suami isteri bercinta

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa Untuk Kisah Ni Yang Pasti Para Suami Perlu Baca

Para suami wajib baca. Ia mungkin bakal mengubah life anda.

Demi cinta sejati bertahun dia tunggu

Assalamualaikum puan dan 9bulan10hari. Diharapkan kisah ini dapat dijadikan teladan. -Puan Nur-

Saya berkawan dengan suami sejak zaman sekolah. Tak sangka persahabatan kami bertukar menjadi serius dan tak sangka suami sudi memilih saya untuk dijadikan teman istimewa.

Selepas tamat persekolahan, saya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti manakala suami mula mencari pendapatan sendiri.

Bertahun saya di universiti, suami setia menunggu tanpa jemu. Ada juga bunyi-bunyi suami mahu menghantar rombongan meminang, tapi saya minta tunggu sehingga saya habis belajar. Takpe, suami pun tunggu.

Sesudah tamat belajar, saya mula bekerja di ibu kota. Kerja biasa-biasa je pun, PHS di sebuah jabatan kerajaan.

Alhamdulillah finally dapatlah berkahwin dengan gadis pilihan…. tapi… mulut orang ni kan. hmmmmm

Ditakdirkan tidak lama selepas itu, kami berkahwin. Masa tu ramai la yang tanya dengan siapa saya berkahwin, kerjanya apa, belajar di universiti mana.

Jawapan saya, suami saya orang biasa-biasa je, tak masuk universiti, kerja sendiri je, jual air jual kuih.

Ramai jugak yang pandang sinis, kononnya tak pandai cari calon suami.

Sabar je la makcik, nak je saya cili mulut makcik.

Agaknya makcik tu ingat tak ada masa depan kot kalau kahwin dengan orang tak masuk universiti ni. Agaknya makcik tu ingat orang masuk universiti ni berjodoh dengan orang universiti jugak. Yelah, suami saya jual air dan kuih je, tak belajar tinggi.

Bersusah payah demi suami tercinta… Allah melihat keikhlasan cinta mereka… 

Saya buat keputusan untuk balik ke kampung setelah kontrak PHS saya tamat. Masa ni ramai jugak yang mencemuh, mengata di belakang saya.

Kononnya belajar tinggi-tinggi tapi tolong suami jual air jual kuih je. Belajar tinggi-tinggi tapi duduk kampung je. Menghabiskan duit mak bapak je hantar belajar.

Walaupun saya tak pegang duit beribu-ribu tiap bulan macam sebelum ni, saya rasa bahagia duduk bersama suami saya si penjual air dan kuih ni.

Ketenangan dan kebahagiaan tu lebih bermakna jika nak dibandingkan dengan wang ringgit berkepuk.

Rupanya. suami saya punya wajah lain bila saya hamil.

Lepas setahun lebih berkahwin, saya pregnant. Masa ni, baru saya kenal suami saya. Rupanya 8 tahun perkenalan tak cukup untuk saya mengenali dia.

Masuk bulan ketiga pregnant, saya mengalami morning sickness yang agak teruk. Setiap hari saya muntah teruk, badan sampai lembik. Saya tidak boleh memasak, makan pun tak lalu. Jadi, suami mula masuk dapur sepenuhnya.

Pernah sekali saya bangun pukul 2 pagi, kejut suami bagitahu saya lapar. Suami pun bangun, masak nasi dan goreng ayam. Ya Allah, ayam goreng je pun. Tapi nikmatnya makan ayam goreng tu tak terkata sebab suami yang buatkan.

Dan pernah juga saya bangun tidur pukul 3 pagi dan teringin nak makan nasi goreng. Kebetulan beras di rumah habis. Tahap nak makan nasi goreng tu memang rasa nak menangis kalau tak dapat.

Pukul 3 pagi suami keluar cari nasi goreng. Nasi goreng kedai mamak pun kedai mamak la. Asalkan nasi goreng.

Bila suami cuba tunaikan isteri yang mengidam macam macam. hehe

Boleh kata semua kehendak saya, dia cuba penuhi. Saya mengidam nak makan mee celup. Memang payah jumpa orang jual mee celup masa tu.

Kedai ke kedai kami cari. Hampir seminggu kami cari orang jual mee celup. Hampir seminggu saya takde selera makan. Hampir seminggu saya nak menangis sebab tak dapat makan mee celup. Akhirnya, jumpa jugak orang jual. Terima kasih, sayang.

Tengok pula Facebook, ada orang post gambar mee goreng seafood basah. Ya Allah, kecur air liur. Saya tunjuk gambar pada suami, tak sangka suami buatkan sebijik macam dalam gambar tu. Terima kasih, sayang.

Tengok iklan bubur Marrybrown, saya nak bubur jugak. Ya Allah, pantang tengok saya ni. Tengok jam, Marrybrown pun dah tutup masa tu. Alhamdulillah, suami buatkan bubur ayam paling sedap pernah saya makan, kalah Marrybrown dan McD. Bertambah-tambah saya makan.

Terima kasih, sayang.

Tengok iklan burger Prosperity McD, saya ajak hero saya ni pergi cari.

Boleh tahan jauh jugak dari rumah. Malangnya, takde rezeki. Kebetulan masa pergi, burger tu dah tak dijual.

Nak tau apa suami buat? Suami cuba buat burger ala-ala Prosperity. Dengan bawang hollandnya, daging yang dicelup sos blackpepper, Allah, seperti makan Prosperity sebenar. Terima kasih sayang.

Terfikir jugak bila suami saya belajar masak semua ni? Alhamdulillah, resepi campak-campak dia tu tak pernah failed di mata dan tekak saya.

Katanya, belasah je buat.

Ibarat permaisuri ketika hamil

Bila saya kejang kaki semasa tidur, mudah sangat dia bangun dan legakan kekejangan saya. Walhal, dia ni jenis tidur mati. Bila saya sakit pinggang, segera dia minyakkan saya. Bila saya tak berupaya nak bangun semasa bangun dari tidur, dia tolong bangunkan saya.

Walhal, berat saya masa tu dah hampir menyamai berat dia. Mesti berat kan. Tak pernah sekali dia mengeluh. Allahu.

Saya ibarat permaisuri di rumah semasa pregnant. Suami masak, suami basuh baju, suami jemur baju, suami lipat baju, suami kemas rumah.

Semuanya suami. Bahagianya bila throwback semasa pregnant.

Ye, bila dah ada anak ni, saya masih menjadi permaisurinya. Dia masih mencuci baju seperti dulu, mengemas rumah seperti dulu dan memasak seperti dulu.

Mana makcik mulut laser yang mengata saya dan suami saya dulu?

Alhamdulillah makcik, walaupun suami saya kerja biasa-biasa, tak masuk universiti, tapi suami saya layan saya dengan baik makcik.

Saya bersyukur makcik, saya tak tersalah pilih suami macam makcik kata dulu yang saya ni tak pandai pilih calon suami.

Allah dah aturkan yang terbaik buat saya makcik.

Terima kasih Ya Allah sebab hadirkan dia dalam hidup aku. Terima kasih Ya Allah kerana dia lengkapkan hidupku yang serba kekurangan.

Doakan kami bahagia dan murah rezeki selalu. I love you, Triple M.

Kata penulis :

Penulis : Bangg. ooo bangg. nak AK noodles boleh?

Suami : Wahhh isteri abang ni mengidam ek. mesti pregnant ni. kan kan kan? =)

Krik krik krik.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *