitan berlaku.

Keputihan yang tidak berbau dan tidak mengeras adalah normal tetapi sekiranya keputihan itu berbau hanyir dan mengeras bermakna ia adalah keputihan yang bermasalah. Seperti yang diterangkan, keputihan di faraj yang berwarna hijau atau kekuningan, berbau busuk, atau disertai dengan kemerahan atau gatal-gatal, adalah tanda-tanda anda mengalami jangkitan faraj.

Pastikan anda pakai pantyliner dan cuci vagina dengan bersih.

6. Tabiat Suka Mengunyah!

Perubahan Isteri Hamil

Ini antara hobi baru isteri ketika hamil. Jangan pelik kalau lepas makan nasi, dia makan kuih, makan biskut, makan coklat atau kunyah kacang. Isteri ni kadang-kadang mulut dia terasa pahit macam nak loya, sebab tu dia makan untuk hilangkan rasa mual tersebut.

Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.

Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung. Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.

Perlu diingat ya, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.

Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan. Ini kerana bagi ibu yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri. Ibu mula berselera makan dan makan apa sahaja tanpa memikirkan pertambahan berat badan mereka.

Jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk otak. Pertambahan kalori pada fasa ini hanyalah 200 kalori sahaja bersamaan dengan segelas susu atau enam biji badam.

Pertambahan kalori pada trimester ketiga hanyalah sekitar 470 kalori sehari atau bersamaan segelas jus, seketul ayam panggang dan sayur. Pastikan hidangan mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin yang lengkap kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan bayi.

Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan. Jika terasa ingin mengunyah, cari kekacang perisa asli, tidak bersalut coklat atau garam yang tinggi.

7. Kerap Sakit Pinggang!

Perubahan hormon akan menyebabkan sendi pinggul menjadi lebih longgar serta menjadikan ligamen di situ lebih fleksibel sebagai persediaan untuk proses bersalin. Apabila berlakunya perubahan ini, ianya akan menyebabkan wanita tersebut mengalami sakit pinggang kerana tidak biasa kepada perubahan tersebut dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Ini juga dikenali sebagai “symphysis pubis dysfunction” atau SPD.

Antara punca lain sakit pinggang semasa hamil kerana berat badan bertambah dengan mendadak dan kerap mengangkat objek berat atau bebanan berlebihan sewaktu mengandung.

Bila kandungan mula membesar, kekerapan ibu sakit pinggang akan terjadi. Ibu membawa bebanan 24 jam selama 9bulan10hari. Dek kerana kesakitan itu, ada ibu yg tidak dapat tidur waktu malam. Suami, tolonglah picit badan isteri.

8. Kurang Kalsium & Tenaga!

Menurut laman kesihatan WebMD, sekiranya ibu tidak mengambil cukup kalsium untuk memenuhi keperluan bayi anda yang sedang berkembang, badan ibu terpaksa ‘menggunakan’ kalsium dari tulang lalu mengurangkan jisim tulang hingga membuat ibu berisiko terkena osteoporosis.

Osteoporosis menyebabkan penipisan tulang secara dramatik, mengakibatkan tulang rapuh dan lemah yang mudah patah.

Maka sebab itulah kehamilan adalah tempoh yang amat kritikal bagi seorang wanita untuk mengambil lebih banyak kalsium.

Kalsium boleh didapati dalam pelbagai sumber makanan, termasuk susu dan produk tenusu, sayur-sayuran berdaun hijau seperti brokoli, kangkung, bayam, salmon, badam, biji bunga matahari dan sumber kekacang.

Semasa ibu hamil, kalsium dalam badan ibu akan turut dibekalkan kepada bayi bagi membantu perkembangan tulangnya.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Minumlah LAZZ SUSU KAMBING! segala kalsium, vitamin dan khasiat ada dalam susu yang sedap ini.

Ibu yang tak suka minum susu pun akan jatuh cinta bila menikmatinya. Jangan risau ya, rasanya tak muak dan tak hamis.

Tiada bau kambing langsung dan anda tidak akan muntah bila minum.

Foto kredit: lazz.my

KEBAIKAN LAZZ SUSU KAMBING KEPADA IBU HAMIL & KANDUNGAN

  1. Molekul lemak dalam Susu Kambing 9 kali ganda lebih halus berbanding susu lembu. Menjadikan ia lebih mudah dihadamkan dan diserap oleh tubuh. dan hampir kepada struktur susu ibu.
  2. Kajian dari RMIT Australia membuktikan fungsi prebiotik dalam susu kambing paling tinggi untuk tingkatkan imunisasi.
  3. Susu Kambing mengandungi nukleotida semulajadi yang hampi menyamai susu ibu
  4. Susu Kambing lebih rendah kandungan laktosa dan tidak menyebabkan sakit perut apabila diminum
  5. walaupun tidak ditambah gula tambahan, susu tetap mengandungi gula semulajadinya sendiri. Namun, gula semulajadi dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu. Menjadikannya pilihan sesuai untuk pengguna yang ada masalah kencing manis.
  6. Gabungan 3 mineral kalsium, potassium, & magnesium untuk memampatkan tulang dan menjadikan ciri susu bersifat ‘alkaline-forming’

Apa pun yang berlaku kepada isteri ketika hamil, suami silalah beri kerjasama yang baik dan beri perhatian lebih kepada mereka. Hargai isteri yang mengandung melahirkan, menyusukan dan membesarkan zuriat anda.

Sumber rujukan: Babycenter, HarianMetro, Doctoroncall.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *