jangan korek telinga kalau gatal

Bahaya Korek Telinga ! Tak Payah Korek Lagi Walaupun Gatal Telinga atau Tangan Yang Gatal!

Sedapnya korek telinga. Sampai boleh pejam pejam mata sebab terlalu best. Tambah tambah bila ada orang korekkan.

Maka, jadilah rutin harian aktiviti mengorek telinga ni.

Untuk keluarkan tahi telinga usually ramai yang akan gunakan cotton buds & bagi yang lebih ‘ganas’ mereka akan gunakan pin rambut, pencungkil gigi, pen & pensil…

Percaya atau tidak, putik kapas ni bukan saja tak bersihkan telinga malah ia berupaya menyebabkan gangguan pendengaran.

 

jangan salah cuci telinga bayi anda

Menurut konsultan kanan, telinga, hidung dan tekak (ENT) serta alahan, dari Pusat Telinga Hidung Tekak Alahan dan Dengkuran, Pusat Perubatan Mount Elizabeth Singapura – Dr Pang Yoke Teen, kita tak digalakkan mengorek telinga kerena ia punya mekanisma membersih sendiri.

Ada di antara pesakit Dr Yoke Teen nak kunyah makanan pun susah dan tersasa sakit gara gara tabiat mengorek telinga. Malah waktu tidurnya juga terjejas.

Ala… habistu kalau nak korek telinga guna cotton bud & tangan pun tak boleh, nak bersihkan macam mana?

“Anda tidak perlu membersihkan telinga kerana tubuh mempunyai mekanisme dalaman untuk membuang tahi telinga. Apa jua bentuk campur tangan akan hanya mendatangkan bahaya daripada kebaikan” Dr Yoke Teen.

Usually Cotton Buds hanya akan mendorong tahi telinga untuk ditolak lebih jauh ke dalam dan akhirnya bertimbun sehingga menyebabkan telinga tersumbat & sometimes ia boleh menyebabkan jangkitan.

Malah, alat alat untuk korek telinga seperti besi yang digunakan untuk korek telinga juga boleh menyebabkan calar kecil di saluran telinga dan menyebabkan jangkitan & telinga terasa sakit.

Katakan air terperangkap dalam telinga lepas mandi atau berenang, anda boleh gunakan cotton bud khas untuk kanak kanak yang lebih halus. Apapun, make sure anda tak menggores telinga dengan cotton bud atau sebarang okjek.

Fungsi tahi telinga (Lilin telinga)

Tahi telinga atau lilin telinga ini mengandungi lemak, peluh dan hakisan lapisan kulit daripada dinding telinga dan merupakan sebahagian daripada sistem pembersihan telinga.

 “Tahi telinga berfungsi untuk menghalang habuk, kekotoran, bakteria dan serangga daripada memasuki saluran telinga. Ia turut membantu mengalirkan kekotoran agar keluar” The Wall Street Journal

Tahi telinga mengeras di dalam telinga

Namun, tahi telinga yang terlalu kering atau melekit boleh menyebabkan ia bergumpal. Bila lebihan tahi telinga mengeras atau menusuk lubang telinga, ia boleh membuatkan kita tak selesa.

“Tahi telinga yang banyak tergumpal di dalam telinga boleh menyebabkan kegatalan, pening vertigo, rasa sakit, tinitus – bunyi di dalam telinga seperti bunyi berdering, berdengung dan berkerik – atau batuk.  Profesor jurusan Otolaringologi (ENT), Pusat Perubatan Suny Downstate, Amerika Syarikat, Dr Richard Rosenfield

Selain itu lebihan tahi telinga juga salah satu punca masalah kehilangan pendengaran.

Bagaimanapun, ia boleh dirawat. Silalah berjumpa pakar kalau alami masalah berkaitan telinga sebegini.

Tengok video ni, mesti insaf untuk korek telinga lagi! Dalam tak sedar kita yang menolak tahi telinga ni berkumpul. 

Tolonglah berhenti dari korek telinga anak anak kecil. Lebih baik mencegah dari merawat.

 

bahaya korek telinga dengan cotton bud

Sumber : Berita Harian Singapura & Utusan Malaysia.
Kredit picture : Petua ibu

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *