Bebas Lampin
|

Anak Berusia 2 Tahun Bebas Lampin Dalam Masa 1 Minggu! Ibu Ayah Boleh Cuba Tips Ini.

Bukan mudah untuk melatih anak “potty training” dalam masa terdekat. Ibu ayah perlu sabar dan tekun dalam melatih anak untuk bebas lampin. Jangan marah dan jangan stres-stres ya. Chill ja!

Ikuti tips-tips menarik dari seorang ibu Rosmaizati Rashid bagaimana dia latih anak untuk potty training.

8 TIPS MELATIH ANAK BEBAS LAMPING DENGAN MUDAH

Potty training Raanaafia at 2years 3months 5days

1.Intro apa itu kencing dan berak.

Sebelum start potty train taw, maksudnya x start potty train lagi. Just nak dia familiar ape itu kencing dan berak.

Macam afia tiap kali mandi, mama suruh dia kencing dulu. Kalau dia berjaya kencing cakap “waa afia kencing”. Kadang2 je time nie dia dpt kencing tak selalu. Maybe kebetulan. Kalau dia x kencing xpe la, try again for the next time. Kalau berak pula, tunjuk dia kt pampers tu. cakap laa “eee afia berak”.

2.Parents sendiri kena bersedia

Kena ade kegigihan, kesabaran, nekad dalam diri. Lagi awal korang train anak lagi mencabar lah cara nak train. Bila dia besar sikit takde masalah sgt kot sebab lagi senang dorang nak dengar arahan.

Terkucil itu pasti dalam proses nie, kena keep sabar ,jangan putus asa. Penat sikit takpe, nanti akan ada sinar di penghujungnya.

Utk makluman nie kali ke 2 train afia, kali nie baru bejaya. First masa afia officially 2years. Puncanya sebab mama la yang tak bersedia hahaha. X sabar n cepat give up.

3.Set timer

Ajak anak ke toilet at least 15minit or 30 minit pda mulanya. Lepastu kita cari rentak anak kite macammana. Kalau dia minum banyak set kejap je. Kalau tak berapa minum set lama sikit.

Masa days 1 2 mmg struggle sbb tak menentu. Set 30minit kejap dia dh kencing dulu, kejap dia xnk kencing lagi. After that, ok dh, set sejam sekali. Selepas seminggu dia dah makin pandai control her bladder so set at 2 hour once. Lepas2 tu x pasang timer dah tunggu dia cakap or kite yg ajak.

3. Support from husband

Support dari husband sangat penting. Tambah2 bila kite train anak yg usia kecik lagi. Sama-sama jayakan potty train ni. Jangan harapkan isteri sorang je. Macam train afia tgh pkpb, jadi dede afia selalu kt rumah. So dede banyak bantu. Alhamdulillah

Bila afia tebabas sorang bersihkan lantai, sorang bersihkan anak. Jangan bapaknya pi marah or jatuhkan semangat isteri nk potty train anak sebab anak asyik kencing merata. Apa pon xjadi nnti. Terbantut nak train ank bila tak de support dri suami. Gittew

4. Keep remind anak

Selalu remind anak kena kencing kt mana. Tanya soklan nak kencing pegi mana, nak kencing pergi toilet. So dalam otak dia akan tersimpan pesanan khidmat masyarakat mama dede tu.

Boleh dikatakan 5-10minit skli ktorg remind afia. Banyak kali tanya smpi afia pon malas jawab.

5. Explain bukan marah

Kalau anak tkucil explain at first . Explain why can’t here! Explain and explain. Bukan terus nak marah2. Dorang tak tahu pon benda tu salah. Kite la yang betolkan dan ajar.

Btw, mama afia day 1 explain baik2. Day 2 and 3 explain tepuk2 manja gituw kt montot tu. Hahaha. Nak bgtahu yg mama marah kalau kencing merata. Bgi dia paham sikit benda tu salah.

6. Prepare environment

Sediakan potty toilet yg sesuai, yg comey2 or yg senang digunakan by kids. Selasa untuk dia gunakan dan dia pon rasa seronok nk potty kt toilet.

7. Pakai pakaian yg simple dan beli panties comel2 or febret characters utk ank korang

Kenapa tak pakai potty pants je?? Sebab function dia lebih kurang pampers. So anak kite tak dapat rasa air kencing mengalir time dorang tkucil. Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lesson are learnt.

8. Pintu toilet jgn tutup rapat.

Ini utk mudahkn ank kite masuk toilet sendiri. Or mudah utk kite angkut anak time nmpak ank kite tak tahan nak kencing dah. (Ini yang di praktiskan dekat afia. Lain orang lain cara potty train anak, it’s just my personal tips.

Moga bermanfaat. After seminggu afia dah free pampers siang dan malam

Kredit: Rosmaizati Rashid

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *