Hihihi.. Kan Saya Dah Kata Bukan Saya Yang Nak, Tapi Anak Yang Mintak
Semasa hamil, walaupun mommy nak sangat makan itu dan ini disebabkan ‘anak yang mintak’ hihi… tapi mommy perlu untuk makan juga makanan berkhasiat.
Contoh, katakan di awal kehamilan mommy, mommy terlalu loya sampai bau asif folik pun mommy muntah… Memandangkan mommy perlu juga makan asid folik demi perkembangan baik pada anak dalam kandungan, so mommy perlu makan asid folik pada waktu malam sebelum tidur yang maybe mommy tak terlalu loya berbanding makannya di awaktu pagi.
Macam tu juga dengan makanan berkhasiat yang suami mommy hidangkan tu… mommy perlu juga makan.
Walaupun mommy tak suka… tapi ingatlah anak dalam kandungan.
Apa yang mommy perlu makan ketika hamil? :
1. Makan makanan seimbang – Lebihkan makan buah & sayur sayuran. Mommy boleh makan sebiji sayur brocoli yang hanya distim @ digoreng bersama sedikit olive oil & bawang putih agar tidak hilang zatnya. Buat seperti epal akan bantu mommy kurangkan rasa pahit mulut.
2. Minuman sunnah – Susu kurma badam & kismis ternyata boleh beri tenaga luar biasa buat ibu hamil & sesiapa yang meminumnya. Resepi jus ini mommy boleh rujuk di list video page 9bulan10hari.
3. Botol air – Make sure mommy isi air suam di dalam botol besar & bawa ke masa saja. Make sure mommy tak skip minum air masak sekerap yang mungkin agar tidak dehydrate. (kecuali masa tidur).
4. Makan ringan sebelum tidur – Mommy digalakkan juga makan 2 jam sebelum tidur supaya terus punya nutrien & zat untuk disalurkan pada anak. Kerap makan dalam jumlah yang sedikit adalah lebih baik dari mommy makan terlalu banyak untuk beberapa kali sehari saja.
5. Elakkan makanan manis – yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah mommy dengan cepat selain membuatkan mommy terasa pening & ingin pitam.
6. Elakkan makanan tinggi lemak – Makanan tinggi lemak boleh membuatkan tekak mommy rasa tidak selesa selain itu tidak baik untuk kesihatan jika diambil terlalu banyak. Mommy seeloknya makan makanan seperti kentang atau kacang kuda.
7. Elakkan makanan yang tak dimasak – Elakkan makanan mentah & sushi, kerang & makanan laut yang tak dimasak sendiri.
8. Elakkan minuman berkafein – kerana ia boleh membuatkan mommy mudah dehydrate. Seeloknya minum susu.
COPYRIGHT @naziranazir buat 9bulan10hari.