Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Raut Diwajah Isteri Nampak Suram & Letih.
Realiti hidup seorang ibu mengandung memang macamni.
Kadang-kadang cepat rasa lapar. Kadang-kadang cepat terasa hati. Kadang-kadang mengidam itu ini. Kadang-kadang mudah penat. Kadang-kadang aktif semacam. Kadang-kadang rasa bahang yang amat. Kadang-kadang sukar lena malam. Kadang-kadang sakit pinggang datang menyerang. Kadang-kadang rindu suami macam dah gila bayang. Kadang-kadang mengantuk memanjang.
Ada ibu yang mengadu, dia kata kalau dia asyik berehat je, nanti orang kata dia pemalas. Suka duduk saja-saja, orang lain mengandung ok je. Jangan dengar cakap orang, mereka tak berada di tempat kita. Mereka tak alami apa yang kita rasa.
Pentingkan diri sendiri dulu sebelum fikirkan orang lain. Yang menanggungnya nanti kita, bukan mereka. Tak semua orang boleh faham apa yang kita lalui.
Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Ibu Lebih Suka Menyendiri.
TANDA IBU HAMIL KEPENATAN!
Kerap pening kepala dan suka menyendiri.
Sangat beremosi walaupun dalam perkara-perkara remeh.
Berat badan naik sebab stres. Ada ibu yang suka makan bila stres, dan ada ibu yang badan susut sebab hilang selera makan.
Kerap mengadu sakit pinggang, sakit bahu dan sakit kaki.
Muka pucat, lesu dan tak bermaya.
Ibu hamil selalu kata dirinya OK, sedangkan dia sedang ‘tenat’. Kalau tak larat, jangan paksa diri buat macam tak ada apa. Sedangkan diri sendiri memang dah larat dan tak kuat. Jangan minta bayi dalam kandungan bertahan untuk kita. Kalau kita jatuh sakit, bayi juga akan mengalami kesannya.
Bila otak minta rehat, teruslah berehat jangan tangguh-tangguh. Kita tak tahu sejauh mana tahap ketahanan badan kita.
Jadikan kisah Puan Aliaa Yusof sebagai pengajaran buat semua ibu mengandung. Dia yang pada ketika itu mengandung pada usia kandungan 33 minggu. Dia yang menyedari kandungan tidak bergerak seperti biasa dan telah membuat pemeriksaan jantung bayi sangat lemah dan bayi seolah-olah penat sangat.
Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Puan Aliaa Yusof.
BABY TAK GERAK DALAM PERUT SEPERTI BIASA.
Inilah yang jadi pada kakya semalam, yang buat kakya dan husband bergegas ke emergency tengah malam buta. Bermulanya tengah hari tu kakya ada sesak nafas, lepas tu okay balik.
Bila dah okay semula kakya ke dapur masak, siaplah sejenis lauk. Lepas tu rasa penat sangat. Jadi lepas masak tu rehat terus dalam bilik, sampai ke petang.
Bila petang rasa lain, tertanya dalam hati kenapa baby ni tak gerak macam selalu? Takde gerakan yang kuat, sesekali dia gerak tu pun sangatla perlahan. Masa tu berbaik sangka lagi, fikir mungkin dia tidur.
Dah sampai waktu malam, lepas waktu berbuka nak solat maghrib. Masih lagi takde rasa gerakan, masa tu dah pelik. Selalunya masa maghrib ke atas, dia punya gerakan sangat aktif. Sampai timbul nampak perut tu bergerak ke kanan ke kiri.
Mula Rasa Panik Dan Takut Bila Takda Gerakan.
Lepas je terawih bagitahu suami pasal baby, masa tu badan pun rasa penat nak tidur je. Bila baring, memang ketara sangat takde gerakan seperti biasa. Mula rasa takut, cemas semua ada.
Cuba nak pejam mata, suami pulak duk google itu ini, lepas tu dia kejut. Dia nak pegang perut, cari gerakan baby kot ada. Memang 10 minit dia pegang langsung takde gerakan, kebiasaannya bila suami pegang dan bercakap dengan dia mesti baby bertindak balas.
Masa tu suami suruh bersiap, nak bawa ke hospital. Tak boleh nak tunggu dah. Takut jadi pape pada baby, tapi Aira pulak tengah nyenyak tidur. Suami kol adik dan mintak tolong dia datang dan jagakan Aira sementara kami ke hospital.
Sampai je bahagian kecemasan, bagitahu nurse saya datang ni sebab baby tak gerak. Dia tanya dari bila tak gerak, kakya jawab seingat saya dia gerak last pun petang.
Terkejut nurse, terus dia panggil doktor, kakya pun terus di bawa ke bilik rawatan luar (kabin luar sebab musim covidkan dia punya prosedur agak ketat di kpj).
Gambar Hiasan
Jantung Bayi Semakin Lemah, Baby Terlalu Penat.
Soal jawab bab covid semua, lepas tu check tekanan darah, dan mesin ctg pun dibawa turun (sebab kakya tak buat test covid lagi, jadi tak boleh dibawa ke tempat yang sepatutnya).
30 minit pertama dia pasang ctg, nurse kata, denyutan jantung baby sangat lemah. Baby macam terlalu penat. Masa tu rasa nak nangis tapi positif, sebab kalau kita stress nanti baby pun akan stress.
Lepas tu alhamdulillah denyutan jantung baby dah kembali normal, nurse tanya kakya puan ada buat kerja berat ke? Kakya jawab saya kat rumah kerja saya hanya masak je, lain semua suami buat.
Nampaknya lepas ni Puan masak pun tak boleh, condition badan puan tak mengizinkan Puan untuk masak. Bagi sesetengah orang, masak adalah kerja ringan tapi bukan untuk puan.
Cabaran Setiap Ibu Berbeza.
Kakya bagitahu dia cubaan berpuasa setiap hari walaupun hakikatnya dapat setengah hari je, nurse kata tak boleh Puan. Badan Puan kena ada nutrisi yang cukup, Puan kena banyak minum air supaya baby pun dapat keperluan yang diperlukan. Makan macam biasa, jangan skip sarapan.
Setiap ibu mengandung akan mengalami pengalaman dan alahan yang berbeza. Untuk situasi Puan, memang kena rehat sepenuhnya jangan buat kerja kalau boleh mintak suami bantu.
Lepas tu kakya dinasihatkan jika baby tak bergerak dua jam, sila ke hospital dengan segera. Jangan bertangguh, sebab ada kes baby dua jam tak gerak rupanya baby dah meninggal dalam perut. Tak sempat nak diselamatkan.
Gambar Hiasan
Jangan Paksa Diri Kalau Penat.
Jadi kesimpulannya disini, ibu mengandung tolong ambil tahu bab condition badan masing-masing dan alert bab pergerakan baby. Bila kita penat, automatik baby dalam perut juga penat. Jadi jangan paksa diri, walau kadang ko rasa kerja tu mudah je sebab kandungan sebelum ni ko handal buat kerja.
Kedua bab puasa, tanya doktor dulu jika nak cuba berpuasa. Kalau tak mampu jangan paksa, kita ada ruksah bab berpuasa ni. Kita bukan sengaja ponteng puasa, kita sedang berjuang membesarkan satu nyawa dalam perut ni. Jangan asbab taksub taknak tinggal puasa, kita bahayakan nyawa yang tak berdosa.
Bab solat pulak, kalau tak mampu solat berdiri solat duduk je, asalkan kita solat. Macam situasi kakya dari 7 bulan kakya memang solat duduk, sebab bila solat berdiri kakya nak tumbang, dengan kena sesak nafas lagi.
Apapun buat mana yang mampu, tak mampu puasa kita masih boleh mengaji, tak mampu nak terawih banyak kita buat sikit. Bersedekah pun amalan yang boleh kita buat, insyaAllah semoga kita dipermudahkan segala urusan semasa hamil dan semasa bersalin nanti.
Boleh share pada ibu mengandung lain jika bermanfaat.
*suami ambik gambar, aku ingat apasal la dia tetiba muncul depan pintu tu.
Hehe… ini adalah dialog ibu hamil kalau terlalu obses dengan sesuatu yang dia nak walaupun bau ketika.. hehe….. ini namanya MENGIDAM.. Maybe ada yang rasa nak termuntah bila bercakap pasal ketiak ni… tapi percayalah inilah realiti… Kenapa macam tu? Penerimaan roh baru ketika tempoh kehamilan 4 bulan akan banyak mengubah pemikiran dan kehendak seseorang ibu…
Assalamualaikum kak. Semoga kisah saya ini dijadikan teladan. Saya Lisa, berpantang anak kedua, anak pertama saya berusia 5 tahun, lelaki. Suami saya buat business online. Jadi dia sentiasa ada di rumah. Yang sedihnya, semua kerja rumah saya yang terpaksa uruskan. Suami saya marah kalau saya tak masak untuk dia. Suami saya tengking kalau saya cakap…
Ramai yang tak tahu mengenai cyst & tak percaya dengan bahayanya bila ada cyst ni. Cyst bukan saja boleh buatkan seseorang wanita yang menghidapinya loya & muntah seolah olah hamil, bahkan cyst boleh membawa maut kepada bayi dalam kandungan. Saya post kisah ini bukan dengan tujuan menakutkan mommy, namun dengan niat untuk beri kesedaran tentang…
Assalamualaikum sis. Hehe.. rupanya bila mengandung ni memang kita akan kerap masuk toilet ye. Kejap kejap rasa nak membuang, saya pun pecutlah lari masuk toilet, tup tup keluar sikit je… dalam sejam tu 2 kali masuk toilet sampai kawan kawan office dah tahu dah kalau saya takde kat meja tu saya mesti kat toilet. hihi……
Ala…. wajibke mandi mandi air herba ni… mandi je pun.. water heater kan ada…. Hehe…. ni antara dialog ibu muda lah ni yang tak biasa tahu pasal ada berpantang orang Melayu lama… Baik… Banyak kelebihan dari mandian air herba ni. Percaya atau tak, orang orang dulu sihat & ‘dara’ sampai ke tua sebab ikut amalan…
Ada orang suka tanya soalan soalan pelik masa beraya…. Jangan sakitkan hati sesiapa tetapi jadikanlah masa berkumpul sesama keluarga ini untuk mengeratkan silaturrahim… 1. Jangan sesekali sentuh perut isteri isteri yang dah kahwin & siap tanya “tak berisi lagi ke…” “Kenapa lambat sangat ni” & sebagainya. Takut nanti bila terkena dengan anak cucu sendiri…. Kifarah…