Lakodja akum

Wajib Amalkan Doa Ini Setiap Hari, Jika Ingin Senang, Tenang, Sihat & Lapang.

Amalkanlah ayat Lakodja akum ini jika ingin merasa perubahan indah dalam hidup.

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Petanda ajal sudah dekat

Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Kelebihan 2 ayat ini.

Barang siapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka

  • Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
  • Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
  • Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendpt pertolongan.
  • Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendpt kelapangan.
  • Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dpt membayar.
  • Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
  • Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendpt lapangan kehidupan.Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.

Sebahagian ‘ulama ‘menyebut tentang keistimewaan dua ayat ini bahwa ada salah seorang yang telah mengamalkannya ketika dalam keadaan sakitnya yang sudah tenat. Ketika itu dia sudahpun berumur 71 tahun. Dengan berkah membaca dua ayat tersebut, dia masih dapat menikmati umurnya sehingga mencapai usia 120 tahun.

Dalam versi yang lain ada menyebut, barang siapa mengamalkan ayat ini, ia tidak akan bertemu maut pada hari itu.

Cara mengamalkannya :

Bacakan 7x di masa pagi.

Ini dia dua ayat akhir surat At-Taubah :

doa

Baca surah At-Taubah ayat 128 -129 sebanyak 7x kemudian sambungkan dengan membaca Surah At-Taubah ayat 129 sebanyak 7x selepas solat fardhu terutamanya sesudah solat fardhu Subuh & solat Fardhu Maghrib.

COPYRIGHT @Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *