Maafkan Ayah Maya, Ayah Tak Tahu Bedak Ni Bahaya Untuk Anak Ayah
Bestnya main bedak tambah tambah dengan adik beradik letak di lantai dan gelongsor. Paling best bila mak ayah pun tak kisah anak anak pun happy mak ayah siap ambil gambar dan buat kenangan Indah kan story ni tapi ia tak seindah KESANNYA.
Ini kisahbenar penulisan dari tuan Faridzul tentang apa yang dilalui anaknya setelah bermain dengan bedak jnj ini.
MAAFKAN AYAH MAYA… AYAH TAK TAHU…
Sebelum tidur Maya buat muka mengada
“Ayah, ayah, Maya cantik tak?”
Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah
Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu
Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat
Bedak je kot, aku dulu pun pakai!
Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku
Something wrong. Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak Johnson n Johnson yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan kanser!
TAK BAGI MAYA PAKAI BEDAK INI LAGI
Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!
Actually kalau diteliti kes JnJ tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA BEDAK UNTUK BAYI JUGA CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK JNJ DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.
Saya highlight supaya bagi faham
Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak JnJ kepada anak anda.
- Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
- Jangan letak dalam lampin anak!
- Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
- ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!
Bahaya bedak untuk bayi. Kalau anda nak selamat, ELAKKAN TERUS TALC BABYPOWDER!
Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.
Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya
Kalau anda perasan packaging baru JnJ memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rmh sy tu, memang tak dinyatakan.
Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date
Selamat menjadi pengguna bijak!
Psss : sesiapa yg beli bedak JnJ terbaru, bleh amek gambar tak ada ke yg amaran bahaya ni?
Anda boleh juga baca “kisah kanser alat sulit akibat bedak jnj” di link ini :
https://www.9bulan10hari.com/2017/08/27/syarikat-johnson-johnson-dituntut-bayar-1-7-billion-ringgit-kerana-undang-kanser-ovari/
copyright@9bulan10hari.