Ragam anak ni adakalanya buat ibu ayah geram dan marah, ada yang buat kita terhibur dan ada juga buat kita sampai tak tahu nak kata apa!
Bila anak dah lebih dari seorang ni, dugaan dan cabaran dia macam. Ada hari mereka baik saja, ada hari perangainya memang menguji kesabaran mak-mak.
Dulu kalau ada seorang anak, ibu sempat lagi ada masa untuk diri sendiri. Waktu anak tidur, ibu boleh masak dengan aman, boleh mandi dengan tenang, boleh makan dengan teratur dan boleh tidur tanpa gangguan.
Bila anak dua! ada dua ragam yang perlu ibu fahami, ibu turuti dan ibu santuni. Ragam anak adakalanya memang buat kita geram tapi seronok tengok telatah mereka yang bersahaja.
Sebagai ibu ayah, terutama para ibu, banyakkan bersabar dan ambil nafas dalam-dalam mengharunginya.
CHECKLIST 5 RAGAM ANAK BUAT KITA GERAM.
Seorang Kuat Menyakat, Seorang Suka Menangis!
Bergaduh Bila Orang Takda
Kalau kita tinggalkan mereka berdua bermain bersama-sama, pada mulanya elok saja. 10 minit kemudian dah dengar suara seorang menjerit, seorang lagi menangis sebab bergaduh rebut mainan. Kalau si abang tak mahu mengalah, adiknya pun sama naik. Adik pula suka rampas mainan si abang, abang pula tak boleh barangnya orang main. Mak nak buat kerja pun tergendala sebab nak redakan keadaan.
Maknya dari nada rendah boleh jadi nada tinggi. Jiran sebelah pun tak pelik dah sebab selalu sangat dengar maknya uji vokal setiap hari.
2. Seorang Buat, Seorang Lagi Mengikut.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Sorang Melompat Semua Melompat
Tengok abang @ kakaknya panjat sofa, adiknya pun ikut sekali. Seorang elok conteng buku, yang adiknya tak dapat buku, conteng dinding. Kalau dah ada ketua buat sepah dan tukang mengajar, mesti yang lain akan ikut sama. Barulah ade geng kan? kalau kena marah, sama-sama kena. Bila maknya marah, seorang menangis, semua ikut menangis sekali. Baiknya kejap aje. Lepastu sambung semula bermain macam biasa. Itulah ragam anak buat kita geram!
3. Seorang Tidur, Seorang Lagi Berjaga.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Suka Mengacau Adik Tidur
Mak baru lega adiknya dah tidur. Tapi abang @ kakaknya pula tak mahu tidur. Kita bukan risau apa, risau kalau yang sorang ni buat bising, yang sorang lagi akan terjaga. Apa yang paling menggeramkan, bila kita tinggalkan kejap, tengok-tengok abang @ kakaknya dah kejut adik bangun tidur. Masa tu rasanya darah mak dah naik sampai kepala. Baru nak menjamah makanan, adik dah nangis! turun naik nafas mak sebab menahan geram. Tapi kalau diingat balik sorang-sorang, rasa kelakar pula mengingat kembali momen tu.
4. Mak Baru Nak Rehat, Waktu Tulah Anak Buat Perangai.
Baru nak duduk berehat tiba-tiba anak lapar nak makan. Dah bagi makan semua, yang sorang ni pula tumpahkan air. Dah siap mop lantai semua, yang adiknya pula ‘berak’. Dah siap cuci najis tukar lampin semua, yang sorang ni pula buka baju nak mandi. Sabar jela maknya pun. Anak-anak tengah membesar memang macamni. Beginilah rutin ibu-ibu yang bergelar surirumah. Jangan ada yang kata surirumah banyak masa terluang di rumah ya. Mereka ni sibuknya dari pagi sampai ke malam. Tapi itulah kebahagiaan seorang ibu bila dapat tengok anak membesar depan mata.
5. Mencabar Bila Keluar Rumah Tanpa Suami.
Kalau nak keluar beli barang dapur atau barang harian, memang tak berani nak bawa kedua-dua anak tanpa ada suami yang bantu. Belum sempat beli barang, anak dah mula buat perangai. Sorang dah tarik baju kita ajak pergi tempat mainan. Adiknya pula dah menangis nak turun ‘stroller’ nak juga capai barang ada. Kalau nak belanja barang, memang kena tunggu suami. Kalau bawa dua anak sekali, alamatnya tak jadi apa.
Tapi itulah anak-anak kan, waktu kecil mereka memang agar mencabar sikit. Ada masa kita rasa penat sangat, ada masa kita tak cukup rehat dan tidur, ada masa kita rasa takda masa untuk diri sendiri. 6 tahun pertama ada anak, memang ibu-ibu kena jadi kental sikit. Sebab waktu ni anak sangat perlukan kita.
Bila mereka besar nanti, kita yang paling terasa. Rasa sunyi bila tengok ruang tamu yang dulunya tempat mereka bermain, buat sepah, melompat-lompat. Tengok baju anak masa dia kecil-kecil, kita cium baju tu buat kita rasa makin rindu.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Ibu Akan Cepat Penat & Stres.
Buat suami, hargai isteri seadanya. Tak kisahlah dia bekerja atau pun surirumah. Mereka telah berkorban banyak masa untuk anak-anak dan keluarga. Sesekali tu berilah isteri hadiah sebagai tanda penghargaan anda buatnya. Tak dapat bagi yang mahal-mahal, yang biasa-biasa pun jadilah, itu pun isteri dah bersyukur sangat. Kalau anda tolong dia buat kerja rumah, uruskan anak-anak dan selalu bawa isteri jalan-jalan, lagilah bertambah sayang isteri kepada anda.
Ingat ya!
Jangan lupa miliki ebook.9bulan10hari banyak informasi tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, penjagaan anak dan tips-tips dari 12 pakar hebat!
Awal April tahun ni, aku selamat lahirkan anak pertama kami. So aku pun macam biasalah nak tanam uri anak sendiri.. suami soleh kan… hehe.. Aku tanam ikut apa yang aku tahu… nenek aku pesan letak pensel & buku matematik sebab nanti anak aku pandai. So aku buat sebab taknaklah jadi cucu derhaka. Lepas aku dah…
5 KESAKITAN ISTERI SELEPAS BERSALIN. TAKE NOTE SUAMI! Ramai ibu trauma dengan kesakitan selepas bersalin. Melahirkan anak BUKAN MUDAH. Suami WAJIB ambil tahu tentang kesakitan yang mereka alami. Ramai wanita bersalin diuji dengan pelbagai kesakitan. Ada isteri yang mengharungi sakit sebelum bersalin berhari-hari. Ada juga yang melalui sakit berjam-jam lamanya, sampaikan terpaksa induce @ paksa…
Kenapalah dua tiga hari ni rasa tak sedap badan, rasa letih, rasa nak marah, tekak rasa mual, asyik nak ‘berangin’ je dengan suami! jangan-jangan ni tanda-tanda mengandung kot.. tapi period lambat lagi..” Setiap wanita tanda-tanda mengandung adalah berbeza-beza. Setiap bulan sudah tentu para isteri akan rasa berdebar-debar bila period lambat. Mereka meletakkan harapan yang tinggi…
Puasa ketika hamil… wajib atau tidak? Ada sebab Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika ingin berpuasa. Terpulang kepada ibu namun sebaiknya dapatkan dulu nasihat daripada doctor sebelum berpuasa. sabda Nabi SAW, إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ…
4 KESAKITAN ISTERI BERSALIN NORMAL! Kesakitan isteri melahirkan anak cukup luar biasa. Tak kisahlah samaada bersalin normal mahupun C-zer. Kedua-duanya mempunyai risiko yang bahaya kepada ibu dan anak. Jangan beza-bezakan siapa lebih sakit dan siapa lebih mudah. Saat ibu melahirkan anak, urat semua rasa tegang. Kontraksi datang buat airmata ibu bergenang, si ibu kesakitan sampai…
Saat-Saat Selepas Melahirkan Anak Punyalah papa excited nak sambut anak… tup tup papa yang pengsan dulu… sebab? mabuk darah Jadi standby artikel ini supaya ia mudahkan urusan selepas melahirkan anak ya… Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tak tahu apa proses…