Perkembangan Otak
|

Usia 4-6 Tahun Perkembangan Otak Anak Ditahap 91%. fasa Ini Penting & Tak Boleh Patah Balik!

Semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 bilion neuron. Melalui penyelidikan otak membuktikan, persekitaran mempunyai kesan kepada perkembangan otak bayi dan kesihatan secara keseluruhan.

Ini bermakna anda sebagai ibu bapa perlu memberikan rangsangan kepada anak.

Pada tahun pertama kehidupannya, anak akan mengembangkan trilion sambungan sel otak yang dikenali sinapsis saraf. Sangat mengagumkan!

Jumlah rangsangan yang diterima oleh bayi secara langsung akan mempengaruhi berapa banyak sinapsis yang terbentuk.

Rangsangan berulang dan konsisten dapat menguatkan hubungan ini dan menjadikannya kekal, manakala sambungan yang tidak digunakan mungkin terputus.

Ibu ayah perlu memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan otak anak. Lebih-lebih pagi pada usia mereka 4-6 tahun. Waktu inilah dipanggil ‘golden age’ anak.

Ikuti perkongsian menarik dari Dr Taufiq Razif.

Cuba Tengok Perkembangan Otak Anak Kita

Newborn – 26%

Anak 1 tahun – 67%

Anak 2 tahun – 77%

Anak 3 tahun – 88%

Anak 4-6 tahun – 91%

Dewasa – 100%

Cuba lihat, 91% perkembangan otak anak kita berlaku pada umur 3-4 tahun! Itulah Golden Age anak kita yang mana kita dah tak boleh nak patah balik dah.

Foto kredit: hellosehat.com

Sebab itulah kenapa kita kena jauhkan anak kecil kita daripada 3 perkara ini :

  1. Jajan ( makanan tinggi kalori, tak ada nilai nutrisi )

Kesannya : Boleh jejaskan IQ anak & penyumbang pelbagai penyakit dan obesiti

2. Selalu pukul & cubit anak

Kesannya : Otak bahagian emosi anak akan aktif hingga menyebabkan anak mungkin makin agresif dan susah kawal emosi

3. Selalu abaikan anak

Kesannya : Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan dan dicuaikan lebih kecil berbanding otak anak yang normal

Tolong ajarkan ilmu ini pada pasangan dan keluarga lain yang punya anak kecil juga ya sebab ianya teramatlah penting.

Kredit: Dr Taufiq Razif

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *