12 Peranan suami ketika isteri hamil
Para suami wajib baca sampai habis 12 peranan suami ketika isteri hamil ini ya
“Bestnya kalau suami saya manjakan, jaga, kasihi & tahu peranan suami ketika isteri hamil ni”
Inilah dia antara keinginan yang semua isteri hamil idamkan.
Nak suami sentiasa ada & temaninya.
Kenapa isteri perlukan suaminya ketika hamil?
Para suami perlu tahu ketika isteri tuan sedang hamil isteri tuan mungkin akan berdepan dengan masalah loya, muntah dan pedih ulu hati. Jika tidak ada simptom begitu, mungkin ada strecth mark di perut, cramp, sakit pinggang, sakit pinggul dan sebagainya.
Sebenarnya, ketika isteri sedang pregnant banyak perubahan-perubahan yang akan dilalui oleh ramai ibu-ibu yang mengandung ketika sedang hamil. Tapi itu belum dicampur dengan emosi ibu yang adakalanya up and down. Tiba-tiba suami kata isteri masak tak sedap, merajuk pulak dua hari.
Kenapa semua ini berlaku kepada seorang ibu yang sedang mengandung?
Ia berlaku kerana hormon changes. Apa yang seorang isteri yang sedang hamil itu lalui adalah bukan kehendak sendiri, malah dia pun tak suka itu semua berlaku.
Jadi, buat para suami, tuan-tuan kena tahu tuan-tuan adalah semangat & super hero buat isteri tuan. Disebabkan tu ketika isteri tuan hamil, peranan tuan sangatlah penting buatnya.
Ini 12 peranan suami ketika isteri hamil
1. Bagi Kata-kata Semangat
Ketika hamil, isteri tuan mungkin down. Down disebabkan bimbang perubahan fizikal pada diri buatkan suami tak suka. Tuan-tuan, ini antara ayat yang best untuk tuan lafazkan kepada isteri untuk buatkannya rasa bersemangat :
“Semakin berseri serilah isteri abang sejak mengandungkan anak kita ni. Saaaaayaaangg isteri abang banyak- banyak”
Silakan subscribe youtube channel 9bulan10hari untuk lebih banyak ilmu ya : https://www.youtube.com/watch?v=Ts8lefxFDjE&t=2s
2. Elak Sakiti Hati Isteri
Sebenarnya banyak perubahan emosi & fizikal yang dilalui isteri ketika hamil membuatkannya penat. Sebab tu peranan suami ketika hamil ni sangat penting. Untuk point nombor 2 ni maknanya, kalau tuan terasa hati atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara melibatkan isteri, tegurlah dengan cara yang baik. Elak sakiti hatinya.
3. Ketika Isteri Muntah, Urut Belakangnya
Bayangkan, jika tuan tiba-tiba muntah-muntah dan isteri tuan main handphone, apa tuan rasa? Begitulah perasaan seorang isteri yang perlukan support, kasih sayang & cinta dari suaminya, Apatah lagi ketika mengandungkan zuriat kalian. Nampak saja isteri rasa tak selesa, tanya kenapa. Nampak saja isteri tuan muntah-muntah cepat-cepat urutlah belakangnya.
4. Masa Isteri Mengadu Sakit Satu Badan, Urutlah
Masa mengandung, bukan saja isteri tuan mungkin rasa tak lalu makan, muntah & lemah, malah isteri tuan mungkin rasa penat seluruh badan. Tambah-tambah sebaik memasuki trimester kedua. Urutan buat isteri ketika hamil, cukuplah sekadar untuk hilangkan lenguh-lenguhnya & jangan sesekali urut dengan kuat & elakkan urut di bahagian perutnya. Selamat mengurut ya.
5.Mengaji Al-Quran, Berzikir & Selawat
Suami perlu mengaji, berzikir atau selawat di sebelah isteri sambil menyentuh perut isteri serta mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan lebih kuat.
6. Sentiasa Ingatkan Isteri Supaya Makan Makanan Berkhasiat
Suami wajib sentiasa beri perhatian tentang pemakanan isteri dan selalu berpesan kepada isteri agar makan makanan yang lebih berkhasiat untuk kesihatan ibu dan anak & paling penting dapatkanlah makanan berkhasiat buat isteri tuan ya.
7. Ingatkan Isteri Untuk JANGAN Skip Asid Folik/ Obimin Setiap Hari
Pengambilan asid folik ni penting. Sepatutnya 3 bulan sebelum hamil lagi, isteri tuan perlu untuk makan asid folik setiap hari untuk membantu perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan. Katakan usia kandungan isteri tuan sudah mencecah 4 bulan, doktor mungkin akan beri obimin / iberet. Peranan suami ketika isteri hamil ini adalah, ingatkannya untuk jangan skip ya.
8. Berterima Kasih & Ambil Hati Isteri
Terima kasih & minta maaf adalah ucapan yang ringan perkataannya namun berat dilafazkan.
Tapi jika tuan amalkan 2 perkataan ini, ayat yang ringan ini akan beri banyak kesan yang baik buat tuan & isteri.
Terima kasih ini tuan boleh selalu ucap kepada isteri sebab mengandungkan anak kalian.
9. Bawa Isteri Berjalan & Indahkan Emosinya
Elakkan biar isteri terlalu lama di rumah. Ia bukan saja akan buatkan isteri tuan rasa bosan, malah jangan terkejut kalau dinding rumah tuan pun dah pandai ‘bagi nasihat-nasihat tak baik kepada isteri’ Dalam maksud ni, cuma kesimpulannya, bawalah isteri tuan jalan-jalan & indahkanlah emosinya. Aura positif penting buat isteri & anak di dalam kandungan happy.
10. Bantu Isteri Mudah Bersalin
Untuk tips mudah bersalin tanpa koyak tanpa jahit yang perlu suami bantu isteri, tuan boleh merujuk ebook.9bulan10hari.com Segala maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, berpantang, menyusukan anak, mendidik anak-anak secara detailada di dalam ebook ini. Siap ada 90 videos secara exclusive buat tuan yang miliki ebook 9bulan10hari ini. Ia akan sangat emmbantu perjalanan taun & isteri bergelar ibu & ayah hebat.
11. Ingatkan Isteri Untuk Terus Positif
Kadang kala isteri rasa down disebabkan kata-kata orang sekeliling. Misalnya, seorang ibu ini terlalu positif nak menyusukan anak sehingga anak 2 tahun, tapi disebabkan orang-orang sekeliling yang paksa isteri bagi susu formula kepada anak, lama kelamaan isteri ini tewas. Disebabkan tu, peranan suami ketika isteri hamil yang saya senaraikan ini terlalu penting buat tuan.
12. Bantu Isteri Uruskan Kerja Rumah dan Anak
Ni sangatlah penting. Ramai suami yang lepas tangan peranannya kepada isteri & anak-anak. Buat hal sendiri je macam tak ada apa pun yang berlaku. Asyik fikir makan minum & perut sendiri je tanpa fikir isteri & anak anak dah makan ke belum. Asyik fikir tidur nenyak diri sendiri je tanpa fikir tidur & rehat isteri. Tolonglah jadi suami yang prihatin & ketahui peranan suami ketika hamil , sebab ramai pasangan melalui salah faham dalam kehidupan rumahtangga disebabkan kurang prihatin.
Penting kan 12 peranan ini kepada isteri yang sedang hamil?
Tuan-tuan, tuan-tuan kena tahu, ALLAH hadirkan isteri tuan ini untuk mencintai & setia pada tuan. Dialah makluk yang berkahwin untuk mengasihi & dikasihi. Dialah yang cuba buat yang terbaik buat tuan walau lemah seluruh kudratnya. Dialah anugerah ALLAH yang akan menjadi paling setia & menyayangi tuan, jika tuan baik dengannya.
Berbaiklah dengan isteri tuan. Amalkanlah 12 peranan suami kepada isteri hamil ini.
Atas izin ALLAH, tuan akan lihat betapa indahkan rumahtangga kalian.