tekanan darah tinggi
|

6 PETUA TRADISIONAL MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Bila hamil je mesti kena tekanan darah tinggi.. rasa sakit kepala tu berdenyut-denyut dari pagi sampai ke petang. Sampaikan nak buat kerja pun tak boleh. Dah tidur barulah rasa macam okay sikit. Ada petua tak nak atasi masalah tekanan darah tinggi ni?

Hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil adalah keadaan di mana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi paras normal.

Biasanya di klinik ibu akan melalui pemeriksaan tekanan darah tinggi. Jika bacaan tekanan darah 140/90 mm Hg, diambil dua kali, dalam masa sekurang-kurangnya 4 jam masih tinggi, maknanya ibu sedang menghadapi tekanan darah tinggi.

Terdapat empat penyakit yang diklasifikasikan di bawah HDP:

  1. Praeklampsia-eklampsia: Praeklampsia terjadi apabila hipertensi dikesan selepas 20 minggu kehamilan, diiringi proteinuria (protein berlebihan di dalam kencing) atau lain-lain tanda kerosakan organ multisistemik. Praeklampsia boleh melarat kepada eklampsia, iaitu serangan sawan atau fasa konvulsif gangguan ini dan boleh mengakibatkan komplikasi teruk, termasuk kematian.
  2. Hipertensi kronik: Masalah hipertensi yang sedia ada sebelum hamil atau yang dikesan sebelum minggu 20 kehamilan diklasifikasikan sebagai hipertensi kronik.
  3. Hipertensi kronik bertindih dengan praeklampsia: Wanita yang menghidap hipertensi yang sedia ada lebih berkemungkinan didiagnos menghidap praeklampsia. Dalam keadaan ini, tekanan darah akan menjadi lebih teruk dan tanda-tanda praeklampsia akan muncul semasa kehamilan.
  4. Hipertensi gestasi: Masalah ini terjadi apabila hipertensi dikesan selepas 20 minggu kehamilan, tetapi tiada tanda-tanda lain berkaitan praeklampsia seperti proteinuria.

Foto Kredit: drlenkliman.com.au

Siapa Yang Berisiko Mendapat Penyakit Tekanan Darah Tinggi?

  • Mempunyai berat badan berlebihan @ obesiti sebelum hamil.
  • Wanita yang menghidapi hypertension dan diabetes.
  • Pertama kali hamil.
  • Berusia kurang dari 20 tahun atau melebihi 40 tahun.
  • Mempunyai sejarah hypertension semasa kehamilan sebelum ini.
  • Kandungan kembar.

Tanda-tanda Ibu Mengalami Tekanan Darah Tinggi

  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit di tengah atau sebelah kanan, lazimnya di bahagian sebelah kiri tulang rusuk
  • Penglihatan kabur, hilang penglihatan sementara, atau sensitif pada cahaya
  • Mual atau muntah-muntah yang teruk
  • Sukar bernafas
  • Bengkak kaki atau tangan yang teruk
  • Kurang air kencing

Kemungkinan Komplikasi Yang Ibu Bakal Hadapi

  • Pengurangan aliran darah ke uri (placenta), mengakibatkan pertumbuhan terbantut, kurang berat lahir, atau kelahiran pramatang
  • Uri lekang, yang boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak
  • Kelahiran pramatang mungkin perlu dilakukan untuk mencegah komplikasi yang mengancam nyawa
  • Penyakit kardiovaskular di masa akan datang.

6 PETUA UNTUK MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Pelbagai petua tradisional daripada generasi terdahulu juga boleh dicuba. Cara ini lebih selamat kerana tidak melibatkan bahan kimia dan dadah.

  1. Ambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.
  2. Batang saderi juga boleh menurunkan tekanan darah. Ambil sebagai snek atau ulam. Kisar empat batang saderi dengan sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.
  3. Minum air kelapa dalam kuantiti sederhana (satu hingga dua gelas) setiap hari. Ia boleh bertindak meredakan tekanan darah tinggi. Tetapi elakkan air kelapa pada trimester pertama untuk mengelakkan keguguran.
  4. Jus ekstrak delima boleh menurunkan tekanan darah. Ambil dalam kuantiti kecil.
  5. Buat mereka beragama Islam, amalan membaca al-Quran setiap hari berupaya mengurangkan tekanan darah. Jika terdapat kekangan masa, dengarkan bacaan al-Quran menggunakan telefon pintar atau ketika bekerja dan memandu.
  6. Madu juga memiliki kesan melenturkan pembuluh darah dan membantu mengurangi tekanan darah dari jantung. Minum satu atau dua sudu makan madu semasa perut kosong. Elakkan petua ini jika ibu mempunyai diabetes.
Foto Kredit: verywellfamily.com

IBU PERLU BANYAK BEREHAT, KAWAL PEMAKANAN DAN JANGAN STRES

Ibu hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, seeloknya amalkan gaya hidup yang sihat dan makan makanan yang seimbang. Kurangkan masin, manis, berlemak dan makanan segera dalam hidangan anda.

Banyakkan minum air kosong dan makan buah-buahan serta sayuran hijau. Dapatkan rehat yang cukup untuk membolehkan fikiran anda dalam keadaan tenang dan relaks. Jangan stres dan kawal emosi.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

TIPS BUAT SUAMI

  • Berilah sokongan kepada isteri agar dia berasa lebih bahagia dan kuat mengharungi segala cabaran ketika hamil.
  • Peluk & manjakan isteri. Dengan cara ini ia mampu melegakan perasaannya.
  • Belaian manja dari suami mampu membuatkan seorang isteri lebih kuat melalui tempoh kehamilan & kelahirannya.
  • Jangan ambil mudah Hypertension terhadap isteri ini. Ia boleh membuatkan isteri anda lebih stress dan berdepan tempoh kehamilan & kelahiran yang susah.
  • Beri kata kata semangat. Siapa tahu dengan nasihat dari suami akan membuatkan isteri anda melalui hypertension ini without any problem.

Moga bermanfaat!

Sumber rujukan: sinarharian & mypositiveparenting.org

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *