in ,

1 Bulan1 Bulan 2 Bulan2 Bulan 3 Bulan3 Bulan 4 Bulan4 Bulan 5 Bulan5 Bulan 6 Bulan6 Bulan

10 Tahap Perkembangan Bayi Yang Ibu Ayah WAJIB Pelajari!

PANTAU TAHAP PERKEMBANGAN BAYI, AGAR IBU AYAH TAHU PERKEMBANGAN ANAK NORMAL ATAU TIDAK.

“Alaaa.. anak si Mila tu dah berjalan dah.. padahal sebaya dengan anak aku. Anak aku dah nak masuk setahun, tak pandai berdiri lagi.. normal ke? risaulah…”

Setiap anak perkembangannya tak sama, ada yang cepat dan ada yang lambat. Janganlah terlalu risau sehingga mendera emosi anak dan memaksa dia untuk cepat semua benda semata-mata nak menyedapkan hati kita.

DONT!

Sebab tulah ibu ayah perlu check perkembangan anak dari bulan ke bulan. Selagi anak sihat, perkembangannya nampak ok dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang merisaukan, janganlah risau tak bertempat.

Paling penting! pantau 10 perkembangan penting ini pada anak, supaya anak anda tidak tercicir atau ketinggalan dari proses tumbesarannya.

KENALI TAHAP PERKEMBANGAN BAYI DARI 0-24 BULAN

1-2 BULAN (Memusing & Mengiring)

bayi tidur mengiring
Mengiring salah satu tahap perkembangan bayi

Dalam usianya satu setengah bulan, bayi berupaya mengiringkan badannya ke sebelah kiri dan kanan tanpa paksaan. Dia juga tidak kekok untuk memusingkan badannya dengan kitaran 360 darjah tau. Waktu ini lah, dia mula berguling dan lengan serta kakinya juga lebih bebas bergerak dan dia juga mampu mengerakkan kepalanya. Comel kan? Pada usia dia 2 bulan, bayi mampu mengawal gerakan leher dan kepala sehingga mengangkat 45 darjah dengan menyokong kedua-dua tangannya.

3-4 BULAN- (Meniarap & Mengangkat Kepala)

Tahap Perkembangan Bayi
Meniarap Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Bayi mampu menganngkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi dia meniarap. Dasyat kan? dengan cara ini ia melatih ketajaman penglihatannya untuk memandang keadaan sekeliling. Kalau dengar suara ibu dia, dia akan segera mencari dari mana suara ibunya berada. Ini adalah satu tahap perkembangan bayi anda.

4-5 BULAN ( MEMBERI RESPON) TAHAP PERKEMBANGAN BAYI

Tahap Perkembangan Bayi
Memberi Respon Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Waktu ini lah waktu paling berharga buat Ibu dan Ayah. Bila kita memanggil si comel dan mengagahnya, dia balas dengan senyuman dan seakan ingin berborak! seronoknya tengok perkembangan dia depan mata kita kan? Si manja anda pada usia ini mula mengeluarkan suara yang nyaring dan kuat ketika berjaya mencapai barang berdekatannya. Dia akan berteriak gembira bila berjaya mencapai keinginannya. Ibu bapa waktu ni harus memberi perhatian pada bayi anda, untuk dia terus bermain dan berkomunikasi dengan anda. Dan dalam masa yang sama dapat menguatkan bonding antara ibu, ayah dan anak.

7- 8 BULAN ( MENGAMBIL BARANG ) TAHAP PERKEMBANGAN BAYI

baby pegang barang
Memegang Barang Salah Satu Perkembangan Bayi

Bayi anda akan menggunakan kesemua jari jemari kecilnya untuk mencapai barang dan mengambilnya sehingga takkan lepas. Genggaman tangannya juga kuat dan akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan yang berbeza. Satu tangan untuk cari barang baru, satu lagi tangan memegang barang lain. Perhatikan, jika anda hulurkan mainan lain kepadanya, dia akan membuang barang yang dipegangnya. Tahap perkembangan bayi yang comel.

DUDUK

bayi comel
Duduk Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Ini adalah waktu kemuncak bila bayi dah mula duduk dengan sendirinya tanpa sokongan! Ini melatih menguatkan otot-otot punggung dan lehernya menjadi stabil dan tidak jatuh. Ia sudah cukup kuat untuk menampung berat badannya. Tahap perkembangan bayi anda, yang perlu anda lihat dan fahami.

6-9 BULAN (MENYUAP MAKAN SENDIRI)

baby suap makan sendiri
Menyuap Makan Salah Satu Perkembangan Bayi

Bayi suka masukkan tangan dalam mulut dari usianya 6 bulan lagi. Tak kiralah dia jumpa apa, dia akan ambil dan gigit barang tu. Seeloknya ibu bapa bagi makanan pepejal yang memudahkan bayi makan sendiri. Bayi suka menggunakan jari telunjuknya untuk menyentuh makanan dan terus masuk dalam mulut.

9-12 BULAN (KENAL ORANG)

baby cuba kenal orang
Kenal Orang Salah Satu Perkembangan Bayi

Waktu ni susah sikit lah kalau anda nak hantar ke pengasuh, sebab dia dah mula kenal penjaganya. Dia akan mendengar, mengingat dan melihat orang yang selalu menjaganya. Dia akan menangis kalau anda tinggalkan dengan orang yang dia tak kenal. Ini salah satu tahap perkembangan bayi anda yang istimewa.

12-13 BULAN ( BERJALAN)

bayi bertatih berjalan
Berjalan Salah Satu Perkembangan Bayi

Inilah tahap perkembangan bayi anda yang wajib anda tahu. Bila anak dah mula nak memapah atau menapak untuk berjalan, anda kena berjaga-jaga. Jangan biarkan dia sendiri. Jika anda pegang kedua tangannya, dia akan bertatih perlahan-lahan untuk menggalakkan otot-otot kakinya menjadi kuat.

18-24 BULAN (BERCAKAP)

Suka Bercakap

Bayi anda mula mengeluarkan perkataan 10 perkataan sehari. Pada usia dia 2 tahun, anak boleh melengkapkan satu ayat menjadi lengkap. Waktu ni jangan tak terlayan pula dengar celoteh anak anda. Anda pun akan terhibur tengok gelagat dia cakap pelat. Enjoy the moment!

 

Writer,

MamaJoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari  silakan SHARE Website : www.9bulan10hari.com 

 

Written by Admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0