Sesaat Selepas Melahirkan Anak, Apa Doktor Lakukan & Apa Papa Mama Perlu Buat?
Saat-Saat Selepas Melahirkan Anak
Punyalah papa excited nak sambut anak… tup tup papa yang pengsan dulu… sebab? mabuk darah
Jadi standby artikel ini supaya ia mudahkan urusan selepas melahirkan anak ya…
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tak tahu apa proses yang akan dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Apa yang DOKTOR akan lakukan
- Tali pusat bayi dipotong.
- Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu.
- Anda akan menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
- Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
- Doktor akan mengeluarkan semua darah yang terkumpul ketika proses mengeluarkan uri.
- Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
Apa pula PAPA perlu buat?
- Kucup dahi isteri, ucapkan thank you sebab dah lahirkan zuriat buat anda. Bagi kata-kata ‘pickup’ line kat dia time tu, sebab dia dah saaaangat penat tu. Sample pickup line : “You are my baby, but now we have another baby” tengok reaksi dia yaa.
- Dakap anak dan Azan & Iqamat – Bertujuan untuk mengelakkan syaitan yang dah standby tunggu nak sesatkan anak.
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
- Time sedang dakap tu, boleh laa berkata-kata skit dengan anak tu supaya dia kenal suara ayah. Slalunya untuk anak pertama, mesti rasa confuse pn ada.. “Aku dah jadi ayah dah yaaa..”
- Suapkan kurma & air zam-zam buat isteri – Selepas banyak habis tenaga meneran ni… isteri anda akan sangat best kalau suaminya suapkan makanan sunnah ni. Masa suap suap tu… usik usiklah wife “pandainyeee ayang meneran tadi”… walaupun hanya anda & doktor ja tau keadaan wife meneran.. hehe
- Click click! – Incik suami boleh click click moment yang best ni… nanti boleh tunjuk pada anak… mesti dia happy tengok mak ayahnya happy dengan kehadirannya.
The great MOMMY perlu buat apa?
- Dakap anak kedada anda.. berikan dia susu ibu. Make sure dia dapat semua colostrum dari anda. Ia penting untuk melawan penyakit pada bayi.
- Percaya ada susu – Mommy make sure mommy pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga 2 tahun. Kalau tiba tiba ada nurse datang nak bagi tunjuk ajar sambil sentuh sentuh cik B tu mommy jangan kekok pulak… dia nak tunjuk cara yang betul menyusukan anak.
- Letakkan surah disebelah anda dan bayi – Since mommy dalam keadaan tak suci… ini amalan yang saya selalu pesan kepada semua pembaca buku 9bulan10hari. Mainkan bacaan yaasin dari phone…. But make sure letak jauh dari bayi anda… naikkan volume sedikit kuat… agar dia dan anda dapat dengar alunan Al Quran ini. Ketahuilah… syaitan.. iblis & sekutunya sukaaaa sangat sangat mommy yang baik yang pegang niat yang baik baik untuk zuriat mommy. so pastikan zikir & alunan Al Quran ini sentiasa menjadi pendinding buat mommy & anak.
- Mommy Ultraman – Sebaik melahirkan anak… mommy kena percaya that anak mommy hanya ada mommy & ayahnya. Mommy kena fikir yang baik baik untuk anak mommy. Mommy kena tahu.. bila anak menangis… dia nak sangat sangat ibunya ada dengannya. Selamat menjadi Ultraman terhebat buat anak anak
Pastikan share artikel ini supaya ramai yang akan lebih bersedia ketika di dalam labour room nanti.
Semoga kita terus menjadi ibu ayah hebat. aamiin … =)
Copyright@nazira nazir buat 9bulan10hari,