Bersalin Czer
|

BERSALIN CZER BUKAN JALAN PINTAS UNTUK SENANG BERANAK! 5 Fakta Ini Ibu Perlu Tahu.

Kenapa boleh bersalin Czer? kau tak dapat rasa nikmat melahirkan anak macamtu.. tak payah susah-susah sakit meneran macam nak mati! tak perlu nak hadap sakit kontraksi macam nak terputus nyawa.. tak kena seluk berkali-kali.. tak payah nak tahan sakit lama-lama, tak payah kena jahit hidup-hidup.. tahu-tahu anak keluar je, senanglah hidup kau kan.

Bila dengar ada kawan-kawan atau sedara mara terdekat cakap macamni, panas je telinga dengar kan? salah ke kalau bersalin czer ni?

Betul ke bila wanita beranak normal nampak lebih ‘hebat’ dari wanita yang bersalin czer ni?

Macam-macam persoalan mula timbul dalam diri bila ada yang mempersoalkan dan suka membanding-bandingkan cara kita melahirkan anak.

SIAPA CAKAP BERSALIN CZER TAK SAKIT?

Setiap orang mengalami sakit yang berbeza. Tak kiralah beranak normal mahupun czer. misi utama tetap sama, bertarung nyawa nak selamatkan anak.

Ibu bersalin czer, sebelum dia diusung ke dewan bedah, 6 jam sebelum dah kena puasa, tak boleh makan apa-apa. Selepas semua siap di wad, dimasukkan pula wayar dipundi kencing. Rasa ngilu tau! dah kena cukur bulu segala dah pakai baju siap-siap, bermula detik cemas apabila ditolak ke Operation Theater (dewan bedah).

Waktu tu perasaannya bercampur baur. Takut, seram, sedih bercampur teruja. Suami sempat juga mengiring katil yang ditolak ke dewan bedah, mata hanya mampu memandang suami dan menggenggam tangannya sebelum melepaskan sejurus masuk ke dalam operation theatre.

Tak kisahlah itu kali pertama, kedua atau ketiga bersalin czer. Perasaan takut itu tetap ada. Dalam dewan bedah kita takda orang yang teman, melainkan bersalin di hospital swasta. Cuma yang ada doktor, pakar bius dan jururawat je dalam bilik sejuk tu.

5 FAKTA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IBU BERSALIN CZER

Kredit Photo: teachmeobgyn.com
  1. Sebelum dibedah, ibu akan dibius separuh badan atau bius penuh.

Ubat bius mampu menghentikan sementara rasa sakit sepanjang proses pembedahan. Ia dikenali sebagai Spinal Anesthesia. Ramai yang keliru antara spinal anesthesia dan epidural anaesthesia. Kedua-dua ubat bius ni mempunyai fungsi yang sama, ia bagi mengebaskan anggota dari pinggang ke bawah.

SPINAL ANAESTHESIA

  • Ubat bius dimasukkan ke dalam air tulang belakang. Spinal Anaesthesia kebiasaannya diberi bagi procedure seperti Caesarean, procedure melibatkan bahagian pinggang ke bawah.
  • Ia disuntik ke dalam cecair tulang belakang anda.
  • Ia lebih cepat memberi kesan serta-merta.

EPIDURAL ANAESTHESIA

  • Ubat bius dimasukkan ke dalam rongga epidural yang juga terletak di tulang belakang (epidural space)
  • Ia akan membuatkan anda berasa kebas atau juga menahan rasa sakit di beberapa kawasan badan anda.
  • Di dalam kes ibu yang bersalin, ia akan memberi kesan dari pinggang hingga kaki. Ia mengambil masa 10-20 minit untuk memberi kesan kebas tersebut.
  • Satu tiub kecil akan dibiarkan di tempat tersebut. Oleh itu jika anda memerlukan dos yang lebih lagi, ubatan hanya dimasukkan dengan terus melaluinya.

Pemilihan lokasi suntikan bergantung kepada kawasan yang hendak dibedah. Kemudian, sebelum memulakan pembedahan, tahap kekebasan kaki akan diuji dahulu bagi memastikan ubat bius bertindak sepenuhnya. Setelah dibius anda akan merasakan bahawa kaki amat berat atau seolah-olah macam lumpuh.

Kredit Photo: paulinasplechta.com

2. Ibu Bersalin Czer Serik Dan Trauma!

Jika ibu diberi pilihan, sudah tentulah kebanyakan wanita akan memilih untuk bersalin secara normal. Siapa yang tak berat hati untuk menandatangani surat persetujuan untuk dibedah? Sebab utama mereka bersetuju adalah untuk menyelamatkan anak yang mereka kandung, berbanding dirinya. Mereka tidak mahu ada apa-apa risiko yang melanda bayi mereka jika dia berdegil untuk bersalin normal. Pengorbanan bagaimana lagi yang anda hendak mahukan?

3. Sebelum Dibedah Mereka Juga Mengalami Sakit Kontraksi Yang Dasyat!

Jika ibu melalui proses elektif czer, mungkin ibu tak mengalami sakit kontraksi. Tetapi jika ibu melalui proses ’emergency czer’ sudah tentulah mereka juga bergelut sakit kontraksi yang teruk. Dia sudah mencuba sehabis baik, tapi tidak ada rezeki untuk bersalin normal . Contohnya bila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu-ibu juga melalui kesakitan yang sama seperti bersalin normal. Malah, ada yang telah di induce tapi masih juga tak ada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembedahan. Tak berganda ke sakitnya tu?

Kredit Photo: babycentre.co.uk

4. Buang Mind Set Kata Bersalin Czer Tak Sakit!

Ia bukanlah jalan pintas seperti mana yang difikirkan segelintir masyarakat. Hanya yang pernah melalui akan memahami keadaan ini. Selepas melahirkan anak, habis je bius selama 6 jam. Bermulalah episod sakit yang berpanjangan. Nak gerakkan kaki sikit pun rasa perut macam ditoreh-toreh.

Nak gerakkan badan pun rasa azab sangat! nak turun katil memang ambil masa yang lama. Berjalan perlahan-lahan sambil ampu perut untuk ke toilet. Setiap langkah menahan sakit yang sangat dasyat. Tapi nak cepat baik kena perlu banyak bergerak. Tak boleh manja sangat. Nanti makin lama duk hospital.

Ibu perlu tahu ni, ada juga ibu yang pening, loya dan muntah dari kesan bius yang mereka dapat.

Sebab tu, pesakit mesti kena baring sekurang-kurang 6jam selepas diberikan spinal. Bahaya kalau tak rehat selama 6 jam tu, apa yang akan terjadi pada mommy?

  • Anda boleh jatuh bila berjalan semasa kesan bius masih ada. Azabnya kalau jatuh.
  • Mengelakkan risiko sakit kepala kerana kesan cucukan di spinal space menyebabkan tekanan csf (cerebro spinal fluid) menjadi menurun. Penurunan tekanan ini menyebabkan sakit kepala.

Kredit Photo: healthline.com

5. Selepas Melahirkan Anak, Mereka Juga Menyusukan Anak!

Dalam keadaan sakit yang tak tertanggung, ibu gagahkan juga ambil dan pangku anak untuk susukan dia. Bila kita tengok wajah anak, rasa sakit tadi mulai kurang. Ibu perlu positif dan jangan stres. Mental dan fizikal kena kuat!

SILA JAGA LUKA BERSALIN CZER SEBAIK, 3 JENIS JANGKITAN YANG BOLEH BERLAKU KEPADA ANDA

Ibu yang bersalin secara pembedahan terdedah dengan pelbagai risiko. Antaranya mereka mudah terkena jangkitan kuman.

Menurut Babycenter, ibu akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan sebelum melalui pembedahan.

Walau bagaimanapun, kira-kira 8% daripada wanita yang menjalani pembedahan czer ini masih mendapat jangkitan selepas pembedahan.

3 jenis jangkitan yang boleh berlaku adalah:

  • Jangkitan pada bahagian luka – Tanda-tandanya adalah kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim) – Tanda-tandanya adalah pendarahan yang teruk, lendiran yang tidak normal dan berbau serta demam. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku sekiranya jangka masa air ketuban pecah adalah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya ibu menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan.
  • Jangkitan salur kencing – Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Antara risiko lain, ibu boleh kehilangan lebih banyak darah berbanding proses bersalin normal. Tubuh ibu mudah menggigil dan kesejukan.

Selepas pembedahan, ibu perlu banyak bergerak untuk mengelakkan gumpalan darah beku. Ianya boleh terbentuk di urat saraf bahagian kaki dan pelvik ibu.

Darah beku ini boleh bergerak dan menyumbat salur darah di peparu. Bahaya! Pulmonary Ebolism boleh menyerang bila-bila masa je.

Sebab tulah, ibu tak boleh stress dan buat kerja berat-berat. Luka masih baru dan bila-bila masa luka boleh terbuka semula.

Kredit Photo: womenscareofbeverlyhillsgroup.com

JAGA PEMAKANAN, KEBERSIHAN LUKA DAN REHAT SECUKUPNYA.

Kawal pemakanan anda ketika berpantang. Jangan ambil makanan-makanan yang boleh mendatangkan alahan pada luka. Kadang-kadang kita nampak luka luaran nampak elok, tapi dalaman kita tak tahu.

Rajin-rajin bersihkan luka, lap kering-kering dan anginkan bagi kering. Jangan sapu apa-apa ubat pada luka.

Jadi janganlah kita senang-senang label ibu yang bersalin czer ni lebih mudah, tak sakit dan saja mengelak dari bersalin normal.

Kita tak tahu apa yang mereka lalui, mungkin lebih dasyat dan sakit sebab dah lalui kontraksi dan induce sebelum kena emergency czer.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *