“Saya Menyesal Beri Anak Tengok HP!” Dr Kata Otot Mata Anak bermasalah & Ambil masa nak Pulih!

Mata Anak

Pada zaman teknologi serba canggih ini, anak-anak kecil suka tengok HP dan asyik bermain gajet bukanlah satu perkara baru. Mata anak kecil sangat sensetif, jagalah sebaiknya.

Gajet atau hp diberikan kepada anak atas alasan untuk beri pendedahan pada anak tentang pembelajaran dan boleh melekakan anak supaya dia duduk diam. Tak mengganggu kita buat kerja dan dapatlah kita berehat sebentar.

Namun disebalik kesan gajet ini, sangatlah bahaya kepada anak kecil. Terutama kanak-kanak bawah 5 tahun. Anak akan menjadi ketagih, tidak suka bergaul, ‘tantrum’ yang sukar ditenangkan dan malas.

Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Puan Zulaikha Abdul Talib mengenai anak perempuannya yang mempunyai masalah otot mata kesan dari melihat hp.

IZINKAN OMAK SHARE PADA MAK BAPA SEMUA…

Ini adalah satu penyesalan yang sangat sakit Omak rasa. Selama ni omak akui silap omak dengan memberi gadget untuk anak boleh buat dia tenang dan duduk diam tanpa ganggu kerja kerja Omak.

Ya omak silap!

Kalau mau kata dia kerap pegang telefon itu tidak juga. Sehari mungkin dia pegang dalam 3 jam jak,cuma kebanyakannya si inara akan kuasai fon kakak nya sebelah malam. Ya kontras telefon sangat merbahaya dengan mata.

OTOT MATA ANAK MULA BERMASALAH

Baru saja beberapa hari ni kejadian ni berlaku, yang Omak perasan tu mata nya mula berkelip kelip laju, lepas tu kejadiannya terus macam begini. JADI seakan akan juling air dan matanya di lihat seperti orang mengantuk.

Sudah terkena pada anak sendiri baru menyesal. Sedih sangat bila berhadapan dengan anak sendri dengan keadaan yang bukan macam begini azalinya.

Mujur la Omak ambil langkah awal, dan in’shaa allah dalam umur sebegini in’shaa allah masih boleh di pulihkan, cuma memang mengambil masa sedikit.

Omak tak pakar mau terang kan pasal si inara ni, cuma yg pasti Dr ada kata muscle mata inara yang bermasalah buat masa ni.

Dan sebenarnya bukan ini saja terjadi, sebelum ni anak omak yang paling tua sangat tantrum sebab Omak tarik fonnya. Dia melenting menangis terus. Sampai omak yang menangis lihat keadaan c kakak begitu. Dia lawan omak, dia hampas2 kepala d lantai.

Kadang di panggil beberapa kali pun dia buat-buat tak dengar, mata fokus telefon, buat apa pun sama tak fokus! Mata tetap ke arah telefon.

Namun masa tu diri ku masih lagi belum menyesal dan mahu ambil pengajaran.

PERINGATAN BUAT SEMUA IBU BAPA YANG SUKA BERI ANAK TENGOK GAJET @ HP

Jadi sekarang cukup la kesakitan ni. Tak sanggup aku biarkan anak-anak ku tenggelam dan jadi rosak sebab salahku yang tidak perhatian dengan anak. Susah mahu fahamkan lebih lagi. Kamu ibu maka kamu lebih tahu apa yang terbaik untuk anak anak.

Sahabat fikir la. Omak sekadar berkongsi dengan penyesalan yang terlalu sakit ni. Air mata ku ni tuhan jak tahu tiap kali nampak si inara. Stresss dengan diri sendiri.

Minta maaf sangat2 nak!

Doakan inara ya semua cepat sembuhDan omak izinkan kalian untuk shareDemi kebaikan semua para ibu bapa.

12 KESAN BURUK AKIBAT PENGGUNAAN GAJET KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK 

Foto kredit: .milna.com

1. Sukar tidur

Telefon pintar menbuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia. Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur, disarankan agar anak-anak tidak bermain gajet di rumah 1-3 jam sebelum tidur dan menggantikan dengan aktiviti membaca buku bersama-sama, atau menceritakan kisah dongeng-dongeng yang bermanfaat.

2. Kurang bergerak

Sudah menjadi kebiasaan seorang anak untuk terus bergerak, berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizik yang sihat dan juga kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam, dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Jika berterusan, anak boleh menjadi obesiti. Oleh itu disarankan agar ibu bapa moden lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizik seperti bermain bola, berenang, basikal, atau kegiatan lain yang membuat mereka banyak bergerak.

3. Gangguan Pada Mata

Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajarkan anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.

4. Letih/Sakit

Terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak untuk beristirehat dan ajarkan juga mereka posisi duduk yang baik dan posisi gajet jangan sampai lebih tinggi dari mata. Ini mengurangi kesan pada leher kerana terlalu lama mendongak.

5. Konsentrasi jadi pendek

Terlalu lama menggunakan gajet dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Oleh itu, disarankan berlatih tanpa terus-menerus memanfaatkan gajet. Ini demi kesihatan dan juga masa depan anak tercinta.

6. Kemampuan bersosial berkurang

Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gajet adalah jalan keluar terbaik untuknya.

7. Rasa cemas yang berlebihan

Apabila anak sudah cukup besar, waspada kegiatan mereka di sosial media. Ada banyak sekali perkara yang mereka lihat, termasuk perkara yang buruk. Salah satunya adalah, berkemungkinan mereka cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan yang mereka lihat di sosial media, atau mereka sangat sibuk berusaha untuk membuat orang lain memberikan like atau komen. Sayang sekali jika usaha mereka hanya dihabiskan untuk hal tersebut. Oleh sebab itu, peranan sebagai ibu bapa untuk mengawasi anak di sosial media jadi sangat penting, lakukan diskusi dengan anak tentang cara-cara bersosial media, seperti bagaimana menanggapi apa yang dilihatnya, jangan sampai terlalu berlebihan memberi respon, jangan juga sampai mengejek orang lain, atau menghakimi kawan-kawannya yang akhirnya menimbulkan masalah dalam hubungan berkawan.

Ada baiknya membahaskan tentang beberapa hal yang harus diperhatikan sebelum menulis di sosial media dengan mereka.

8. Gangguan mental

Rasanya tidak mungkin anak-anak yang masih berusia sangat muda mampu mengalami gangguan jiwa. Tetapi, kajian menyimpulkan penggunaan teknologi yang berlebihan berpotensi menjadi penyebab depresi pada anak, kurang konsentrasi, cemas, autism, bipolar, serta perilaku bermasalah yang lain.

Foto kredit: thetechnews.com

9. Perilaku agresif

Media komunikasi yang sekarang makin tidak terkontrol terkadang menyuguhkan aksi kekerasan yang dapat menyebabkan anak menjadi lebih agresif. Ditambah kini banyak media maupun video game yang menampilkan perilaku-perilaku tindak kekerasan fisik dan seksual. Amerika Serikat sendiri bahkan memasukkan bentuk kekerasan dalam media sebagai sebuah risiko kesehatan masyarakat karena pengaruh negatifnya terhadap anak-anak.

10. Jadi pelupa

Pelbagai bentuk teknologi media memproses informasi dengan sangat cepat. Akibatnya, anak terlalu cepat dalam memproses informasi, mereka malah cenderung jadi kurang fokus serta daya ingatnya menurun. Apabila anak-anak tidak dapat fokus, kesan samping pada mereka ketika belajar.

11. Jadi ketagih

Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gajet. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gajet.

12. Radiasi

Telefon selular mengeluarkan radiasi yang berbahaya untuk kesihatan. Anak-anak yang kerap bermain dengan gajet berisiko terdedah radiasi tersebut. Padahal, sistem kekebalan tubuh dan otak mereka sedang dalam masa pertumbuhan. Sayang seribu kali sayang…

Sumber: Puan Zulaikha Abdul Mutalib & mynewshub.tv

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *