Elak Menjerit
|

Elak Menjerit Ketika Beri Arahan Kepada Anak! Amalkan Konsep Ini Untuk Anak Dengar Cakap

Bila anak tak dengar cakap, buat perangai dan sukar menerima arahan, kaji semula bagaimana cara kita memberi arahan kepada mereka. Elak menjerit atau memukul anak jika dia enggan mendengar apa yang kita suruh.

Semoga tips dari Puan Farhan ini dapat bantu anda.

Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki dulu baru mulut.

Ha, mesti anda tertanya tanya kan. Konsep apa ni.

Sebenarnya, dalam menguruskan anak anak kita ni suka sangat menggunakan mulut kita sebagai senjata untuk memberi arahan kepada anak anak.

Foto kredit: familyeducation.com

Tetapi masalahnya bila kita guna mulut kita sahaja kita akan cenderung untuk untuk menjerit, menjerkah dan berteriak saat bercakap dengan anak anak.

Katakan kita suruh anak pergi solat.

“Abang, pergi solat. Dah lewat ni, asyik je dengan televison tu”

Anak yang dengar tu sekadar berkata

“Kejap la buuuu….”

“Abang, pergi solat!!”

“Kejap la bu……”

Akhirnya….

Anda membebel tanpa henti dan kemarahan anda pun meluap luap.

Tapi, anak anda masih tidak berganjak. Paling tidak pun dia lari masuk bilik sebab bosan kena bebel kan.

ELAK MENJERIT, ELAK MEMUKUL DAN BERTENANG

Jadi, sebab itulah pentingnya konsep kaki dulu baru mulut tau.

Maksudnya, sebelum kita nak tegur atau suruh apa apa kita pergi dekat dengan anak.

Dari menjerit dan jerkah anak anak, lebih baik anda pergi dekat dengan anak dan barulah anda beritahu apa yang dia perlu lakukan.

Kalau anak tengah main , selesaikan permainan dia dahulu. Kemas apa yang patut.

Kalau anak tengah tengok tv, tutup dahulu television dan barulah anda beritahu apa yang perlu dia lakukan.

Kalau bab solat, pergi dekat anak untuk ajak mereka solat bersama sama.

Gerakkan kaki anda dulu ya.
Kaki yang bergerak dekat dengan anak anak itu akan membantu setiap mesej di terima dengan lebih baik.

Itu juga jadi contoh kepada anak anak tau.

Bayangkan kalau kita terbiasa menjerit kepada anak anak bila nak suruh sesuatu, mereka juga akan terbiasa bercakap begitu dengan anda.

Bayangkan akan menjerit minta nasi

“Ibu!!!!!! Nak nasii, lapar!”

Sedap tak dengar anak cakap begitu?

Tak kan?…

Jadi, bila mahu bercakap dengan anak anak,anda pergi dulu dekat mereka insyaAllah mereka juga akan amalkan begitu.

Perkongsian dari Puan Farhan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *