Ragam anak ni adakalanya buat ibu ayah geram dan marah, ada yang buat kita terhibur dan ada juga buat kita sampai tak tahu nak kata apa!
Bila anak dah lebih dari seorang ni, dugaan dan cabaran dia macam. Ada hari mereka baik saja, ada hari perangainya memang menguji kesabaran mak-mak.
Dulu kalau ada seorang anak, ibu sempat lagi ada masa untuk diri sendiri. Waktu anak tidur, ibu boleh masak dengan aman, boleh mandi dengan tenang, boleh makan dengan teratur dan boleh tidur tanpa gangguan.
Bila anak dua! ada dua ragam yang perlu ibu fahami, ibu turuti dan ibu santuni. Ragam anak adakalanya memang buat kita geram tapi seronok tengok telatah mereka yang bersahaja.
Sebagai ibu ayah, terutama para ibu, banyakkan bersabar dan ambil nafas dalam-dalam mengharunginya.
CHECKLIST 5 RAGAM ANAK BUAT KITA GERAM.
Seorang Kuat Menyakat, Seorang Suka Menangis!
Bergaduh Bila Orang Takda
Kalau kita tinggalkan mereka berdua bermain bersama-sama, pada mulanya elok saja. 10 minit kemudian dah dengar suara seorang menjerit, seorang lagi menangis sebab bergaduh rebut mainan. Kalau si abang tak mahu mengalah, adiknya pun sama naik. Adik pula suka rampas mainan si abang, abang pula tak boleh barangnya orang main. Mak nak buat kerja pun tergendala sebab nak redakan keadaan.
Maknya dari nada rendah boleh jadi nada tinggi. Jiran sebelah pun tak pelik dah sebab selalu sangat dengar maknya uji vokal setiap hari.
2. Seorang Buat, Seorang Lagi Mengikut.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Sorang Melompat Semua Melompat
Tengok abang @ kakaknya panjat sofa, adiknya pun ikut sekali. Seorang elok conteng buku, yang adiknya tak dapat buku, conteng dinding. Kalau dah ada ketua buat sepah dan tukang mengajar, mesti yang lain akan ikut sama. Barulah ade geng kan? kalau kena marah, sama-sama kena. Bila maknya marah, seorang menangis, semua ikut menangis sekali. Baiknya kejap aje. Lepastu sambung semula bermain macam biasa. Itulah ragam anak buat kita geram!
3. Seorang Tidur, Seorang Lagi Berjaga.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Suka Mengacau Adik Tidur
Mak baru lega adiknya dah tidur. Tapi abang @ kakaknya pula tak mahu tidur. Kita bukan risau apa, risau kalau yang sorang ni buat bising, yang sorang lagi akan terjaga. Apa yang paling menggeramkan, bila kita tinggalkan kejap, tengok-tengok abang @ kakaknya dah kejut adik bangun tidur. Masa tu rasanya darah mak dah naik sampai kepala. Baru nak menjamah makanan, adik dah nangis! turun naik nafas mak sebab menahan geram. Tapi kalau diingat balik sorang-sorang, rasa kelakar pula mengingat kembali momen tu.
4. Mak Baru Nak Rehat, Waktu Tulah Anak Buat Perangai.
Baru nak duduk berehat tiba-tiba anak lapar nak makan. Dah bagi makan semua, yang sorang ni pula tumpahkan air. Dah siap mop lantai semua, yang adiknya pula ‘berak’. Dah siap cuci najis tukar lampin semua, yang sorang ni pula buka baju nak mandi. Sabar jela maknya pun. Anak-anak tengah membesar memang macamni. Beginilah rutin ibu-ibu yang bergelar surirumah. Jangan ada yang kata surirumah banyak masa terluang di rumah ya. Mereka ni sibuknya dari pagi sampai ke malam. Tapi itulah kebahagiaan seorang ibu bila dapat tengok anak membesar depan mata.
5. Mencabar Bila Keluar Rumah Tanpa Suami.
Kalau nak keluar beli barang dapur atau barang harian, memang tak berani nak bawa kedua-dua anak tanpa ada suami yang bantu. Belum sempat beli barang, anak dah mula buat perangai. Sorang dah tarik baju kita ajak pergi tempat mainan. Adiknya pula dah menangis nak turun ‘stroller’ nak juga capai barang ada. Kalau nak belanja barang, memang kena tunggu suami. Kalau bawa dua anak sekali, alamatnya tak jadi apa.
Tapi itulah anak-anak kan, waktu kecil mereka memang agar mencabar sikit. Ada masa kita rasa penat sangat, ada masa kita tak cukup rehat dan tidur, ada masa kita rasa takda masa untuk diri sendiri. 6 tahun pertama ada anak, memang ibu-ibu kena jadi kental sikit. Sebab waktu ni anak sangat perlukan kita.
Bila mereka besar nanti, kita yang paling terasa. Rasa sunyi bila tengok ruang tamu yang dulunya tempat mereka bermain, buat sepah, melompat-lompat. Tengok baju anak masa dia kecil-kecil, kita cium baju tu buat kita rasa makin rindu.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Ibu Akan Cepat Penat & Stres.
Buat suami, hargai isteri seadanya. Tak kisahlah dia bekerja atau pun surirumah. Mereka telah berkorban banyak masa untuk anak-anak dan keluarga. Sesekali tu berilah isteri hadiah sebagai tanda penghargaan anda buatnya. Tak dapat bagi yang mahal-mahal, yang biasa-biasa pun jadilah, itu pun isteri dah bersyukur sangat. Kalau anda tolong dia buat kerja rumah, uruskan anak-anak dan selalu bawa isteri jalan-jalan, lagilah bertambah sayang isteri kepada anda.
Ingat ya!
Jangan lupa miliki ebook.9bulan10hari banyak informasi tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, penjagaan anak dan tips-tips dari 12 pakar hebat!
Ramai yang tak tahu mengenai cyst & tak percaya dengan bahayanya bila ada cyst ni. Cyst bukan saja boleh buatkan seseorang wanita yang menghidapinya loya & muntah seolah olah hamil, bahkan cyst boleh membawa maut kepada bayi dalam kandungan. Saya post kisah ini bukan dengan tujuan menakutkan mommy, namun dengan niat untuk beri kesedaran tentang…
Buat suami yang isteri tengah hamil…. boleh dah bersedia dengan CCTV…. patau apa yang isteri makan…. hihi… Ini antara kisah comel ibu hamil yang boleh buat suami rasa geram… Ini #kisahbenar walalaupun #pelik mommy Eza… Assalamualaikum 9bulan10hari. Masa saya mengandung anak pertama dulu.. saya betul betul teringin nak makan sabun.. Sabun? Ye sabun.. Kalau masuk mana mana kedai, tempat…
#kisahbenar MAIN ACI SEMBUNYI DENGAN DOCTOR… hehe Salam 9bulan10hari… tak tahu nak mula dari mana cerita ni.. bila ingat rasa kelakar… apapun.. tolonglah rahsiakan identiti saya… Alkisahnya bulan May aritu kan sis ada share pasal Pap Smear… saya memang tak tahu pasal tu… walaupun dah 2 orang anak ni…. maybe terlepas pandang…. Lepas sis ceritakan…
Perasan tak kadang-kadang kita ternampak ada budak berlari sana sini, tak tahu duduk dia walau seminit pun, menjerit-jerit, rasa geram pun ada jugak kan? anak aktif macam ni normal ke? Dalam hati tu rasa nak je marah anak itu, tapi bila situasi ini terjadi pada anak kita, barulah kita percaya dan faham apa yang ibu…
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Kenapalah anak aku ni asyik nak menangis je.. susukan tak nak, tidurkan dia tidur kejap-kejap je.. air liur asyik meleler je! Kerap meragam, kerap menangis, air liur meleler, hilang selera makan dan sering terjaga waktu malam antara 10 tanda-tanda bayi tumbuh gigi. Menurut babycenter.com.my proses pertumbuhan gigi adalah proses yang…
Perkara ini bukanlah satu isu baru. Memang ada pun ibu ayah yang beri anak minum kopi atau teh kepada anak bawah 5 tahun. Dengan alasan, “alaaa beri sikit je pun, bukan banyak”. Mungkin ada diantara ibu bapa yang tak tahu apa kesannya kopi dan teh kepada anak kecil. Apabila minum teh atau kopi, mereka akan…