5 Tanda Isteri Nak Bersalin! Suami, Tolong Buat Persediaan Awal.

Tanda Isteri Nak Bersalin

Abang bangun! perut saya rasa mengeras semacam ni. Risau ayang bang.. Eh ini ke tanda isteri nak bersalin? ayang jom cepat ke hospital.. awak dah nak bersalin ni.

Jangan cemas tak tentu pasal ya ibu-ibu. Rasa mengeras itu dipanggil braxton hicks. Ianya terjadi bila rahim menegang dan kemudiannya ia akan relaks. Jika berlaku kontraksi, itu merupakan tanda nak bersalin. Tapi kalau perut mengeras waktu akhir-akhir kehamilan itu adalah normal, rasa dia macam contraction manja-manja je.

Sebab tu pentingnya suami isteri kena tahu tanda-tanda nak bersalin untuk memudahkan anda membuat persiapan untuk ke hospital. Terutama kepada bakal ibu ayah yang baru pertama kali nak menimang cahayamata.

Kalau nak cemas tu boleh, tapi bukan sekarang! kenali dulu hint-hint nak bersalin.

Tanda Isteri Nak Bersalin
 Sakit Kontraksi Buat Ibu Trauma Nak Mengandung Lagi.

5 TANDA ISTERI NAK BERSALIN.

  1. Sakit Kontraksi Yang Sangat Dasyat!

Hanya ibu yang pernah mengalaminya akan mengiyakan kesakitan ini. Bukan nak menakutkan sesiapa, tapi inilah realitinya. Bila ibu dah sedia untuk nak bersalin, kontraksi akan datang makin lama dan makin kerap.

Sila rekodkan dari mula ia datang, tempoh masa kekerapan dan dalam skala berapa kesakitan yang ibu rasa. Biasanya bila ibu benar-benar nak bersalin, ia akan datang dua jam sekali, diikuti sejam sekali, lepastu setengah jam sekali dan seterusnya sepuluh minit, lima minit dan 2 minit sekali.

2. Dah Mula Keluar Tanda.

Mukus yang tutup pangkal rahim akan keluar. Warna mukus ini seakan-akan merah pink dan berlendir. Kalau isteri mengalami banyak pendarahan selepas itu, segeralah bawa isteri ke hospital. Bila isteri dah nak bersalin, mukus ini adalah petanda penting yang sudah sampai masa isteri nak melahirkan anak.

3. Rasa Sakit Pinggang Yang Semakin Kuat.

Waktu ni ibu dah rasa tak senang duduk dah. Berdiri serba salah, baring rasa tak best, duduk pun rasa sakit, semuanya serba tak kena. Dia punya sakit tu dari kawasan perut membawa kepada pinggang dan tulang belakang. Rasa mencucuk-cucuk dibahagian peranakan. Rahim macam rasa nak meletup. Tak boleh nak digambarkan sakitnya tu.

Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai dengan rasa kejang seolah-olah macam senggugut.

Tanda Isteri Nak Bersalin
Gambar Hiasan
4. Rasa Macam Nak Buang Air Besar Tapi Bukan!

Jangan salah meneran pula ya! rasa nak bersalin seakan sama macam kita nak membuang air besar. Ramai ibu yang keliru dan minta kebenaran jururawat untuk ke tandas untuk buang air besar. Jika anda tak yakin untuk ke tandas, lebih baik elakkan. Takut-takut nanti kepala bayi yang keluar pula.

5. Pecah Air Ketuban.

Menurut babycenter.com.my air ketuban pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda.

Cecair amnion adalah hampir jernih dengan sedikit kekuningan, dan ada kemungkinan terdapat sedikit darah. Baunya juga berbeza daripada air kencing.

Jika doktor berpendapat anda mengalami kekoyakan, beliau akan menasihatkan anda supaya tinggal di hospital supaya anda dan bayi boleh dipantau dengan teliti.

Doktor juga akan memeriksa laluan untuk bersalin, jika laluan sudah terbuka melebihi 4cm anda akan terus dimasukkan ke dewan bersalin.

Tanda Isteri Nak Bersalin
Kredit Photo: Bukaan.moment

TIPS BUAT SUAMI JIKA ISTERI KELUAR TANDA NAK BERSALIN.

  • Pastikan dah dekat-dekat tarikh due isteri, jangan keluar outstation dan jangan balik kerja lambat. Jangan biarkan isteri serorang diri di rumah.
  • Buat persiapan awal untuk keperluan isteri bersalin dan bayi di hospital. Pastikan dah siap kemas segala kelengkapan dan dokumen-dokumen penting untuk daftar masuk hospital.
  • Bila isteri dah mula sakit nak bersalin, jangan panik! anda akan membuatkan isteri bertambah panik dan takut. Anda perlu bertenang dan tenangkan isteri.
  • Sebelum pergi berjuang, buatkan isteri milo panas atau roti untuk isteri makan sebelum melahirkan anak. Sediakan kurma dan air masak untuk isteri minum. Isteri perlukan tenaga untuk meneran.
  • Doakan yang baik-baik buat isteri. Jangan nak main telefon je. Pegang tangan isteri dan urut dibahagian pinggangnya yang sakit. Ceritakan pada isteri momen yang indah sahaja.

Moga bermanfaat!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

3 Comments

    1. Salam.. Terima kasih Tuan! semoga segala urusan anda dan isteri selalu dipermudahkan. Tahniah bakal menjadi ibu dan ayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *