5 Magic Words
| | |

5 MAGIC WORDS Yang Berkesan Untuk Didik Anak! Ibu Ayah Patut Amalkan

DIDIK ANAK DENGAN 5 MAGIC WORDS INI! ANAK-ANAK PASTI DENGAR CAKAP.

Anak suka menjerit-jerit bila bercakap, suka marah-marah bila nakkan sesuatu, mengamuk tak tentu pasal, sebab ibu ayah selalu pada dia. Jom ubah cara kita!

Siapa yang tak suka kalau anak selalu dengar cakap kita. Kalau disuruh terus buat. Tak perlu nak terjerit-jerit panggil nama untuk minta tolong. Tak perlu nak marah-marah atau pukul anak untuk didik anak.

Apa yang paling penting ibu ayah perlu tahu cara yang paling berkesan untuk ubah cara mereka kepada yang lebih baik.

Mendidik bukan lah satu perkara yang mudah. Dan ia juga tak sesukar mana kalau kita tahu rentaknya.

Sebagai ibu ayah, kita perlu sabar, bijak dan memahami. Mereka memang menduga kita. Sifat ingin tahu mereka yang begitu mendalam, sebab tu kita perlu jaga segala percakapan dan bahasa yang kita gunakan setiap hari. Segalanya bermula di RUMAH.

Anak suka meniru percakapan dan perbuatan ibu bapanya dalam kita tidak sedar. Jika kata-kata kesat yang dikeluarkan, maka dihadamlah oleh anak tadi. Sebab itu, ibu bapa perlu menjadi “ ROLE MODEL’ kepada anak untuk menjadi lebih baik.

5 ‘PERKATAAN AJAIB’ YANG MESTI DIDIK ANAK DARI KECIL

MAGIC WORDS 1- Buang perkataan ‘JANGAN’ ganti TOLONG

5 Magic Words
5 Magic Words- TOLONG

Perasan tak makin kita kata jangan, makin dia buat. Sebab dia nak tahu kenapa ibu dan ayah menegah apa yang dia buat? pelbagai persoalan yang ada dalam fikiran anak.

Ganti perkataan “TOLONG’. Mungkin sukar untuk mereka memahami, percayalah bila kita selalu sebut TOLONG pada mereka, mereka akan faham ‘ohh mak ayah saya perlukan bantuan dan saya kena tolong mereka’ secara automatic mereka dapat dikawal dengan baik.

ibu bapa perlu ucap dengan lembut ‘ Aiman.. tolong ayah kemas mainan ni.. Aiman tolong buangkan sampah ni nak’..

MAGIC WORDS 2- ‘TERIMA KASIH’ & SAMA-SAMA” 

5 Magic Words
5 Magic Words- TERIMA KASIH

Ajarkan anak selalu ucap terima kasih. Besar impaknya kesan terima kasih ini pada anak.

Sebagai tanda kita menghargai apa yang dia buat walaupun pada hakikatnya hanya pertolongan kecil seperti tolong buang pampers adik. Percayalah, dengan magic word TERIMA KASIH tadi sudah cukup membuatkan si anak tadi tak sabar nak tolong ibu bapanya lagi.

Bila anda beri dia sesuatu, mungkin dia juga akan cakap “ ACEH’ walaupun pelat tapi dia maksudkan tau, jangan kata anak tak faham.. anda pula wajib membalas dengan senyuman dan memegang kepala anak tadi “SAMA-SAMA sayang’.

MAGIC WORDS 3 – KESIAN, ini adalah salah satu ‘Magic Words’ yang anda kena cakap pada anak setiap hari.

Anak 2 tahun kadang-kadang tantrum dia lain macam dan mudah mengamuk, sampaikan ada yang hempas-hempas barang dan rosakkan mainan.

Perkataan kesian ini merujuk kepada benda atau objek yang dia rosakkan, “ kesian bear ni dia tak salah pun kenapa kakak pukul dia? Nanti ayah pulangkan balik ae dekat kedai’ si kecil tadi akan bertukar jadi sayu hati dan sedih. Dari situlah dia akan mula menghargai sesuatu barang.

Samalah dengan haiwan, jika anak memukul kucing “ kenapa pukul kucing? Tak kesian dekat dia ke? Kesian dia dah nangis dah’ anak tadi akan terkesan dengan perkataan KESIAN.

5 Magic Words
Magic Words- I Love You!

MAGIC WORDS 4- UCAP “I LOVE YOU “

Ni mujarab untuk didik anak dari kecil. Ucaplah sayang pada anak setiap hari. Perkataan yang mduah dan simple ini memberi kesan yang sangat mendalam pada anak.

Ini akan membuatkan mereka lebih disayangi, jangan terkejut kalau pagi-pagi si kecil tadi datang tepi katil sambil cium pipi dan cakap ‘ I LOVE U’. Bahagianya rasa.

 

didik supaya meminta maaf
Magic Words- MAAF.

MAGIC WORDS 5- DIDIK CAKAP ‘MAAF’

Kalau anak ada lakukan apa-apa kesalahan minta dia cakap “MINTA MAAF’. Mula-mula memang susah, walaupun dia menangis tapi kita perlu biasakan.Lama-lama dia akan faham dan ikut.

Samalah situasi jika anda pulang lewat, ‘ AYAH MINTA MAAF hari ini ayah ada banyak kerja.. nanti ayah bawa adik jalan-jalan’ anda juga perlu ingat, sekiranya anda berjanji sesuatu dengan anak 2 tahun ini. Mereka akan ingat dan tuntut janji anda. Sila kotakan ya. Anda akan dapat lihat keberkesanan 5 perkataan ajaib ini pada anak anda.

TIPS UNTUK IBU BAPA YANG GUNA 5 MAGIC WORDS.

  • Jika anak bertanya, sila jawab sepantas yang boleh,  jangan biarkan dia menunggu lama. Mereka sangat memerlukan perhatian. Guna 5 perkataan ajaib tadi untuk didik anak dari kecil.
  • Jika anak melukis,mewarna atau membuat hasil kerja, ibu bapa perlu memuji hasil kerjanya itu. Ini membuatkan anak lebih bersemangat.
  • Jangan dedah anak dengan smart phone.. kalau dia nak buah sepah 1 rumah, biarkan.. dia nak bermain periuk didapur, biarkan.. sel-sel otak sedang berhubung. Jangan lupa guna salah satu 5 perkataan ajaib ini untuk tarik minat anak anda.
  • Jangan tengking anak.. jaga pertuturan dan bahasa yang anda gunakan.. anak akan menjadi takut kepada anda dan menyendiri..
  • Luangkan masa dengan aktiviti luar.. bawalah anak sesekali lihat dunia luar.. pergi play ground ke.. mandi manda ke.. sekurang-kurangnya ada aktiviti riadah tersebut..

SEMOGA BERMANFAAT.

Writer,

MamaJoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari  Silakan SHARE Website : www.9bulan10hari.com 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *